stay tune

Monday, September 26, 2011

semoga aku tidak seperti dia .

benar,
hormati orang yang lebih 'lama', harus.
gara-gara mereka lebih dahulu makan garam,
aku kira mereka mengidap darah tinggi.
maaf.




Ya Allah,
jika aku diberi peluang menjadi orang lama,
semoga aku tidak seperti dia,
hanya lagak pandai dan menunjuk-nunjuk.
hanya pandai buat orang sekeliling menyampah.

Ya Rahman,
jika aku diberi peluang menjadi orang lama, 
biar aku menjadi contoh buat mereka,
disenangi dan dihormati,
tidak hanya gah pada kuasa,
tidak hanya pandai berkata-kata tanpa usul periksa.


Ya Rahim,
jika aku diberi peluang menjadi orang lama,
ingin aku sebarkan sucinya cinta,
ingin aku sebarkan cantiknya budi,
tidak ternampak pilihnya kasih,
tidak terlihat kejinya memerli.

Ya Samii'u,
Jika aku diberi peluang menjadi orang lama,
semoga aku tidak seperti dia, 
yang hanya menghukum tanpa belas,
yang hanya mengata seolah tidak kenal iman,
semoga aku tidak seperti dia Ya Khaliq...
amin. amin. amin.










TERBAIK. PASTI
Idola : Orang Lama YANG AMAT SAYA SANJUNGI.  



reverse psychology .

saya makin mahir guna kemahiran ini .

tapi, makin lama makin sakit .

Wednesday, September 21, 2011

aku, islam dan mereka .

entah mengapa hati terasa goyah ,
bukan kerana siapa aku pada hari ini ,
bukan kerana malu pada apa yang aku ada ,
tapi kerana mereka .
usaha mereka,
kesungguhan mereka,
seolah-olah semangat mereka itu mendahului aku.
tercabar .
ya, mereka harus tahu ,
aku tercabar dengan usaha mereka itu ,
aku tercabar dengan kesungguhan mereka itu .
semangat itu seperti ingin mengalahkan aku .
bukan ,
bukan kemenangan yang aku cari,
apatah lagi kekalahan,
sebaliknya ,
doa aku pada hati,
biar wujud suatu hari ,
kita mampu seiring bersama-sama memayungi Islam.
Allahuakbar!


Ustaz A. Rahman Reved b. Abdullah : perkongsian memeluk Islam






21/9/2011
dewan ibnu khaldun
Majlis Dialog Islamic Interfaith
"kalau kamu bersama saya, 
pasti kamu merasai apa yang saya perkatakan".

Monday, September 19, 2011

seorang aku pada hari ini.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

sekarang dah boleh tarik nafas lega.
dah boleh duduk tenang.
dah boleh pandang orang sekeliling.
dah boleh bersosial dengan masyarakat.
0h, dah boleh makan sate raya :')
jamuan raya kali ni, rasa macam yang paling hambar.
bukan sebab tak meriah,
bukan sebab tak dapat makan,
bukan sebab tak warna warni,
tapi sebab aku sendiri.
hati langsung tak ada dalam dewan.
sejuk satu badan.
tak ada rebut-rebut makanan dengan orang lain,
tak ada nak tangkap-tangkap gambar,
tak ada nak gosip-gosip raya,
tak ada langsung rasa nak pandang sekeliling.
hambar.
hati tengah gelisah.
assignment dalam kereta belum hantar.
petang pukul dua ada microteaching.
persediaan rasa macam tak pernah cukup.
sejuk satu badan.
kesian pada yana dan k.long,
jadi pengkritik pada dialog untuk pengajaran petang tu.
tak pasal-pasal dalam dewan dengan semangat lagu raya,
aku terkebil-kebil dengan pra simulasi pengajaran.
yana sambil-sambil makan mee "tukar-tukar, aku tak paham apa ko nak sampaikan"
k.long sambil-sambil minum sirap "dialog tu bagi ringkas sikit..panjang sangat"
gabra. fokus tak berada nak ada. gemuruh lebih.
dewan rasa macam bising sangat.
keluar. didie sempat panggil.
didie pulak yang jadi tukang dengar keluhan..
"didie..aku dah tak boleh nak pikir apa nih.
tak tahu kenapa yang aku cuak sangat tok microteaching petang ni"
didie mainkan peranan. sebagai sahabat, dia menenangkan.
buat yana, k.long dan didie.
terima kasih. walau rasa hampeh dengan mainan boneka tadi.
lahir perasaan selamat.
lega.
bernafas.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

detik 4.21petang 19/9/2011
selesai semua microteaching.
selesai semua assignment yang berat-berat.
baru terasa yang perut lapar.
baru terdengar indahnya lagu raya.
baru tersedar asid gastrik dah mula bagi amaran!
haha.


