stay tune

Wednesday, May 4, 2011

Gara-gara Australia dan setompok tahi lalat.

Baru-baru ni hajat di hati nak sangat-sangat pijak bumi Australia. Backpacking seminggu dua pun jadi la. Ada sesuatu yang menarik. Yang ingin dicapai di sana. Kenapa Australia? Jawapan itu biar saya sendiri simpan. Kerana saya tak fikir ada yang faham. InsyaAllah.akan berusaha menjejakkan kaki di sana. Pasti. Moga dipanjangkan umur.

mereka panggil ini opera house.


Jadi, bila kata nak ke luar negara. Mesti nak kena buat passport. dan buat passport tak susah mana. kena ada salinan ic, dan gambar dua keping. ehem. duit kena hulur jugak. ikut la berapa tahun jangka hayat passport kita tu.  Senang kan? haha. dah ada passport, pijak la mana-mana negara pun. tak da sapa nak halang kalau kita tak buat masalah. tak ada rupa penjenayah.


 ok. tu cerita senang. mari cerita susah pula.

Pengalaman yang mendewasakan. ehem. Ayat tak nak kalah kan. :P

model pejabat imigresen. ok perasan.


apa yang saya mula sedar, banyak perkara yang saya sudah mula uruskan sendiri. tak mengharapkan mak ayah berdiri kiri kanan, tak mengharapkan abang kakak teman kat sebelah. Sungguh la, saya dah mula berdikari. Emak dah mula melepaskan saya untuk melakukan sesuatu. Ayah dah mula membenarkan saya membuat keputusan sendiri. Hari ini saya menjejakkan kaki ke Mini Putrajaya. Pejabat Imigresen. Nak renew passport yang ada. Sendiri. Dulu buat passport semua mak ayah yang uruskan. Tak tahu apa-apa pun. Tahu-tahu dah siap. Tahu-tahu dah nak naik kapal terbang. Tahu-tahu dah pijak kaki ke negara lain. Senang amat.Macam yang saya kata tadi. Ini cerita susah.

# SUSAH 1 = TAK TAHU JALAN.
ok. betul. Mini Putrajaya. saya panggil mini Putrajaya. orang lain tak tahu la pulak. Jalan nak ke Alor Star. Dulu ada kelas renang. Hari-hari lalu situ. Senang sangat la. tak susah mana pun. Kalau sesat jugak memang patut kena gelak. Tapi apa yang buat perkara ni jadi susah. Entah kenapa dalam keadaan blur pagi-pagi Rabu nih, saya sungguh-sungguh pusing Alor Star semata-mata nak cari Pejabat Kementerian Dalam Negeri. Hoi! kat Mini Putrajaya la! Adoi. Lambat nak terjaga. Lambat bangun. Lambat sedar. Ada la dalam sejam dalam kereta melilau kat Alor Star. Ok. Simptom pagi memang macam tu rasanya. Kalau dulu, duduk je dalam kereta. Ayah bawak. Tahu-tahu dah sampai. senang kan. Masa sampai kat Mini Putrajaya tu, punya la cuak. Perasaan "satu lagi perkara baru dalam hidup" datang. Pernah rasa macam tu?

mereka-mereka di sini sungguh ramah. (:


#SUSAH 2 = BLUR.
ok. harap maklum. saya, cik Rodhiyah binti Ahmad memang seorang yang blur. Jangan la nak main teka-teki ke, nak cakap bahasa tersirat ke, nak buat gaya-gaya makan dalam ke, nanti diri sendiri yang kecewa. saya memang blur. Respon saya tak berapa baik. Memandangkan mode simptom pagi belum lagi tukar, masa nak naik ke pejabat imigresen, Jabatan Pertahanan Laut telefon.

