stay tune

Tuesday, March 15, 2011

Guru Berguru



yep.
guru berguru.
:)

wajah 5 hari seorang guru berguru.

ok. awak, kalau nak jadi cikgu baju kurung kena banyak. paling kurang 30 helai -_-"


kali ni jauh saya berjalan mengutip ilmu. dari kedah ke Johor. 
seperti yang telah diberitahu.
seminggu yang amat bermakna.
seminggu yang amat seronok.
seminggu yang penuh dengan pengalaman.

bukan. bukan sebab saya dah sakan meronggeng sana sini. bukan. -_-"
saya memang maksudkan SBE itu sendiri.
best sampai terdetik nak posting ke sekolah tu. haha.
tapi bila tengok balik kedudukan johor dan kedah tu dalam peta malaysia, sorry to say, bye-bye SK Temiang.

1st SBE- SK Abi, Perlis.
2nd SBE- SK Lenggong, Perak.
3rd SBE- SK Temiang, Muar.

sungguh. semuanya bagi pengalaman yang berbeza. ilmu yang berbeza. nasihat dan bimbingan yang berbeza.
ragam gurunya lain. ragam muridnya lain. ragam staf-staf di pejabat pun lain. apatah lagi ragam makcik-makcik kantin?? sumpah lain. kalau cakap pasal pelat, masing-masing nak menang. perleh, perghok, muo.. haha. dengar sendiri la.:)

tugasan kali ini, bertemakan keselamatan. aliran kecemasan. habis geledah kawasan sekolah tu semata-mata nak cari apa yang tak selamat. haha. dan SK Temiang memang banyak membantu.

kenapa??

hari ke-3 di sekolah, rabu, 9.20am.

SEKOLAH TERBAKAR.
kecilkan lagi. BILIK GURU TERBAKAR.

ni cerita betul ni.

situasi:
saya dan izzati sedang sembang-sembang santai bersama Cikgu Aziz dan Cikgu Fahrur Razi.
Cikgu Fahrur Razi belanja breakfast. ^_^ 

9.20am loceng bunyi.

cikgu aziz "awal budak-budak rehat hari ni"

saya, izzati dan Cikgu Fahrur Razi tengok jam.
angguk.

cikgu aziz " ai..panjang betul bunyi loceng. kan budak-budak tengah exam "
dah mula bangun.

tiba-tiba..
*loceng masih lagi nyaring

video


makcik kantin keluar dari dapur..

"anak akuuuuuu!!anak aku!!!!"

menjerit-jerit sambil lari ke bangunan yang keluar asap.
dengan senduk kat tangan sambil tunjuk-tunjuk tingkat atas bangunan yang budak-budak dah lari turun.


the rest of the story..

makcik kantin antara yang terawal nampak asap, dan kami berempat antara yang terawal sampai kat tempat kejadian. Cikgu Aziz dan Cikgu Fahrur Razi hero bagi hari tu. tahniah cikgu! 
 

2 bomba datang, van kecemasan bomba, polis, pegawai penyiasat, ppd, jkr. kalut. banyak kerosakan. banyak fail yang terbakar. banyak maklumat sulit yang hangus. sekolah jadi sibuk tiba-tiba. pentadbiran jadi sibuk tiba-tiba. cikgu-cikgu jadi sibuk tiba-tiba. bila banyak yang terbakar, maka banyak kerja nak kena buat. bila banyak kerja nak kena buat, banyak cikgu-cikgu yang akan merungut. haha. part ni lawak. kenapa lawak? biarlah rahsia.=p rahsia cikgu-cikgu SK Temiang. apa yang pasti cikgu-cikgu kat sana memang terbaiklah! saya suka! =D

bagi saya dan izzati.
kerja jadi mudah, sekolah terbakar.
jom siapkan laporan SBE!
hahahahaha.


AMIN YA RAB. ;_-)
"..kamu nanti bila dah jadi orang atas, jangan lupa pandang belakang, jangan lupa tengok bawah.."
- Cikgu Fahrur Razi aka PK Koko




SBE terakhir, akan datang - SBE ke-4.
mungkin sekitar bulan 8-9.
mempunyai rancangan tersendiri.
moga berjaya uya!