SELAMAT HARI RAYA KAWAN-KAWAN. :')

tak ada gambar dengan kawan-kawan.
tak ada gambar diri sendiri.
tak ada semangat raya.
ruginya!









teringat hujung minggu lepas mengada minta ayah belikan lemang,
mengada minta mak buatkan rendang ayam.
"mak, adik belum puas makan lemang dengan rendang ayam"
esoknya semua tersedia.. 
*terharu*

Sunday, September 11, 2011

feedback untuk kamu.





benar,
dont judge a book by its cover.
tapi itu kata penjajah omputih.
sebelum fasih berbahasa mereka,
renung dan tanya dulu pada diri,
kerana kata saya ;
"dengan hanya memerhati,
kamu fikir kamu layak untuk menghakimi?"

*senyum sinis*

hey, post random ini,
saya terpanggil untuk memberi respon.
:) maaf kalau ada tingkah laku yang tidak menyenangkan semasa zaman persekolahan dahulu.
ringkas dari saya,
[jelas yang bergelar senior-senior itu yang tidak pandai mengawal keinginan diri,
mengapa yang dipanggil "ko" itu mendapat hinaan?]

marah itu tidak,
cuma jangan cepat sangat mentafsir ya.

oh, ada pesanan buat kamu..

"disebabkan aku tak pernah tahu, maka aku tak pernah berdendam..apa-apa pun, aku maafkan ko, jom merawat diri, supaya kita mampu berdiri gagah merawat ummah"

lebih kurang begitu la. :)

.................................................................................................................

Thursday, September 8, 2011

lapan tahun yang tertinggal .

"rodhiyah..hg macam dulu jugak..kuruih.."

"rodhiyah dulu belemoih.."

"rodhiyah, awat hg tinggi semacam.."

"rodhiyah, hg dok berlari ataih padang lagi ka? "

"pas habeh sekolah hg teruih hilang.."


*senyum*


8tahun. lama.
benar . saya hilang begitu saja.
hilang punca di mana silapnya.
mungkin bimbang tiada yang mengingati,
bimbang tiada yang mengenali.
senyap. diam sibukkan diri.
baru-baru ini, lewat kebelakangan ini,
tak, dalam tahun ini..
saya benar-benar terpanggil untuk mencari semula,
menjejaki semula..
semua kenalan yang pernah tercatat dalam memori.
ya saya maksudkan SEMUA.
Alhamdulillah, masih diberi peluang.
ralat dengan pemergian arwah seorang sahabat..wan mohd farid b abdullah . alfatihah~
benar, raya kali ini tak seperti raya-raya sebelum ini.
Allah izinkan saya bertemu mereka.
Allah izinkan saya berkongsi cerita bersama mereka.
Allah izinkan saya mengimbau balik segala yang tertinggal.
syukur.
ya, benar. terlampau banyak yang saya tertinggal.
malu pun ada. seolah-olah tak tahu apa-apa.
saya azam pada diri, ukhwah ini tak akan saya sia-siakan.
tak akan saya buang.
sahabat , tolong pimpin saya andai saya terleka.
tolong bangunkan saya jika saya terjatuh.
tolong tegurkan saya jika saya tersasar.
tolong.
8tahun. lama.
terlampau lama saya ambil masa untuk menjejaki semua.
rugi.

rumah daddy kata mereka. haha. berkumpul di rumah saya.

ikhwan,awie,sufrie,aimin,izuan,muhammad :)

asiah,ain, syikin, izati,hamizah :)

kalau perasan, dalam gambar ni ada awanis, fatin, dan mastura :) rumah ke 5.

