stay tune

Thursday, June 30, 2011

terasa tak punca!



saya nampak, tapi tak melihat.

saya teratas, tapi bukan yang pertama.


ya.


saya memang terasa tak punca!

tanpa kamu ketahui,

diri minta dipujuk.

hati . hati-hati .



buat mereka yang saya panggil kawan ;


terima kasih atas muka nak cari gaduh itu,


kerana saya masih mahu ketawa. ^_^


oh, betul, ketawa tak punca! 







CUN SAJA












"sendiri terasa hati, sendiri memujuk diri, sendiri baik sendiri" (jld 2,uya,2011) :)


































































^^yang dikatakan masalah itulah sebenarnya hidup.
ya. kau masih hidup. mahu merungut lagi? <<








Thursday, June 23, 2011

ilmu dunia ilmu akhirat



اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”




sungguhpun aku tersenyum gembira dengan apa yang aku peroleh hari ini,
hati sayu memikirkan,
adakah di dunia kekal sana aku masih mampu tersenyum?
solatku diiringi sujud syukur kerana hari ini,saat ini,
masih diberi kesempatan untuk hidup,
masih terbuka ruang untuk merasa bahagia,
dan masih diizinkan Allah untuk kecapi kejayaan.
sungguh, sering mengingatkan diri,
segala yang ada, yang aku miliki,
pinjaman semata.



TERIMA KASIH ALLAH.
KERANA MASIH SETUJU MENJADIKAN AKU INSAN YANG BAHAGIA.
ALHAMDULILLAH WALHAMDULILLAH LILHAMDULILLAH.

kata emak..tahniah, nak DSLR x? *ok, ayat belakang tu tipu -_-"





















^^yang dikatakan masalah itulah sebenarnya hidup.
ya. kau masih hidup. mahu merungut lagi? <<
















Wednesday, June 22, 2011

Shahrul Hanif itu lelaki.

haha.
tajuk entry takleh go kan.. :P
dah nama lelaki, tak payah bagitahu pun orang tau tu lelaki.
yang orang tak tahu sekarang ni adalah shahrul dan hanif adalah dua lelaki yang berasingan.
bukan sorang, tiga lagi la bukan.
wahh..nama kena highlight tu..
ok. untuk mengelakkan salah faham,
dua orang jejaka nih tak lain tak bukan adalah adik beradik paragon.
kalau yang masih tak tahu, kami ni merupakan satu keluarga
dah macam-macam benda kami harung sama-sama.
pause kejap cerita pasal shahrul hanif nih.
tapi apa yang saya nak tekankan adalah lelaki.
perkataan yang lepas shahrul hanif. 
(:

sekadar pendapat peribadi,
bagi saya lelaki nih serba boleh.
jarang-jarang kita dengar lelaki tak boleh buat kerja-kerja tukang.
jarang-jarang kita dengar lelaki tak pandai berkebun.
jarang-jarang kita dengar lelaki tak reti nak menyesuaikan diri dalam macam-macam perkara.
banyak. macam-macam lagi. nak senarai memang tak. sila fikir sendiri :P
ini apa yang saya lihat dari dalam diri seorang ayah.
yep. ayah. ayah saya ^_^
insan yang saya jadikan contoh pilihan untuk buat calon suami.
ok. merepek. haha

bersama hero kesayangan


balik pada ayah > lelaki.
kalau ada paip rosak, mak akan mintak ayah betulkan.
kalau mak nak masak ayam, ayah akan sembelihkan.
kalau mak perlukan barang-barang dapur, ayah akan keluar belikan.
kebun-kebun belakang rumah, memang ayah yang usahakan.
kalau tayar kereta/motor pancit, telefon ayah dulu, dan ayah datang menyelamatkan.
panjat pokok, baiki mesin basuh kalau rosak, check kereta anak sebelum anak tu berjalan jauh, tukar bar lampu kalau terbakar, nak pergi shopping? of course ayah sentiasa ada. 
pintu rosak, memang ayah yang tukarkan..
ajar anak dia bawak kereta naik turun bukit dan tetap mengajar walau failed, ayah tetap sabar melayan. 
oh, percaya tak, separuh daripada perabut dalam rumah saya, ayah yang buat sendiri! 
terutamanya almari untuk baju-baju mak yang amat banyak yang boleh buka kedai bundle kalau nak.
ayah memang the best ^_^ 
nampak tak bertapa serba bolehnya seorang lelaki nih.
nak buat kerja-kerja berat pun memang lelaki main peranan.
perempuan boleh je kalau nak buat, tapi kalau ada lelaki, 
memang malu la kalau lelaki tu biar je perempuan tu buat. 
tak gentlemen kata orang tua. haha.
oh, tak. sebetulnya perempuan tak tahu menahu semua perkara yang berjaya disenaraikan tadi. 
lagi-lagi tukar tayar kereta. tak setuju? fine, saya memang merujuk diri saya sendiri. (:
saya sememangnya menghormati lelaki sebagai seorang yang serba boleh. 
dan saya fikir tak salah apabila seorang lelaki menghormati kelemahan seorang perempuan dan tak jadikan kelemahan itu sebagai bahan ejekan. 
lumrah.
masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing.
walau dunia sekarang menyuarakan perempuan mampu buat apa yang lelaki buat,
kata saya, tak. lelaki masih lagi yang teratas. yang terhebat.

