stay tune

Tuesday, May 24, 2011

kawan-kawan, mohon doa dari kalian. mohon dengan sangat. bantulah pensyarah saya. moga anak mereka kembali ke pangkuan dalam keadaan sihat dan selamat.

Dr Mohd
Noor Azam Mohd Nazri, 26,



JITRA - Kehilangan seorang doktor muda, Dr Mohd
Noor Azam Mohd Nazri, 26, sejak enam hari lalu
menjadi lebih misteri apabila dia dikatakan pernah
hilang dua kali sebelum ini selepas ‘ditegur’ gadis
bertudung merah.

Ibunya, Natrah Shaari, 52, berkata, dalam bulan ini
sahaja sudah dua kali anaknya hilang selepas keluar
bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor
Setar.

Menurutnya, kali pertama ialah pada 3 Mei dan
kemudian sekali lagi anaknya itu menghilangkan diri
tanpa khabar berita pada 12 Mei yang lalu.

“Pada 3 Mei lalu, anak saya hilang entah ke mana dan
hanya pulang selepas dua hari kemudian, apabila
ditanya dia memberitahu ada seorang wanita
bertudung merah lingkungan 20-an menegurnya
ketika menaiki lif di HSB kira-kira jam 6.30 pagi.

“Bagaimanapun wanita itu dikatakan bertanya sama
ada anak saya Dr Azam dan mahu meminta tolong
kepadanya dan anak saya mengaku boleh membantu
serta kemudian dia dikatakan terus menepuk dahi
anak saya sehingga anak saya tidak mengingati apa
yang berlaku selepas itu,” katanya kepada Sinar
Harian.

Menurutnya, bagaimanapun anaknya itu hanya
tersedar dua hari selepas kejadian dahinya ditepuk itu
dan didapati berada di sebuah pusat membeli belah di
Sungai Petani.

“Selepas tersedar anak saya mendapati dia
kehilangan wang tunai RM500 dan sebuah telefon
bimbit.

“Dalam kejadian kedua pada 12 Mei lalu, anak saya
sekali lagi hilang semasa pergi bertugas di HSB dan
hanya pulang dua hari kemudian. Anak saya beritahu
wanita yang sama menegurnya dan perkara yang
sama juga berlaku kepadanya namun tidak sedarkan
diri selepas itu. Namun kali ini anak saya tersedar dia
berada di Jeti Kuala Kedah dua hari selepas hilang dan
kehilangan wang tunai RM300 dan seutas jam
tangan,” katanya.

Natrah berkata, dia dan keluarga tidak mengenali
siapa wanita bertudung merah itu malah tidak pasti
sama ada wanita itu benar-benar manusia atau
sebaliknya.

Menurutnya, dia juga pernah membawa anaknya itu
berjumpa dengan ustaz untuk tujuan berubat namun
tiada perubahan sikap yang ditunjukkan pada
anaknya berikutan kehilangannya itu.

“Kami bimbang sesuatu yang buruk menimpanya
kerana sehingga ke hari ini dia masih belum pulang ke
rumah selepas hilang buat kali ketiga di tempat
bertugas pada 16 Mei lalu dan kehilangan ini penuh
misteri kerana sudah masuk kali ketiga juga dia hilang
dalam bulan ini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai
Mohd Noor Azam supaya segera lapor ke Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menerusi talian 04-
9172222 atau Balai Polis Langgar (04-7876222).SH

 Wednesday, May 25, 2011 at 9:29am


Info terkini!!! tlglah wahai rakanku sekalian, anak saya memg dilarikan dgn kereta kerana 22/5 ada di KB sbb ada bukti... Tolonglah doakan... tolonglh tgk2 di mana yg dapat... Mungkinkah akan di bw ke luar negara...??? Ya Allah....
ini post 2 jam kemudian 
 
 
buat kawan-kawan..bantulah pensyarah saya.. 
PUAN NATRAH SHAARI DAN ENCIK MOHD NAZRI WAN SENIK. 



Kepada semua yang mengenaliku, saya gagahkan jua tangan ini mencatat rintihan ini..., doakanlah ketabahanku menghadapi dugaan yang amat besar ini..... kini kerinduanku kepada seorng anak mengheretku ke sudut yg amat sepi dan pilu.... Manusia atau makhluk haluskah yang terlibat? Walau apa jua yg berlaku...Pulangkanlah anakku....... dia... berkorban siang dan malam berkhidmat sebagai seorang doktor menyelamatkan nyawa insan lain....di manakah dia kini......... saya rasa hampir tersungkur, lemas dalam lautan resah yang tak bertepi.... RINDU seorang ibu begitu menghimpit ... kini apa yg ditelan semuanya tawar, pahit, kelat....kalau sahabat nak tahu maklumat lanjut dalam berta TV3 dan TV9 tgh ini (Sabtu)... juga dalam semua akhbar pada hari ini! Aneh tapi berlaku! Doakan wahai sahabat.... HNS IPG KDA
 
TERUS MENEMBAK DOA.
 



::.kalau senyuman itu yang mampu membahagiakan mereka, tak menjadi kesalahan kalau aku turutkan tanpa kesah, tanpa peduli apa kata hati.::






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...