kerana Allah juga yang mengizinkan kami bertemu. :) rumah ke 6

hujung sekali > sarafina :) rumah ke 8

beraya ke rumah cikgu nizam :)

beraya ke rumah cikgu aisyah.. haa..ada hayazi :)

setia bersama menjayakan program beraya sakan 2011. hehe ^_^


alhamdulillah.
saya masih boleh sebut nama sorang2.
cuma ada dua tiga orang yang tak berapa jelas.
bila disebut-sebut dalam cerita,
saya perlukan kawan-kawan untuk ingatkan balik.
teruk.


dulu kita dok main kejar-kejar masa rehat.
dulu kita dok makan laksa dan ais kacang tepi luar pagar sekolah.
dulu kita dok terjun sungai sama-sama belakang rumah sarafina,
kadang-kadang belakang padang sekolah :P
dulu kita dok baca sifir sama-sama lepas waktu rehat.
dulu kita dok rebut sapa nak tekan loceng masa habis rehat.
macam-macam.
dan yang paling bahaya dalam bab ingat-ingat ni.. sufrie.
daya ingatan dia bahaya. haha.
jangan tanya kenapa.

sungguh.
raya tahun ini amat berbeza.
amat puas hati.
amat gembira.
amat terasa masa cepat pergi.
amat rindu dengan masa lalu.
amat sedih untuk berpisah.
amat sayang pada semua kawan-kawan :') *habuk*

kawan-kawan,
harapan biar nanti kita sama-sama berjaya.
tak kira dalam bidang apa pun.
kalau belajar, biar kita cemerlang dengan pelajaran kita,
kalau bekerjaya, biar kita cemerlang dengan pekerjaan kita,
kalau berumah tangga, biar kita cemerlang dalam pembinaan keluarga kita.
begitu.
berjaya ini bukan skop,
"kau kena masuk universiti, dapat ijazah"
bukan.
Allah Maha Mengetahui.
segala yang Allah susun itu sudah cukup baik untuk kita.
usaha-usaha-dan usaha lagi.

sama-sama berjaya ya!
*senyum*

REDAH SELAGI BOLEH

apa yang saya sedar,
sejak akhir dua akhir tiga akhir ini,
saya makin malas menulis,
makin malas mengarang,
ok, tak. makin malas menaip,
bercakap pun dah kurang,
biarkan segalanya berlegar-legar dalam kepala,
biarkan segalanya terperuk dalam hati.
teruk?
tak. ini parah .



ok. bukan tu sebenarnya,
intro  random.
tapi yang ini,
REDAH SELAGI BOLEH.

pepatah ada kata,
hidup kena ada perancangan,
kalau tak kita merancang untuk gagal.
ada benar. setuju tanpa bangkangan .
cuma suka saya dengan gaya sendiri,
kerana saya tahu, ramai yang merancang,
gara-gara takut gagal.
tapi hairan, dalam merancang itu,
tiada langkah, tiada pergerakan.
diri sudah selamatkah?
maka, saya lebih selesa melangkah,
lebih selesa bergerak,
hey, saya juga merancang,
bezanya dalam REDAH saya itu,
biar Allah yang tentukan jawapannya.
asal saya buat, asal saya usahakan,
saya sudah cukup puas hati,
kerana saya melangkah, kerana saya bergerak .

*senyum puas hati*



ok, rasa macam bukan ni jugak.
tak-tak. ini isi pertama yang tak berapa nak random.
dekat sangat dah dengan tajuk.
ok uya, fokus.


oh, kan tadi saya kata saya sudah semakin malas.
ok, malas la. tengok gambar ye.
mungkin lebih berkesan dari dengar baca saya membebel.


hey,
selain melangkah dan bergerak,
saya memilih untuk mencari dan menjejaki..
:') dan hasilnya, benar-benar puas hati.