eh, tadi macam ada cakap pasal pintu?
ok, play balik pasal shahrul hanif.
hari nih dyrg berjaya memudahkan penghuni 116 mahligai permai untuk masuk rumah.
asalnya saja bukak topik pasal pintu yang rosak.
tak pandai nak betulkan, dan cerita pasal paip rumah dyrg yang rosak dan kena charge mahal.
haha. runsing la tu. kan elaun belum menjenguk.

Alhamdulillah, syukur dyrg sudi tolong untuk betulkan pintu yang dikatakan rosak tadi.
kalau tak, tak tahu nak cari tukang mana tok betulkan.
untungkan ada kawan-kawan macam ni? (:
kata hanif, saya boleh je kalau nak betulkan sendiri. senang.
kata saya, tak. tak reti. susah. tak pandai.
kata izati, tak berusaha.
hahaha. betul. ko teruk betul la uya.

ni aksi shahrul hanif yang dah gaya ala2 pecah masuk rumah anak dara orang.
gaya profesional la sebab anak dara orang aka tuan rumah tengok je dari luar.
mendapatkan keizinan penuh untuk melakukan aksi pecah masuk rumah.
haha. 


oh, ini bukan aksi menjahanamkan, tapi membetulkan. ^_^


beruniform lagi.. hehe.



bersungguh haa..


muka bangga menyelesaikan masalah penghuni mahligai 116 di suasana permai(:
sebelum terlupa : yang kiri itu shahrul yang kanan itu hanif


BANTUAN YANG DIBERI MEMANG TAK TERNILAI.
TERIMA KASIH!






p/s: ayah! pintu rumah adik dah ok..jangan bimbang lagi ye!
 ^_^
















^^yang dikatakan masalah itulah sebenarnya hidup.
ya. kau masih hidup. mahu merungut lagi? <<





Sunday, June 19, 2011

owh. cukuplah 3 minggu.


ijazah tahun kedua-semester 4.
hari ini hari pertama,
bermain dengan rasa.
yang bakal dihadapi hari mendatang,
adalah bangun tidur bersama pedagogi.
huh~
walau secelakamanapun permainan dunia ini.
kau perlu daki tanpa boleh elak.
Ya Allah..permudahkanlah segalanya.
kurniakan diriku semangat positif dari hari ke hari.
mohon dengan sangat.
nak diluah bagai tiada guna.
nak diubah sememangnya tiada daya.
oh. 
tak. 
yang dipanggil pedagogi itu bukanlah punca kusut.
tetapi rasa tidak senang yang menyerang diri.
jangan ditanya apa.
kerana tiada kata untuk dijawab.
moga terus tabah uya.

cukup dengan ketidakpuasan hati aturan itu.
titik.
:(


ok. senyum balik :)
owh. cukuplah 3 minggu.
kini pulang dengan merangkul tugas ketua.
yang diberikan itu amanah.
yang dituntut itu kejujuran.
yang dipikul itu tanggungjawab.
dan
yang dibimbing itu haruslah diri sendiri terlebih dahulu.


hidup.senyum. dan hadapilah.
kerana yang ada hanya masa sekarang.
kau boleh uya?



harus jawab: ya, pasti boleh.









^^yang dikatakan masalah itulah sebenarnya hidup.
ya. kau masih hidup. mahu merungut lagi? <<




Friday, June 10, 2011

ku berlari


 
Ku langkahkan kaki ini

Di hangat mentari pagi

Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu

Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti

Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi

Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali

Susah payah aku tak peduli

Kerna hidup hanya sekali

yeah..sedar tak sedar..berginilah perjalanan kita hari-hari.


gelagat yang memang menghiburkan.


mama, we love you.

suka gambar ini. titik.
 

