stay tune

Monday, April 25, 2011

seharian di pulau hadir keinsafan.

tak. pulau pasir base survivor tak secantik ni.


saat diri ditinggalkan,
burung-burung itu seolah mengejek,
daun-daun itu mengajak berbual,
ombak-ombak itu menghempas marah,
seharian di pulau hadir keinsafan.

saat diri ditinggalkan,
diri ini sendiri berdiri,
rasa lemah itu hilang,
rasa takut itu pudar,
rasa bangga itu mengecil,
diri kini tiada sesiapa,
seharian di pulau hadir keinsafan.

di pulau itu,
aku merenung diri,
berfikir sendiri.
aku seolah-olah sedang bersoal jawab dengan Pencipta,
saat dimana semua kesalahan seolah-olah dilayarkan,
saat dimana aku bertanya siapa dan mengapa aku pada hari ini.
burung itu mengejek lagi,
daun-daun itu bergeser menemani,
ombak-ombak itu terusan memarahi,
seharian di pulau hadir keinsafan.

saat diri ditinggalkan,
iman diuji.
bergantung harap sepenuhnya pada Illahi,
menyedari aku tidak sendiri,
bertemankan mereka yang seolah-olah tidak mengizinkan aku di sini.
aku benar-benar teruji. aku benar-benar bersama Illahi,
seharian di pulau hadir keinsafan.

rindunya aku pada manusia-manusia di pulau seberang.
rindunya aku pada manusia-manusia walau hanya ingin rasa berang.
rindunya aku pada manusia-manusia walau hanya melihat tapi tidak tahu.
di pulau itu aku punya masa untuk berfikir.
berfikir dengan dalam.
aku amat ingin menghargai manusia-manusia itu.
aku amat ingin menghargai makanan-makanan itu.
aku amat ingin menghargai masa sibuk itu.
aku amat ingin menghargai berbual,bercakap, berbicara dengan manusia-manusia itu.
hanya kerana aku sendiri di sini.
seharian di pulau hadir keinsafan.

Ya Allah, perkuatkanlah imanku,
jauhilah diri ku dari bisikan-bisikan beracun itu.
hindarilah diriku dari rasa resah itu.
hindarilah diriku dari perasaan kacau itu.
aku kini sudah pulang.
aku kini ingin senyum.
biar gusar itu hilang.
kerana seharian di pulau benar-benar hadir keinsafan.

mengharap ada yang menjemput dari Pulau Tuba (':


survivor
pulau pasir
19/4/2011
hari ke-3 di Pulau Tuba
aku kian pulih(':






*masa pulang dari pulau pasir, setiap wajah, setiap nama terbayang di fikiran. ingin sekali peluk satu-satu.
SYUKUR YA ALLAH. MASIH DIPINJAMKAN NYAWA.






::.kalau senyuman itu yang mampu membahagiakan mereka, tak menjadi kesalahan kalau aku turutkan tanpa kesah, tanpa peduli apa kata hati.::




Tuesday, April 12, 2011

jatuh.hilang.

...___...


lukanya tidak.
tapi mengapa pedih. berdarah.
sakitnya hingga ke ulu hati.
mengapa?

uya.bangun.jangan berhenti di sini.
kamu ada Allah untuk mengadu nasib.
kamu ada keluarga untuk menjadi inspirasi.
kamu ada manusia ajaib untuk memberi semangat.
kamu ada kawan-kawan untuk mewarnakan segala.

uya.
bangun.



saya perlukan wajah-wajah ini sekarang (':







::.kalau senyuman itu yang mampu membahagiakan mereka, tak menjadi kesalahan kalau aku turutkan tanpa kesah, tanpa peduli apa kata hati.::


Friday, April 8, 2011

siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.

ingat lagi tak pantun tu?
tak ingat? tipu.. :p 


hadis nabi;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, 
“Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”


sampai bila tak kan bahagia, jika terus menipu. em!


dek kerana terlampau berhati-hati,
menipu lagi.

dek kerana menjaga hati-hati,
berlari lagi.

kau fikir kami peduli?
buatlah suka hati,
sikitpun tidak terkesan buat kami.

cuma satu ingin kau patuhi,
tolong jangan menipu lagi.
sakitnya hati bagai nak mati.

hey, dek kerana terlampau berhati-hati
aku tak nampak kau happy.

