stay tune

Tuesday, March 15, 2011

Guru Berguru



yep.
guru berguru.
:)

wajah 5 hari seorang guru berguru.

ok. awak, kalau nak jadi cikgu baju kurung kena banyak. paling kurang 30 helai -_-"


kali ni jauh saya berjalan mengutip ilmu. dari kedah ke Johor. 
seperti yang telah diberitahu.
seminggu yang amat bermakna.
seminggu yang amat seronok.
seminggu yang penuh dengan pengalaman.

bukan. bukan sebab saya dah sakan meronggeng sana sini. bukan. -_-"
saya memang maksudkan SBE itu sendiri.
best sampai terdetik nak posting ke sekolah tu. haha.
tapi bila tengok balik kedudukan johor dan kedah tu dalam peta malaysia, sorry to say, bye-bye SK Temiang.

1st SBE- SK Abi, Perlis.
2nd SBE- SK Lenggong, Perak.
3rd SBE- SK Temiang, Muar.

sungguh. semuanya bagi pengalaman yang berbeza. ilmu yang berbeza. nasihat dan bimbingan yang berbeza.
ragam gurunya lain. ragam muridnya lain. ragam staf-staf di pejabat pun lain. apatah lagi ragam makcik-makcik kantin?? sumpah lain. kalau cakap pasal pelat, masing-masing nak menang. perleh, perghok, muo.. haha. dengar sendiri la.:)

tugasan kali ini, bertemakan keselamatan. aliran kecemasan. habis geledah kawasan sekolah tu semata-mata nak cari apa yang tak selamat. haha. dan SK Temiang memang banyak membantu.

kenapa??

hari ke-3 di sekolah, rabu, 9.20am.

SEKOLAH TERBAKAR.
kecilkan lagi. BILIK GURU TERBAKAR.

ni cerita betul ni.

situasi:
saya dan izzati sedang sembang-sembang santai bersama Cikgu Aziz dan Cikgu Fahrur Razi.
Cikgu Fahrur Razi belanja breakfast. ^_^ 

9.20am loceng bunyi.

cikgu aziz "awal budak-budak rehat hari ni"

saya, izzati dan Cikgu Fahrur Razi tengok jam.
angguk.

cikgu aziz " ai..panjang betul bunyi loceng. kan budak-budak tengah exam "
dah mula bangun.

tiba-tiba..
*loceng masih lagi nyaring



makcik kantin keluar dari dapur..

"anak akuuuuuu!!anak aku!!!!"

menjerit-jerit sambil lari ke bangunan yang keluar asap.
dengan senduk kat tangan sambil tunjuk-tunjuk tingkat atas bangunan yang budak-budak dah lari turun.


the rest of the story..

makcik kantin antara yang terawal nampak asap, dan kami berempat antara yang terawal sampai kat tempat kejadian. Cikgu Aziz dan Cikgu Fahrur Razi hero bagi hari tu. tahniah cikgu! 
 

2 bomba datang, van kecemasan bomba, polis, pegawai penyiasat, ppd, jkr. kalut. banyak kerosakan. banyak fail yang terbakar. banyak maklumat sulit yang hangus. sekolah jadi sibuk tiba-tiba. pentadbiran jadi sibuk tiba-tiba. cikgu-cikgu jadi sibuk tiba-tiba. bila banyak yang terbakar, maka banyak kerja nak kena buat. bila banyak kerja nak kena buat, banyak cikgu-cikgu yang akan merungut. haha. part ni lawak. kenapa lawak? biarlah rahsia.=p rahsia cikgu-cikgu SK Temiang. apa yang pasti cikgu-cikgu kat sana memang terbaiklah! saya suka! =D

bagi saya dan izzati.
kerja jadi mudah, sekolah terbakar.
jom siapkan laporan SBE!
hahahahaha.


AMIN YA RAB. ;_-)
"..kamu nanti bila dah jadi orang atas, jangan lupa pandang belakang, jangan lupa tengok bawah.."
- Cikgu Fahrur Razi aka PK Koko




SBE terakhir, akan datang - SBE ke-4.
mungkin sekitar bulan 8-9.
mempunyai rancangan tersendiri.
moga berjaya uya!









::.kalau senyuman itu yang mampu membahagiakan mereka, tak menjadi kesalahan kalau aku turutkan tanpa kesah, tanpa peduli apa kata hati.::

5 comments:

Saidatul Rahim said...

best cerita kamu :)

s h i f a a said...

guru besar yew ? :P

Miss Sunshine said...

Rindu zaman nak berSBE...
Teruskan perjuangan ye..
Sesungguhnya alam perguruan yang sebenar sangat2 mencabar...

amal_fc1303 said...

SBE tu ape??

uyaitusaya said...

SAIDATUL: THX^_^
SHIFAA: AMINNN..HAHA
MISS SUNSHINE: TERIMA KASIH ATAS NASIHAT=)
AMAL: SBE TU DTERJEMAHKAN MENJADI "PENGALAM BERASASKAN SEKOLAH" COMEY GITU. HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...