Dengarkanlah teman seloka hiburan

Tak perlulah kita asyik nak berlawan

Kita semua kawan tak boleh berlawan

Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu

Teruskan langkahmu ayuh kita maju

Mari bersamaku nyanyi lagu ini

Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu

Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu

Segala-galanya pastikan berlalu

Mentari kan muncul mendung kan berlalu

senyumlah dengan ikhlas, bukan hanya di depan, karna kau-aku adalah kawan :)


sarah dalam rawatan. ehe

ehem..projek nih amat bermanfaat kan? :P

rindu.

k.long n zati missing.

tolong terus begini.

semangat kawan harus tinggi. em!


eh2..gambar laki memang tak banyak la..
ok, selitla jugak lagi 2 keping :P


asal dah tak nampak korang pakai seluar ni eh?? HAHA

korang memang power rangers. tahniah





Suka duka perkara biasa

Kita pasti lalu bezanya pada waktu

Bila berlari kenalah berstrategi

Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati

Biarlah terlambat atur jalan cermat

Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat

Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri

Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati

Biarkan saja, takdir semua nyata

Bersyukurlah masih lagi bernyawa

kerana aku ada kau-kau ada aku. maka kita akan lebih berhati-hati. sebab kita saling memperingati. kan?

dididik untuk mendidik

yang dicari adalah pengalaman

sungguh. kau-aku. saling memerlukan. terima kasih


Dan aku tinggalkan masa kelabu

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi

Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti

Berlari wujudkan mimpi

Terus berlari

Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…

Berlari..
 

berlarilah dengan pasti.

bekal semangat dan keberanian.
 


Ku langkahkan kaki ini

Di hangat mentari pagi

Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu

Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti

Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi

Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali

Susah payah aku tak peduli

Kerna hidup hanya sekali

Dengarkanlah teman seloka hiburan

Tak perlulah kita asyik nak berlawan

Kita semua kawan tak boleh berlawan

Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu

Teruskan langkahmu ayuh kita maju

Mari bersamaku nyanyi lagu ini

Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu

Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu

Segala-galanya pastikan berlalu

Mentari kan muncul mendung kan berlalu


Suka duka perkara biasa

Kita pasti lalu bezanya pada waktu

Bila berlari kenalah berstrategi

Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati

Biarlah terlambat atur jalan cermat

Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat

Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri

Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati

Biarkan saja, takdir semua nyata

Bersyukurlah masih lagi bernyawa


Dan aku tinggalkan masa kelabu

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi

Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti

Berlari wujudkan mimpi

Terus berlari

Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…

Berlari..


yang penting, jangan berlari setempat.

yang kita perlukan adalah kerjasama

kalau takde kerjasama, mungkin akan terdengar laungan "hoi,sape minum dulu tu, kurang hajo!!!"

kita dididik untuk bersama susah senang

dan didikan kita itu penuh dengan disiplin.

disiplin yang melahirkan PARAGON

 TERUS BEGINI . TERIMA KASIH PARAGON :)


ULANG-ULANG DENGAR LAGU NI SAMPAI BOSAN.
POST NI NAK BUAT LAMA DAH..
MASA HABIS EXAM HARI TU,
YANG JUGA MEMBAWA MAKSUD HABIS SEMESTER 3.
SEMESTER 3?? YEP. SEM YANG PENUH LIKU..
ALHAMDULILLAH, BERJAYA TEMPUHI DENGAN TABAH.
DENGAR CERITA SEMESTER 5 LAGI TERUK,
TAPI SAYA DENGAN PENUH YAKIN MENGATAKAN
PARAGON PASTI BOLEH! KAN KAWAN-KAWAN?
 :)




:) sekadar terkenang, kerana beliau juga mengajar kita bagaimana membuat jurnal. eh. bagaimana menjadi matang. -_-" baru betul. kan?

::.kalau senyuman itu yang mampu membahagiakan mereka, tak menjadi kesalahan kalau aku turutkan tanpa kesah, tanpa peduli apa kata hati.::



Tuesday, June 7, 2011

ukhwah itu masih milik kita, syukur.





"weyh, mana kau hilang?"

terharu . 
diri masih diingati :")
9tahun.
lama. 
kesal karna aku mengambil masa yang lama untuk sedar akan kehilangan itu.

hey, dunia nih kecik je kan ?
pusing-pusing, kita masih lagi berhadapan dengan orang yang sama.
kalau bukan orang yang sama pun, yang dikeliling kita itu adalah kenalan kepada kenalan kita.
kan? :) 
hey, kita tak jauh pun.
tapi kenapa kita tak pernah berjumpa ? 
lagi-lagi berselisih .
dah tak kenal mungkin :'(

tapi hari ini, saat ini. saya bahagia.
Tuhan masih bersetuju untuk kita terus bersahabat.
cerita 9 tahun menjengah kembali. :") 
dan saya masih berpeluang untuk bertanya khabar. 
walau sudah banyak yang tertinggal. 
alfatihah buat arwah Wan Mohd Farid bin Abdullah.




hey kawan, sungguh, aku rindu kamukamu! :")




asal air mata taknak berenti turun nih. haha



::.kalau senyuman itu yang mampu membahagiakan mereka, tak menjadi kesalahan kalau aku turutkan tanpa kesah, tanpa peduli apa kata hati.::



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...