*senyum puas hati sampai mata masuk habuk*


mereka-mereka ini, kesayangan yang saya tidak mahu hilang. terpisah pada tahun 2005. susunan Allah tu cantik, 2008 nampak muka didie (dua dari kiri) di IPG kampus Darulaman. 2009, rupanya amal(paling kiri) kat arau je,unimap, maka selalu juga beliau turun jitra. dan mira (paling kanan) tahun ni baru berpeluang jumpa..lepas 6 tahun. :') mira di upnm.
uya, didie n mira bergerak ke teluk intan..ni Dalila. sehari, dua hari, tiga hari.. berhari-hari sampai dia muak tengok muka saya. saya menginap di rumah beliau sepanjang saya mengikuti SBE yang terakhir. kalau nak cerita tentang kesayangan yang seorang ini, mari duduk mengadap bertemu lutut dengan saya, terlampau banyak kisah nak dikongsi.. :') saya dengan Dalila, tiada jarak yang memisahkan, terasa sentiasa dekat . beliau di uitm arau.

ini Najwa Hazirah. PKU saya semasa di sekolah. sekarang di ukm. terpisah dengan wa lepas tamat zaman sekolah. jumpa balik puasa yang lepas, 2011.. lebih kurang 4 tahun dah.. wa banyak berubah.. dari rumah ila, kami gerak ke rumah wa.. kronologi redahan :)

dari teluk intan bergerak ke slim river. diketemukan dengan ain husna dan asmahani. antara sahabat terawal yang saya kenal di slim river (2003). kami satu dorm. terpisah masa tamat zaman persekolahan. sekarang ain di uia gombak, dan as di uitm shah alam. cerita-cerita nakal masa form 1 memang tak kering gusi gelak.

dan ini sememangnya tak dijangka. tiada dalam list, tapi Tuhan masih ketemukan. biasanya dalam program reunion wajah-wajah ni akan hadir. azri naqiuddin, azri naim, akmal rais. yang terkejutnya waktu ini baru saya mengenali azri naim yang sebenar. kadang-kadang rasa nak gelak, kadang-kadang hanya mampu gelengkan kepala. walaubagaimanapun beliau antara pemimpin pelajar yang saya amat hormati, jika nak dibandingkan dengan KU-KU yang lain. azri di uitm shah alam, naim di usim dan akmal rais sudah bekerjaya, insyaAllah, akmal rais antara yang terawal akan jemput kami makan nasi minyak. doakan untuk mereka. :)

lepas pertemuan yang tak disangka tadi, kami bergerak ke rumah mama ros. antara warden yang paling hot. zaman jajahan beliau memang melekat dalam kepala sampai sekarang. siapa yang tak pernah 'kenal' masa zaman jajahan beliau memang rugi. oh, sangat la rugi siapa yang jadi budak baik. haha. sekarang mengajar di methodist tanjung malim.

kami bersembang, ketawa, gelak dan diam..macam-macam. kitab-kitab dari tahun 2003 hingga 2007 diselak satu persatu. Tuhan, terima kasih kerana ketemukan aku dengan mereka :")

lelaki : pijud = aizat zulhilmi. secara jujurnya saya tak berapa mengenali beliau, 2006-2007. kelas pun lain-lain. kalau ini boleh dijadikan sejarah, rasanya first time duduk semeja, berbuka puasa. ke pernah? tak ingat. pertemuan singkat ini merapatkan ukhwah kami, dari tak bertegur, dah mula bertanya khabar, bertukar cerita. beliau sekarang di usm.

ok. ini gambar saya curi dari fb :) lepas diselongkar gambar ain nasyiha (merah makngah:) dengan husna (pink,sebelah merah makngah,hehe) yang datang lewat malam tu tak ade.. dua orang ni mungkin dah Allah kata tak boleh duduk jauh-jauh. saya mula kenal mereka tahun 2004. sentiasa bersama hingga sekarang kalau maklumat yang ada dalam kepala ni tak salah, di upm. dua-dua di upm. betulkan saya jika salah. :) kalau diperhatikan gambar, ada wajah-wajah lain yang juga ada dalam list RINDU. :') kayda (usm) dan athirah (unitar), tak berkesempatan nak jumpa.

azriatul farahaian ahmad zamili (usu). usaha beliau untuk turun ke teluk intan, amat saya hargai. walau tak banyak masa yang ada. walau tak banyak perkara yang dapat dibualkan. saya sibuk dengan SBE. kehadiran beliau ada rasa bahagia. saya selesa begitu. berada dekat bersama kesayangan-kesayangan yang saya janji pada diri tidak akan biar ukhwah ini rosak. tidak akan saya biar ukhwah ini hilang. JANJI.

