stay tune

Sunday, July 31, 2011

^^ramadhan dan gastrik~~

Lafaz niat untuk sebulan puasa :
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala


Doa berbuka puasa :

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

 
salam ramadhan buat semua. 
Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah 
untuk merasai nikmatnya beribadah dalam bulan penuh barakah ni. :) 
ramadhan bersama gastrik.
 
gastrik?
yep. sakit dia hanya orang yang alami je tahu macam mana.
gastrik dalam bulan ramadhan bukan helah untuk tak puasa.
cumanya sakit itu memang akan datang atas sebab peningkatan asid dalam perut bila kita tak makan.
tindak balas kimia kata sains.
betulkan jika saya salah. tak sia-sia belajar anatomi. heh~ -_-"
maka, KAMU si pengidap gastrik AKA UYAITUSAYA,
jangan abaikan pengambilan ubat. ubat??xtawu xtawu
dan kemestian untuk bersahur. haha. pagi tadi macam tak terbangun je.
kerna itu adalah sumber tenaga yang kamu boleh usahakan
untuk sepanjang hari berpuasa.
KAMU juga tidak digalakkan untuk membayangkan keenakan makanan 
kerana imaginasi atau faktor psikologi ini pun boleh meningkatkan keasidan perut.
tak percaya?
pengidap gastrik sila cuba. haha.
 
walau apa pun ia,
ramadhan adalah tawaran hebat yang Allah berikan untuk kita.
untuk baiki mana yang lemah.
untuk topup mana yang kurang.
untuk tampal mana yang berlubang.
pintu syurga dibuka buat kita.
diampuni segala dosa yang lalu.
pahala berlipat ganda.
perisai seksaan api neraka.
doa yang sangat mustajab.
dan WOW!! ada banyak lagi.
tapi...ehem..ni untuk mereka yang berpuasa ya..
untuk mereka yang rebut tawaran Allah.
dasyat nih.. siapalah yang tak nak kan?? :)
 
budak kuat makan yang mengidap gastrik. -_-"
 


ehem..
dah berapa kali jumpa ramadhan dah.. 
saya mendoakan buat perokok tegar,
boleh belajar berhenti merokok. 
jangan pulak dengar azan magrib,
rokok dulu yang dicari, bukan kurma. :)
 


Tuesday, July 26, 2011

kembali kepada fitrah .

si kacak anas bin abdul rahman :)

setiap bayi yang dilahirkan 
dalam keadaan fitrah semula jadinya bersih , 
belum ternoda oleh mana-mana unsur dosa . 
atas sebab itu , kita ingin benar menatap wajah anak kecil .
ingin dekat .
peluk cium .
rasa sayang yang melimpah ruah .
melayan setiap karenah .
walau dalam susah ,
walau dalam marah ,
anak kecil itu pengubat duka ,
buat kita terus senyum .
ya, hakikat semula jadinya 
kita suka suci bersih ,
tapi kenapa masih berbuat dosa ?




rindu la dekat dua orang budak nakal nih.. :')

Monday, July 11, 2011

bernafas

bila Allah uji.
harus tabah hadapi.
harus kuat menerima kenyataan.
ya, teruslah bernafas.
sakit itu mesej ringkas tanda Allah sayang.
tetapi,
istihar perang terhadap mereka yang rasa hebat berpakaian putih,
buat saya tidak berusaha untuk mendapatkan jawapan.
bukan menafikan kewibawaan, tetapi kecewa dengan kelalaian.
maaf.

buat sahabat Azriatul farahain binti ahmad zamili.
belajar rajin-rajin. jangan banyak main. jangan ambil mudah.
kerana kamu adalah manusia yang berupaya menyelamatkan nyawa,
juga membahayakan nyawa.
tolong.

Monday, July 4, 2011

sifir mudah : coklat itu manis, kamu itu coklat. sekian~



 pencuri hati zahiril T,T
"Tuhan, kalau betul dia jodoh,
biar aku lawan untuk jodoh ini"






















^^yang dikatakan masalah itulah sebenarnya hidup.
ya. kau masih hidup. mahu merungut lagi? <<







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...