::.kalau senyuman itu yang mampu membahagiakan mereka, tak menjadi kesalahan kalau aku turutkan tanpa kesah, tanpa peduli apa kata hati.::

Sunday, March 13, 2011

cikgu-cikgi sakan berjalan

 dari kedah ke johor.
4-12/3/2011 

macam kita nak buat RPH BM la.. ada fokus utama dan fokus sampingan. =)
fokus utama perjalanan saya ke johor adalah untuk melaksanakan SBE yang ke-3, memerhati budaya sekolah yang ada di johor..lain negeri, lain ragam, lain pengalaman dan lain ilmu yang diperolehi. seronok. 

tapi, entry ini khas untuk fokus sampingan. haha.
lawatan ilmiah cikgu-cikgi dari utara ke selatan.
sambil menyelam memerhati dasar laut.=p
dan fokus sampingan ini..biar gambar yang ceritakan segala-galanya.^_^ 

xpdc bermula. 4/3/2011.bertolak 5am dari suasana permai, jitra. subuh di rnr Gurun. ambil sarah di rnr Juru. Lunch d Kampung Dew aka rumah Fizah. =)










ziarah Bandar Di Raja, Kuala Kangsar. dan meneruskan perjalanan.
rehat di rnr Seremban. lunch. pedas dia memang boleh buat menangis!
berbaloi. alhamdulillah. kami sebagai cikgu aka pelancong, selamat sampai. 6pm tiba di Muar.
hari ke-2, sabtu.serang giant untuk beli bekal nak berkelah=)
rojak peteh di tanjung mas
Gunung Ledang, memang terbaik!!
hari ke-3, ahad. menjejaki pahlawan
melaka, bandar bersejarah.
memerhati tinggalan sejarah. balik dari melaka terus singgah tangkak. ada festival kain weyh! memang sakan shopping.=)
hari ke-4, isnin. petang di tanjung mas. makan selagi mampu.
mencipta memori
hari ke-6, rabu. batu pahat.asyik dengan kotaraya. menyeluk kaki di kolam air panas. pic tidak dipamerkan=p
hari ke-7, khamis. wetworld batu pahat.terapi. swimming =)
makan.makan.makan. percutian menaikkan berat badan. tahniah!=p malam terakhir. ikan bakar sabak awor. malam perpisahan. hehe.

hari ke-5??
haha. driver dah pancit.


selasa, hari ke-5.
akibat tiada rehat sejak sampai, berjalan tak ingat dunia.
hari ke-5 Tuhan suruh rehat. sakit kepala tak terkata. balik je dari sekolah terus baring. tak sedar diri sampai petang. kepala berpinar. malam, kepala di jelum dengan kain basah. panadol diberi untuk ditelan.

haha. uya..uya..
*geleng kepala.

walau masih ada sisa2 badan bagi isyarat suruh rehat. gagah jugak drive sampai batu pahat. sakit tidak dipedulikan.=p

bertolak balik ke rumah masing-masing pada hari sabtu 12/3/2011. 5.20am.
subuh di rnr seremban. tiba di rumah dalila yeop lebih kurang 11am. lunch disediakan. hehe. bertolak balik. 12.30pm. selamat sampai di taiping 2.30pm. pelik sebab sampai awal. kelajuan? jangan tanya. hahaha


kesimpulan untuk percutian ini.
ALHAMDULILLAH. TERIMA KASIH TUHAN. 

















seminggu yang sakan tak buka kerja langsung dah berlalu. 
kembali mengadap assignment. -_-"



::.kalau senyuman itu yang mampu membahagiakan mereka, tak menjadi kesalahan kalau aku turutkan tanpa kesah, tanpa peduli apa kata hati.::

Thursday, March 3, 2011

langkah tanpa henti.

memerhati alam dari puncak Gunung Jerai.

diri ini hampir lupa,
bila hujung minggu.
bila hari cuti.
seakan-akan sama.
tiada beza.
tiada rehat.
rasa teruk.

"susah mana proses kita belajar..
banyak mana kita mengeluh sepanjang kita belajar..
di hujungnya nanti, kita tersenyum dengan hasil yang kita dapat.
tapi, kita akan lebih tersenyum dengan segala proses yang kita telah lalui.
kerana proses belajar itu indah.
pengalaman yang indah"

;_-)
kata-kata dari classmate.
thanks izzat badrul aka pasangan susah senang sepanjang ikhtiar hidup pra amali PL.
zati, uya, izzat badrul, aqmalhakim



 esok.
saya akan gerak ke johor.
doakan perjalanan saya ke sana.
doakan segala urusan berjalan lancar.
doakan segala kerja dapat diselesaikan.
doakan kereta yang saya pandu tak buat hal.
doakan.





::.kalau senyuman itu yang mampu membahagiakan mereka, tak menjadi kesalahan kalau aku turutkan tanpa kesah, tanpa peduli apa kata hati.::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...