stay tune

Sunday, December 29, 2013

penutup dua ribu tiga belas

dua ribu tiga belas.
aku kira tahun ni terlampau banyak peristiwa untuk aku lakar satu-satu.
terlampau banyak kejutan yang aku perlu hadam pelan-pelan.
terlampau banyak sejarah yang perlu aku padam sikit-sikit.
entah aku patut mula dari mana.
dari sekecil-kecil perkara.
sehingga yang maha dasyat aku terima.
aku ulang hadap dari mulanya tahun yang penuh pengajaran ini.
benar tak banyak yang aku coretkan.
terlampau banyak air mata yang tumpah tahun ini.
yang menjadi keputusan kenapa terhentinya picisan papan kekunci.
diam aku membawa diri.
diam aku memujuk hati.
diam aku untuk terus berdiri.
bermula dengan pemergian tokwan yang aku kaseh tiada peri.
hingga pada ujian yang Allah turun kepada ayah untuk melihat bagaimana kami sekeluarga hadapi.
berat. entah bagaimana boleh aku cerita kan bertapa berat ujian yang satu ini.
yang buat seketika kami lumpuh seolah tak mampu berdiri.

pe-ris-ti-wa.
ini tahun akhir aku.
tahun akhir memegang status guru pelatih.
mereka kata aku tiada perasaan.
sebab aku sedikit pun tidak terkesan dengan perpisahan ini.
banyak yang aku tinggal. 
tak.
banyak yang aku TERtinggal.
atau-banyak yang aku tinggalkan.
aku manusia yang cukup suka cipta kenangan.
tapi maaf kawan.
aku hilang rasa.
maaf kerana tidak mampu kawal rasa hati.
satu lagi,
entah kenapa,
aku begitu yakin, ukhwah kita tak kan terhenti di sini.
kan?

ke-ju-tan.
siapa tak terkejut ayah yang dua tiga jam sebelum itu bergurau senda mengerat kasih.
tiba-tiba terbaring terkaku tanpa boleh berkata-kata.
segalanya berlaku dengan terlampau pantas.
dan ini juga adalah asbab terbesar kepada matinya rasa dalam diri aku.
aku hilang punca untuk tersenyum ketawa.
aku tak boleh cerna atas apa yang berlaku.
dalam waktu yang sesingkat itu,
pakar memaklumkan, ayah mengalami kecederaan yang serius pada bahagian otak kanan.
se.ri.us.
dan pakar hanya menceritakan perkara-perkara yang serius sahaja pada pagi yang patutnya kami bersuka ria. ya. pagi raya.
perkara-perkara serius itu hanya untuk kami lebih bersedia.
apa yang serius? pakar cerita perihal ma-ti.
ini akan jadi panjang. kerana aku benar-benar ingin luahkan-hari ini.
aku, adik-tersandar di luar pintu kecemasan. kami benar-benar letih dengan kejutan ini.
air mata seolah-olah tak nak habis. kami adik beradik beserta emak terpaksa membuat keputusan pantas.
memilih untuk langkah seterusnya. kata dua. pembedahan atau bawa ayah pulang.
aku tak mampu jawab soalan emak, meminta pendapat. hanya air mata terus-terus menderu. 
sungguh. aku tak bersedia atas sebarang kemungkinan. aku takut. gila-gila punya takut.
bukan sikit-sikit.
kuasa Allah. Dia yang turunkan ujian. dari Dia juga la ayah peroleh penawar.
juga kuasa doa-doa kalian. TERIMA KASIH! :")
terkini~aku sepenuh masa menjaga ayah.
pertama kali selepas habis belajar.
pertama kali-bayangkan.
bayangkan penerimaan aku terhadap ayah.
aku fikir aku sudah cukup kuat.
aku fikir aku sudah mampu untuk hadap.
tapi tak. aku tewas. benar-benar tewas.
minggu-minggu pertama aku lalui dengan penuh sukar.
aku tidak boleh lama-lama di sisi ayah.
kerana mata aku memang akan berair tanpa disuruh.
fisio, rehab, ujian.. aku buat kebal.
Tuhan, cukup lah ujian dariMu ini.
aku kasihan melihat ayah begitu.
kembalikan ayahku Tuhan.
:"(
hari demi hari.
aku makin betah uruskan ayah. 
alhamdulillah, sikit demi sikit walau kadang-kadang situasi amat menguji.
aku layankan aje. aku cuba faham keadaan. 
perlahan-lahan, aku cuba kembalikan aku yang dulu.
di samping tanggungjawab menjaga ayah, aku libatkan diri juga dengan aktiviti kawan-kawan.
aku perlu hidup. aku perlukan kembalikan rasa. aku perlu imbangkan emosi.
dan hari ini. ini-aku. a-ku.
esok (30/12/2013) ayah akan dimasukkan ke wad semula.
menjalani pembedahan memasukkan semula tempurung kepala.
doa-doakan. moga-moga, Allah izin ayah melalui fasa penyembuhan.
doa.


ayah bersama doktor rehab. perasaan aku ketika ini--hanya Allah yang tahu :"( kalian mungkin tidak akan faham.
se-ja-rah.
manusia ajaib telah menjadi sejarah.
ya. sejarah.
sejarah yang tak ingin aku simpan.
sejarah yang perlukan kekuatan untuk aku padam.
keputusan dia buat aku kelu. *tarik nafas dalam*
susah. bertapa kerdilnya diri ini
apabila aku sentiasa meminta pada Tuhan akan masa.
Tuhan, tolong beri aku masa.
untuk aku cerna semua-semua-semua ini.





uya, sudah aku pesan, hati-hati main hati.
sekarang apa sudah jadi?








selitselit:
ada cerita ingin aku kongsi, tapi terhenti.
jangan.
biar kau simpan sendiri :")











mata pena,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...