stay tune

Friday, April 8, 2011

siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.

ingat lagi tak pantun tu?
tak ingat? tipu.. :p 


hadis nabi;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, 
“Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”


sampai bila tak kan bahagia, jika terus menipu. em!


dek kerana terlampau berhati-hati,
menipu lagi.

dek kerana menjaga hati-hati,
berlari lagi.

kau fikir kami peduli?
buatlah suka hati,
sikitpun tidak terkesan buat kami.

cuma satu ingin kau patuhi,
tolong jangan menipu lagi.
sakitnya hati bagai nak mati.

hey, dek kerana terlampau berhati-hati
aku tak nampak kau happy.

*sengih*


 "masa saya bersekolah di taski Abim, mak ada pesan :
adik jangan menipu, jangan cakap bohong, Allah tak suka, kawan-kawan pun tak suka. nanti semua kawan-kawan adik lari
dan pesan itu saya ingat sampai sekarang. mak kau tak pernah pesan? atau kau lupa?


*senyum lagi*


sampai masa Allah akan tunjukkan kebenarannya. pasti.
moga kau cepat sedar.

mungkin kerana terlampau berhati-hati,
kau tak nampak aku di sisi,
yang masih menanti,
berkawan di sini. (:

macam dulu-dulu (':





::.kalau senyuman itu yang mampu membahagiakan mereka, tak menjadi kesalahan kalau aku turutkan tanpa kesah, tanpa peduli apa kata hati.::

1 comment:

sha aziz said...

oke...paham~
kritikal thingking tol....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...