stay tune

Thursday, April 7, 2011

S.O.S

save ours souls
yup.
SAVE OURS SOULS.
jangan terkejut kalau tiba-tiba rumput kat padang ada sign S.O.S nih. 


kami juga adalah manusia. 
yang punya limit pada tahap kesabarannya.
yang punya limit pada tahap kekuatannya.
yang punya limit pada tahap kesihatannya.
sungguh. kami adalah manusia.
 fikir-fikir balik rasa k.e.l.a.k.a.r bila kita kena marah atas kesalahan yang tidak pernah wujud.
kesian pada si tukang marah. 
mesti rasa panas kan?

hari ini. pagi ini. saya dan kawan-kawan kena marah.
dalam register ramai yang kena tanda 'o' ..
bala. kesan tanda 'o' tu mungkin akan membawa padah. bala. ini bala.
tersenyum saya pada tindakan yang tiada usul periksa itu. sinis. senyuman yang cukup sinis.
ingin bersuara seolah tiada guna. penat. letih. masing-masing hanya membiarkan.
biasa terjadi. niat menegakkan kebenaran. tetapi lain yang jadi. maka elok lah diam kan saja.


penat.

ada rancangan apa-apa tak? mungkin tengok air terjun ke.. saya perlukan hujung minggu yang boleh hilangkan segala serabut.


sering terjadi.
kecewa kerana dipandang serong.
lama-lama kami jadi lali. 
lali dengan beliaubeliau yang tak pandai bertanya.
lali dengan beliaubeliau yang tiada usul periksa.
lali dengan beliaubeliau yang hanya pandai menghukum.
hanya kerana beliaubeliau lebih dahulu melihat dunia. 

jelasnya macam kejadian pagi tadi.
walau masing-masing penat lepas aktiviti semalam yang amat padat.
lewat malam baru habis amali. 
KEBETULAN pagi ini kami tiada kelas gimnastik.
maka atas inisiatif sendiri, 

1) kami ingin membersihkan kawasan banai: lokasi amali kebakaran semalam.
2) kami ingin memasang jaring baru pada tiang gol bola sepak.
3) dan ada yang ingin membuat latihan gimnastik demi menghadapi amali.


diulang. ATAS INISIATIF SENDIRI.
maka ada yang awal. ada yang lewat.
malang. diri yang walau penat tapi masih ingin melakukan sesuatu.
jadi hilang mood bila seorang beliau datang marah-marah bertanya kan kenapa ahli kelas tak cukup.
siap minta register. siap tolong tandatangankan. siap letak 'o' pada ruang kehadiran. 
apakah jenis manusia.apakah. huh~ @:


antara situasi lain. yang lebih k.e.l.a.k.a.r.
seorang kawan datang ke kelas. pada hari yang tiada kelas. niat di hati ingin ber 'wifi' di bangunan tersebut. ingin mendapatkan maklumat. ingin menyiapkan tugasan. niat seorang kawan tersebut amat mulia. amat rajin. amat patut mendapat pujian saya kira. malangnya, datang seorang beliau.....

: marahmarah: "cuba hang tengok jam. dah pukul berapa??hampa ingat apa yang hangpa buat nih betol ka??" :marahmarahlagi: atas sebab ramai belum datang. @;! 

weh. kami tak ada kuliah la! : -/


seorang kawan tercengang.terdiam.ingin bersuara seolah malas.telinga dah panas. diamkan saja.


antara situasi lain lagi. yang bertambah-tambah k.e.l.a.k.a.r
kesibukan kami dipersoalkan.
seolah-olah kami yang mencipta sendiri kesibukan itu.
tersenyum lagi.kali ini lebih sinis. 
kami hanya mampu bersabar. 
selepas puas dileteri. kami menunjukkan jadual waktu yang diberikan. 
diulang. YANG DIBERIKAN. 
maksud yang lebih jelas, BUKAN KAMI YANG MINTA.
tapi malang. beliau bukan seorang yang memahami. -_-" 
mungkin bila dapat marah. hati berasa puas. mungkin. 
tahniah pada beliau.



bertanya.periksa.bersifat adil.
tak salah kan? -_-"




" Ya Allah, moga kami bakal-bakal guru, terhindar daripada perangai yang tidak relevan ini. amin."




apa yang nampak sibuk sangat tu? kenapa muka nampak penat sangat tu?



buat merekamereka yang ingin tahu.
ini jawapannya.
program saya dan kawan-kawan pada bulan ini.
jangan terlepas walau satu pun.
agar kamu nampak bahawa kami bukan sekadar bagi alasan.
agar kamu nampak bahawa kami bukan ingin mahu mengelak.

3/4/2011
Lawatan Keselamatan Maklmal 2.30pm-4.00pm (subjek PKE)
6/4/2011
Amali Kebakaran 8.00pm-10.30pm (subjek PKE)
7/4/2011
Friendly kelas major pj IPG kampus Darulaman vs IPG kampus Perlis 5.00pm-7.00pm
(Subjek bola sepak bola jaring PJM3108)

10/4/2011
Amali bola jaring

11/4/2011
Amali bola sepak

13/4/2011
Amali gimnastik

17/4/2011- 23/4/2011
Amali Pendidikan Luar (subjek PL)
25/4/2011
UAK etnik ( ni semua pelajar sem 3 terlibat)
27/4/2011
KOT 
26/4/2011
Lawatan Bomba- Guar Chempedak (subjek PKE)
28/4/2011
Aktiviti Perahu Panjang (subjek PL)
30/4/2011
Aktiviti XPDC Kayak (subjek PL)



S.O.S!! 



aktiviti bulan April. SAHAJA.
rasanya cukup menggambarkan kehidupan saya.
kehidupan kami. paragon.
belum lagi bulan-bulan yang akan datang.
atau bulan-bulan yang lepas. lelah. 


nampak tak celah mana yang mungkin kami selesa. bersenang lenang. ??


jangan tanya kalau tiba-tiba hal kecil pun kami boleh naik angin. terbakar.
jangan tanya kalau tiba-tiba hal serius pun kami boleh buat muka tak tahu. malas nak layan.
jangan tanya kalau masa tu orang lain punya seronok gelak sana sini kami hanya senyum.
jangan tanya kalau masa tu orang lain gelabah tak tahu nak buat apa kami steady je.
penat boleh jadi macam-macam.



macam-macam???
macam ni..................................

penat. macam nih rupa penat.

PJ tak mengira waktu

s.o.s -_-"

masih boleh senyum. cukup bagus. (:

kami SATU ^^,

panjat-panjat sampai putus

syukur lah kami tak bertindak mencalarkan kereta beliau atau apa sahaja. kami hanya berkumpul setempat dan ber'refleksi'

bila banyak kerja. maka banyak sengketa. TERUS TABAH YEP!








 buat kamu yang memahami. TERIMA KASIH dari saya (:
mohon semangat.
































::.kalau senyuman itu yang mampu membahagiakan mereka, tak menjadi kesalahan kalau aku turutkan tanpa kesah, tanpa peduli apa kata hati.::

2 comments:

shifaa said...

awak kuat semangat yew ((:

uyaitusaya said...

YEP! PASTI!
KESAYANGAN SAYA SENTIASA ADA UNTUK SAYA KAN? THANKS SHIFAA..(:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...