along-atiqah azhar (IPG kampus tengku ampuan afzan) antara insan yang lama saya cuba jejaki. terpisah lepas tamat form 3. lepas 6 tahun, kami diketemukan di tepi jalan, lorong nak masuk rumah ila, sama-sama baru balik dari sekolah, sama-sama hadir untuk sbe. sama-sama mendidik diri untuk menjadi pendidik. ingin kembali waktu dulu. rindu saya pada along menggunung. pertemuan yang dirancang terlampau singkat. masing-masing mempunyai urusan. saya masih tetap bersyukur, sempat ketemu. Alhamdulillah :')

hiqma hasyikin ( betulkan ejaan kalau salah ) :) sekarang di utm. terpisah tahun 2006. berjumpa balik di menara condong. ekin masih ekin yang dulu, ramah, aktif..yep masih seperti dulu. tak sangka walau dah lama tak jumpa, kita masih boleh bersembang rancak. tiada langsung rasa kaget. ukhwah itu benar-benar pelihara kita. beza?? nak jugak?? ok2..dulu kita zaman sekolah tak boleh pakai celak.. hehe.

*habuk masuk mata* untuk gambar ini. kami bergerak ke manjung untuk bertemu dengan shazatul shifaa zulaikha zulkifli (uitm sri iskandar). padat, ringkas dan laju. antara kesayangan-kesayangan saya, shifaa ini yang paling saya risau.. pa..jaga diri ya.. kalau di dunia aku tak ingin hilang kau, syurga apatah lagi.. :'")

aida muslihah (kuis) . terpisah lepas tamat zaman persekolah. satu lagi pertemuan ringkas yang berjaya saya jejaki. dan aida juga merupakan kesayangan terakhir yang berjaya saya redah sebelum balik ke taiping. insan ini saya pernah rapat, pernah bertepuk tampar, pernah bermasam muka, pernah ketawa gembira. pertemuan ini membuktikan yang semua tu bukan saja pernah malah 'masih'. kita masih bersahabat :) aida orang pertama yang ajar saya peraturan cara lipat selimut yang ditetapkan. haha.

hari-hari saya di teluk intan, dilayan oleh kesayangan-kesayangan ini. ribuan terima kasih.


eh? mula macam malas kan. 
dalam malas tu, panjang lebar jugak.
sah ko kuat berleter uya. 
Ya Allah,
peliharalah ukhwah kami.
perkukuhkanlah iman kami.
amin.
 
 
"Mati tu bila-bila.
Sebab itu kalau aku cinta, aku sebutkan sahaja tanpa menyelindunginya.
Sebab itu kalau aku kasih, aku lepaskan sahaja tanpa menghalangnya.
Biar di dalam hidup itu ada maknanya,
dan bila mati aku mati dalam keadaan penuh puas melaluinya." -Hilal 


sumber gambar: fb kawan-kawan. terima kasih pada yang berkaitan :)

Wednesday, September 7, 2011

hilang . menghilangkan .

macam mana nak cerita ,
kerana saya yakin tiada yang akan faham .
biar la terus hilang .
kerana saya juga menghilang .
hey uya ,
jangan marah mereka ,
kerana mereka tak tahu pun .
ya, betul ,
lakonan saya tak menjadi ,
kerana ada yang perasan ,
saya sudah tak seceria dulu .
maaf  .


Friday, September 2, 2011

RAYA . ASSIGNMENT .

harus la..
raya yang menang .
dan harus la..
lepas tu sakit kepala bila fikirkan assignment yang tertangguh.



gara-gara tengok video nih..
keputusan nekad harus dibuat.
dan hasilnya.
raya kali nih tak macam raya-raya sebelum nih.

*senyum*

selepas 8tahun..masing-masing dengan cerita masing-masing
bertebaran di seluruh pelusuk negeri .

*senyum lagi*

gambar raya??
nanti-nanti la upload .
ada entry khas mengenai "redah selagi boleh"
tapi sekarang masa amat-amat tak bagi muka .
HUH!

assignment?? -_-"
ok . serabut .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...