stay tune

Wednesday, June 22, 2011

Shahrul Hanif itu lelaki.

haha.
tajuk entry takleh go kan.. :P
dah nama lelaki, tak payah bagitahu pun orang tau tu lelaki.
yang orang tak tahu sekarang ni adalah shahrul dan hanif adalah dua lelaki yang berasingan.
bukan sorang, tiga lagi la bukan.
wahh..nama kena highlight tu..
ok. untuk mengelakkan salah faham,
dua orang jejaka nih tak lain tak bukan adalah adik beradik paragon.
kalau yang masih tak tahu, kami ni merupakan satu keluarga
dah macam-macam benda kami harung sama-sama.
pause kejap cerita pasal shahrul hanif nih.
tapi apa yang saya nak tekankan adalah lelaki.
perkataan yang lepas shahrul hanif. 
(:

sekadar pendapat peribadi,
bagi saya lelaki nih serba boleh.
jarang-jarang kita dengar lelaki tak boleh buat kerja-kerja tukang.
jarang-jarang kita dengar lelaki tak pandai berkebun.
jarang-jarang kita dengar lelaki tak reti nak menyesuaikan diri dalam macam-macam perkara.
banyak. macam-macam lagi. nak senarai memang tak. sila fikir sendiri :P
ini apa yang saya lihat dari dalam diri seorang ayah.
yep. ayah. ayah saya ^_^
insan yang saya jadikan contoh pilihan untuk buat calon suami.
ok. merepek. haha

bersama hero kesayangan


balik pada ayah > lelaki.
kalau ada paip rosak, mak akan mintak ayah betulkan.
kalau mak nak masak ayam, ayah akan sembelihkan.
kalau mak perlukan barang-barang dapur, ayah akan keluar belikan.
kebun-kebun belakang rumah, memang ayah yang usahakan.
kalau tayar kereta/motor pancit, telefon ayah dulu, dan ayah datang menyelamatkan.
panjat pokok, baiki mesin basuh kalau rosak, check kereta anak sebelum anak tu berjalan jauh, tukar bar lampu kalau terbakar, nak pergi shopping? of course ayah sentiasa ada. 
pintu rosak, memang ayah yang tukarkan..
ajar anak dia bawak kereta naik turun bukit dan tetap mengajar walau failed, ayah tetap sabar melayan. 
oh, percaya tak, separuh daripada perabut dalam rumah saya, ayah yang buat sendiri! 
terutamanya almari untuk baju-baju mak yang amat banyak yang boleh buka kedai bundle kalau nak.
ayah memang the best ^_^ 
nampak tak bertapa serba bolehnya seorang lelaki nih.
nak buat kerja-kerja berat pun memang lelaki main peranan.
perempuan boleh je kalau nak buat, tapi kalau ada lelaki, 
memang malu la kalau lelaki tu biar je perempuan tu buat. 
tak gentlemen kata orang tua. haha.
oh, tak. sebetulnya perempuan tak tahu menahu semua perkara yang berjaya disenaraikan tadi. 
lagi-lagi tukar tayar kereta. tak setuju? fine, saya memang merujuk diri saya sendiri. (:
saya sememangnya menghormati lelaki sebagai seorang yang serba boleh. 
dan saya fikir tak salah apabila seorang lelaki menghormati kelemahan seorang perempuan dan tak jadikan kelemahan itu sebagai bahan ejekan. 
lumrah.
masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing.
walau dunia sekarang menyuarakan perempuan mampu buat apa yang lelaki buat,
kata saya, tak. lelaki masih lagi yang teratas. yang terhebat.

eh, tadi macam ada cakap pasal pintu?
ok, play balik pasal shahrul hanif.
hari nih dyrg berjaya memudahkan penghuni 116 mahligai permai untuk masuk rumah.
asalnya saja bukak topik pasal pintu yang rosak.
tak pandai nak betulkan, dan cerita pasal paip rumah dyrg yang rosak dan kena charge mahal.
haha. runsing la tu. kan elaun belum menjenguk.

Alhamdulillah, syukur dyrg sudi tolong untuk betulkan pintu yang dikatakan rosak tadi.
kalau tak, tak tahu nak cari tukang mana tok betulkan.
untungkan ada kawan-kawan macam ni? (:
kata hanif, saya boleh je kalau nak betulkan sendiri. senang.
kata saya, tak. tak reti. susah. tak pandai.
kata izati, tak berusaha.
hahaha. betul. ko teruk betul la uya.

ni aksi shahrul hanif yang dah gaya ala2 pecah masuk rumah anak dara orang.
gaya profesional la sebab anak dara orang aka tuan rumah tengok je dari luar.
mendapatkan keizinan penuh untuk melakukan aksi pecah masuk rumah.
haha. 


oh, ini bukan aksi menjahanamkan, tapi membetulkan. ^_^


beruniform lagi.. hehe.



bersungguh haa..


muka bangga menyelesaikan masalah penghuni mahligai 116 di suasana permai(:
sebelum terlupa : yang kiri itu shahrul yang kanan itu hanif


BANTUAN YANG DIBERI MEMANG TAK TERNILAI.
TERIMA KASIH!






p/s: ayah! pintu rumah adik dah ok..jangan bimbang lagi ye!
 ^_^
















^^yang dikatakan masalah itulah sebenarnya hidup.
ya. kau masih hidup. mahu merungut lagi? <<





4 comments:

shazatul shifaa zulaikha zulkifli said...

shazatul shifaa zulaikha bt zulkifli itu perempuan comel (:

shahrul said...

hahahahahahahahahahahahahahahahaha

Anep Radzi said...

kami berdua sungguh comel disitu..kiut kiut kiut...hahaha

uyaitusaya said...

SHIFAA : HAHA. OK. AWAK SANGAT COMEY. TAK DAPAT DISANGKAL. :p

SHAHRUL : SUKENYE.. HAHA

ANEP : NAK KATA KORANG LELAKI Y KIUT LA.. HAHAHA.

BTW,UYA MAKSUDKAN SEMUA..DAN PANDANGAN UYA NIH BDASARKAN ATAS APA YANG UYA NAMPAK PADA DIRI AYAH UYA.. ^_^ PAPEPUN, TERIMA KASIH BUAT KORANG.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...