*sengih*


 "masa saya bersekolah di taski Abim, mak ada pesan :
adik jangan menipu, jangan cakap bohong, Allah tak suka, kawan-kawan pun tak suka. nanti semua kawan-kawan adik lari
dan pesan itu saya ingat sampai sekarang. mak kau tak pernah pesan? atau kau lupa?


*senyum lagi*


sampai masa Allah akan tunjukkan kebenarannya. pasti.
moga kau cepat sedar.

mungkin kerana terlampau berhati-hati,
kau tak nampak aku di sisi,
yang masih menanti,
berkawan di sini. (:

macam dulu-dulu (':





::.kalau senyuman itu yang mampu membahagiakan mereka, tak menjadi kesalahan kalau aku turutkan tanpa kesah, tanpa peduli apa kata hati.::

Thursday, April 7, 2011

S.O.S

save ours souls
yup.
SAVE OURS SOULS.
jangan terkejut kalau tiba-tiba rumput kat padang ada sign S.O.S nih. 


kami juga adalah manusia. 
yang punya limit pada tahap kesabarannya.
yang punya limit pada tahap kekuatannya.
yang punya limit pada tahap kesihatannya.
sungguh. kami adalah manusia.
 fikir-fikir balik rasa k.e.l.a.k.a.r bila kita kena marah atas kesalahan yang tidak pernah wujud.
kesian pada si tukang marah. 
mesti rasa panas kan?

hari ini. pagi ini. saya dan kawan-kawan kena marah.
dalam register ramai yang kena tanda 'o' ..
bala. kesan tanda 'o' tu mungkin akan membawa padah. bala. ini bala.
tersenyum saya pada tindakan yang tiada usul periksa itu. sinis. senyuman yang cukup sinis.
ingin bersuara seolah tiada guna. penat. letih. masing-masing hanya membiarkan.
biasa terjadi. niat menegakkan kebenaran. tetapi lain yang jadi. maka elok lah diam kan saja.


penat.

ada rancangan apa-apa tak? mungkin tengok air terjun ke.. saya perlukan hujung minggu yang boleh hilangkan segala serabut.


sering terjadi.
kecewa kerana dipandang serong.
lama-lama kami jadi lali. 
lali dengan beliaubeliau yang tak pandai bertanya.
lali dengan beliaubeliau yang tiada usul periksa.
lali dengan beliaubeliau yang hanya pandai menghukum.
hanya kerana beliaubeliau lebih dahulu melihat dunia. 

jelasnya macam kejadian pagi tadi.
walau masing-masing penat lepas aktiviti semalam yang amat padat.
lewat malam baru habis amali. 
KEBETULAN pagi ini kami tiada kelas gimnastik.
maka atas inisiatif sendiri, 

1) kami ingin membersihkan kawasan banai: lokasi amali kebakaran semalam.
2) kami ingin memasang jaring baru pada tiang gol bola sepak.
3) dan ada yang ingin membuat latihan gimnastik demi menghadapi amali.


diulang. ATAS INISIATIF SENDIRI.
maka ada yang awal. ada yang lewat.
malang. diri yang walau penat tapi masih ingin melakukan sesuatu.
jadi hilang mood bila seorang beliau datang marah-marah bertanya kan kenapa ahli kelas tak cukup.
siap minta register. siap tolong tandatangankan. siap letak 'o' pada ruang kehadiran. 
apakah jenis manusia.apakah. huh~ @:


antara situasi lain. yang lebih k.e.l.a.k.a.r.
seorang kawan datang ke kelas. pada hari yang tiada kelas. niat di hati ingin ber 'wifi' di bangunan tersebut. ingin mendapatkan maklumat. ingin menyiapkan tugasan. niat seorang kawan tersebut amat mulia. amat rajin. amat patut mendapat pujian saya kira. malangnya, datang seorang beliau.....