"Cik Rodhiyah, pasukan saya tidak dapat meneruskan perjalanan kerana sekarang angin kuat, air laut pasang. Bagaimana dengan pasukan ekspedisi cik? "

terus tersedar.terus terjaga.

tahu tak, ini bala?
tahu tak, saya bukan kat laut aka Pantai Merdeka? Saya di Mini Putrajaya.
tahu tak, ada pasukan pertahanan laut tengah bimbang akan kami kat tengah-tengah laut tu?

perbualan seterusnya di sensored kan.hmm. sendiri tanggung.

sampai bahagian imigresen. cengang tengok orang ramai. dalam kepala dok teringat kat 'encik laut' dalam telefon tadi. " naik pejabat, ambil borang, isi, beratur, ambil nombor. tunggu giliran, pastu tunggu la dia nak suruh buat apa". ok. memang berdikari pergi sendiri. Tapi satu-satu mak dah pesan nak buat macam mana. hehe. masih dalam kategori berdikari kan? ;) budak blur memang kena ada orang pesan macam-macam.

muka budak nak isi borang passport

ini borangnya ye..

Miss Sangeet. Jejak kasih. sahabat lama k.long.

peneman setia : cik saidatul ^^,


#SUSAH 3 = MASALAH BERBANGKIT
ok. semua akan berjalan lancar kalau kita ikut segala arahan yang dia bagi. Dia nak kita tandatangan, kita tandatangan. Dia nak kita cop jari kiri kanan. kita bagi. tak melawan langsung walau nanti ibu jari kiri kanan jadi hitam. dia nak kita bayar duit. ok yang tu memang kena. Dia minta kita tunggu 10 minit pastu jadi sejam dua. tak apa, kita tunggu. Boleh dapat markah sahsiah A kalau tak melawan kata macam ni. apa yang jadi masalah tadi, masa dah berlalu sejam, masa nombor di panggil lagi sekali untuk sahkan dan ambil passport. 'Akak kaunter' tu tenung je muka saya. lama. L.A.M.A.
kak, saya nampak cantik sangat sampai ada iras-iras avril lavigne ke? ok. perasan.

Dik, sebelum ni ada tahi lalat ke kat muka?


ek? ada. sini,sini,sini. sambil tunjuk. 

 ok. perhatian, saya memang ada dua tiga tahi lalat kat bahagian muka. yang saiznya tak berapa besar. yang orang kalau tak tengok tak akan perasaan. bawah dagu lain cerita.

Tak. Kat sini. sambil tunjuk skrin komputer dia. dan passport baru saya.

Sebelum pembedahan. HAHA

HAHAHAHAHAHA.

sumpah tu bukan tahi lalat saya kak, mungkin orang lain punya tahi lalat jatuh kat pipi saya.

HAHAHAHAHAHA.


ok. ini masalah berbangkit. Tapi ini juga hiburan untuk hari Rabu.

BETUL VS PENYAMARAN


ok. gelak lagi.

Alkisah, saya diminta untuk tunggu 10minit kononnya yang kemudiannya dah jadi sejam lebih. dan sepanjang tempoh tu, ramai pegawai imigresen yang keluar jumpa saya atau lebih kepada usya muka saya untuk dapatkan pengesahan. Masing-masing muka macam dalam hati 'o0, ni la budak yang buat pembedahan plastik buang tahi lalat kat pipi tu' Adoi. Kecoh kejap kat pejabat tu. Tahniah uya.
dan nak dijadikan cerita, lepas semua pegawai tu habis bincang, kata putus adalah passport saya perlu dibuat lain untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Maka berejam-jam la saya di sana. dengan senyuman yang tahi lalat kat pipi dah hilang. sebab gambar dalam passport tu dah jadi muka orang lain.
tak boleh sampai Australia dengan passport 'orang lain'. Australia? tengok. dah tersasul. maknanya kena pergi. hehe




ek? 3 bijik susah je??? maknanya tak ada la susah mana..
TAAAKKKK. satu perkara yang paling susah.

# MAHA SUSAH = TAK ADA DUIT.
pernah dengar, no money no talk?? haa.. ini la dia. jangan nak sembang kencang yep. kumpul duit dulu. :)

menuju destinasi







::.kalau senyuman itu yang mampu membahagiakan mereka, tak menjadi kesalahan kalau aku turutkan tanpa kesah, tanpa peduli apa kata hati.::




3 comments:

shifaa said...

haha . tak sangka kwn aku ney dulu azean irdawaty :P

sang pencinta said...

huhuhuh.....kelakarnye......heheheh

uyaitusaya said...

SHIFAA : SABO JE LA WEYH.. HAHA


SANG PENCINTA : KAN.. KALAU BOLEH GULING, DAH LAMA SAYA GELAK GULING2 KAT PEJABAT TU. HAHAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...