stay tune

Tuesday, August 9, 2011

muka rupa wajah .

Yang ditatap hari ke hari ,
mukanya dua ,
bisu di hadapan, rancak di belakang .
Yang sembunyi tidak kelihatan ,
rupanya dua ,
berani bertembok, kecut bersemuka .
Berurusan dengan mereka ,
wajahnya dua ,
ada ketika diri berdiri kuat ,
ada ketika diri berdiri penat .
Minggu-minggu yang ditinggalkan ,
topeng-topeng itu hadir .
oh! masih lagi dua ,
"hey, yang ditatap ,
biar hujungnya nanti kata-kata sendiri menghukum diri " .
"hey, yang bersembunyi ,
keluar, biar kamu sedar, kamu itu memalukan diri " .
Aku lelah bersama .

Yang aku angkat tinggi-tinggi ,
Allah S.W.T .
Yang aku cemburu tidak ketemu ,
Rasullullah dan Para Sahabat .
Yang aku sayang hingga hujung nyawa ,
Emak dan Ayah .
Yang aku ingin bersama walau pernah bertikam lidah ,
Abang-abang, kakak, dan adik .
Yang aku tidak pernah ketemu peganti ,
Kesayangan-kesayangan .
Yang aku hormat kiri dan kanan ,
kawan-kawan .
Yang aku simpan kemas di dalam hati ,
Manusia Ajaib .
TERIMA KASIH!
Kerana masih bersetuju memimpin ketika hilang ,
Kerana masih bersetuju menghulur ketika tiada .

Deria senyum masih milikku .

pulang dari kegelapan . *senyum*






ps satu :
hey, berubahla!

ps dua :
hey,
RM120 ini buat kami mengata kamu berhari-hari. nah! ambil la!















^^yang dikatakan masalah itulah sebenarnya hidup.
ya. kau masih hidup. mahu merungut lagi? <<






6 comments:

* miss vast * said...

hey, kamu dah bangun! (:

uyaitusaya said...

YUP. SAYA BANGUN WALAU PAYAH.:)

anisyuhada said...

pesan seorang adik;sabar tabah redha. (:

uyaitusaya said...

ANIS : KATA SEORANG KAKAK; BENAR, WALAU SUSAH MANA :)

shazatul shifaa zulaikha zulkifli said...

Allah sentiasa bersama dalam setiap langkah kita . ingat tu (:

uyaitusaya said...

SHIFAA : YEP! SANGAT INGAT, MALAH SENTIASA ADA DALAM SETIAP NAFAS! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...