: marahmarah: "cuba hang tengok jam. dah pukul berapa??hampa ingat apa yang hangpa buat nih betol ka??" :marahmarahlagi: atas sebab ramai belum datang. @;! 

weh. kami tak ada kuliah la! : -/


seorang kawan tercengang.terdiam.ingin bersuara seolah malas.telinga dah panas. diamkan saja.


antara situasi lain lagi. yang bertambah-tambah k.e.l.a.k.a.r
kesibukan kami dipersoalkan.
seolah-olah kami yang mencipta sendiri kesibukan itu.
tersenyum lagi.kali ini lebih sinis. 
kami hanya mampu bersabar. 
selepas puas dileteri. kami menunjukkan jadual waktu yang diberikan. 
diulang. YANG DIBERIKAN. 
maksud yang lebih jelas, BUKAN KAMI YANG MINTA.
tapi malang. beliau bukan seorang yang memahami. -_-" 
mungkin bila dapat marah. hati berasa puas. mungkin. 
tahniah pada beliau.



bertanya.periksa.bersifat adil.
tak salah kan? -_-"




" Ya Allah, moga kami bakal-bakal guru, terhindar daripada perangai yang tidak relevan ini. amin."




apa yang nampak sibuk sangat tu? kenapa muka nampak penat sangat tu?



buat merekamereka yang ingin tahu.
ini jawapannya.
program saya dan kawan-kawan pada bulan ini.
jangan terlepas walau satu pun.
agar kamu nampak bahawa kami bukan sekadar bagi alasan.
agar kamu nampak bahawa kami bukan ingin mahu mengelak.

3/4/2011
Lawatan Keselamatan Maklmal 2.30pm-4.00pm (subjek PKE)
6/4/2011
Amali Kebakaran 8.00pm-10.30pm (subjek PKE)
7/4/2011
Friendly kelas major pj IPG kampus Darulaman vs IPG kampus Perlis 5.00pm-7.00pm
(Subjek bola sepak bola jaring PJM3108)

10/4/2011
Amali bola jaring

11/4/2011
Amali bola sepak

13/4/2011
Amali gimnastik

17/4/2011- 23/4/2011
Amali Pendidikan Luar (subjek PL)
25/4/2011
UAK etnik ( ni semua pelajar sem 3 terlibat)
27/4/2011
KOT 
26/4/2011
Lawatan Bomba- Guar Chempedak (subjek PKE)
28/4/2011
Aktiviti Perahu Panjang (subjek PL)
30/4/2011
Aktiviti XPDC Kayak (subjek PL)



S.O.S!! 



aktiviti bulan April. SAHAJA.
rasanya cukup menggambarkan kehidupan saya.
kehidupan kami. paragon.
belum lagi bulan-bulan yang akan datang.
atau bulan-bulan yang lepas. lelah. 


nampak tak celah mana yang mungkin kami selesa. bersenang lenang. ??


jangan tanya kalau tiba-tiba hal kecil pun kami boleh naik angin. terbakar.
jangan tanya kalau tiba-tiba hal serius pun kami boleh buat muka tak tahu. malas nak layan.
jangan tanya kalau masa tu orang lain punya seronok gelak sana sini kami hanya senyum.
jangan tanya kalau masa tu orang lain gelabah tak tahu nak buat apa kami steady je.
penat boleh jadi macam-macam.



macam-macam???
macam ni..................................

penat. macam nih rupa penat.

PJ tak mengira waktu

s.o.s -_-"

masih boleh senyum. cukup bagus. (:

kami SATU ^^,

panjat-panjat sampai putus

syukur lah kami tak bertindak mencalarkan kereta beliau atau apa sahaja. kami hanya berkumpul setempat dan ber'refleksi'

bila banyak kerja. maka banyak sengketa. TERUS TABAH YEP!








 buat kamu yang memahami. TERIMA KASIH dari saya (:
mohon semangat.
































::.kalau senyuman itu yang mampu membahagiakan mereka, tak menjadi kesalahan kalau aku turutkan tanpa kesah, tanpa peduli apa kata hati.::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...