stay tune

Monday, January 3, 2011

kemas apa yang patut ya!


saya suka mengemas. =) saya rasa puas. saya suka lihat hasilnya. tapi saya mengemas apa yang berkaitan dengan diri saya saja la. tak bermakna saya tengok makcik jiran sebelah punya rumah serabut pun saya pergi buat rajin mengemop lantai rumah, cuci tinggap segala bagai. tak. itu semua bikin sendiri ye makcik.=p

saya suka mengemas mungkin sebab kekemasan tu tak kekal lama. -_-'. datang pulak musim assingment, lagi lintang pukang bilik ni.sungguh.tak tipu.sangat huru-hara. Masa musim assingment, jangan ziarah saya ya. haha. Jadinya, hari-hari saya telah melatih diri saya supaya rajin mengemas. 
nak jengok bilik masa hari pertama sampai hari tu??? Ya Rabbi...kalau ada tikus mungkin tikus tu dah sesat. tikus????w0oo..jangan..jangan..tolong jangan ada.nasib la hobi saya yang satu ni banyak membantu. 

seribusatuceritadisebalikgambar.



ishhh..anak dara sapa la ni? *geleng-geleng



hidup ni macam kita mengemas bilik la..erk? boleh laa.. macam mengemas bilik ye.. masa kita serabut, masa kita runsing, semua benda jadi huru-hara, semua benda kita nampak salah. Hati kalau boleh nak menyumpah-nyumpah, mulut kalau boleh nak marah-marah. Nampak kan kesan kalau diri kita ni tengah selerak?





Tapi cuba kita kemaskan bilik tu? j0m! kita cuba ya..=)






kemas serba serbi. suka kan?kan?kan?


 nak study pun selesa..


 nak rehat-rehat pun selesa..


 pendek kata senang hati la^_^


 ok.baju saya memang banyak.sila jangan komen.


 saya memang suka sangat la kalau almari saya kemas!



nampak? selesa kan? suka kan? rasa best kan? rasa macam taknak cari tempat lain kalau nak rehat kan??rasa macam nak buat menantu kan??? ok, tu soalan perasan.
haa..macam tu la diri kita. rase semangat kalau semua benda kita pandang positif. kita ambil yang baik-baik. kita terima dengan yakin semua masalah dapat diselesaikan. kita redha dengan segala aturan Allah. Jom! kita kemaskan diri kita pulak.jangan biar selerak yep!^_*

hari ini, hari pertama saya hadir kuliah untuk semester ni. Alhamdulillah, saya menggunakan sepenuhnya tenaga positif yang saya ada. Dan saya harap saya akan terus bersifat positif. saya suka la diri saya yang suka-suka ni! ek? em,lantak la..janji sampai..haha.




  ok.wajah seorang uya pada hari pertama semester 3 ijazah.*tujuan nombor bilik dipamerkan adalah untuk memberitahu bahawa adanya dijual mini popia yang sedap lagi rangup! haha..marimarimari=p
RM3.50 sebungkus yep.




pulang pun dengan wajah yang masih lagi bertenaga. 8.00am-5.00pm
ok. awak kalau nak jadi cikgu,kena macam ni. baju kene pink. ada handbag. pastu nak bukak pintu kena tangkap gambar sambil buat peace.haa. kena pegang beg plastik besar-besar macam tu. nak jadi cikgu tak??-_-" 




perbualan bersama makcik cafe cmostec;
ibu; anis..cantiknya..masa cuti tak kena panas langsung ka? nampak cerah.
anis; *senyum kambing* tak jumpa matahari langsung ibu.
ibu; tunggu seminggu dua nanti kena tengok balik la.
anis; tak payah tunggu seminggu dua. esok pon dah boleh. esok kelas anis kat padang dari pagi sampai tengah hari.

haha.ok,jangan pelik. makcik cafe memang panggil saya anis. macam muka anak sedara katanya.






MACAM MANA DENGAN HARI PERTAMA KAMU?=)





::.kalau senyuman itu yang mampu membahagiakan mereka, tak menjadi kesalahan kalau aku turutkan tanpa kesah, tanpa peduli apa kata hati.::


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...