stay tune

Monday, October 31, 2011

tujuh hari .

Si Tua itu,
makannya tak perlu berteman,
langkahnya tak perlu dipimpin,
gelak tawanya tak perlu bersebab,
tempat berteduhnya tak perlu dihirau.
Aku terus memerhati,
beg yang digalas kelihatan berat,
dia masih terus berjalan dengan gagah,
matanya meliar memerhati sekeliling,
setiap yang singgah dia tegur dengan ramah,
dia kelihatan selesa,
membiarkan mereka-mereka mendekatinya,
membiarkan mereka-mereka terhibur dengan kata-katanya,
membiarkan mereka-mereka hilang lelah dengan jenakanya,
aku menggeleng dalam tawa.

aku tertarik untuk terus memerhati.
Si Tua Itu dalam ramai masih berseorangan,
benar aku lihat dia ketawa,
tapi matanya memberitahu ada sunyi dalam diri,
benar aku lihat dia masih lagi menggalas beq yang berat,
tapi kini langkahnya terhenjut-henjut,
aku tidak lagi memerhati, aku terus mendekati,
bual-bual sekadar mengisi kosong,
aku memerhati kakinya,
pergelangan kaki kedua-dua disokong oleh 'ankle guard',
di bahagian lutut, kesan seluar itu aku tahu,
kedua-dua lututnya disokong oleh 'knee guard',
entah apa lagi derita yang cuba disembunyi.
melihat itu aku jadi pilu, aku jadi sedih,
simpati pada Si Tua.
apa dia memang memilih untuk berseorangan?


aku lihat dia terus ketawa.
dan dia tidak ketawa seorang.


tujuh hari bersama Si Tua, mengingatkan aku bahawa masa depan adalah rahsia Allah.








selitselit : 
tujuh hari di bumi kenyalang, 
kata emak,
perjalanan akan jadi sia-sia kalau memerhati
tanpa memuji kebesaran Allah, 
kalau memerhati tanpa jadikan ianya pengajaran.




pantai > hadapan ipg kampus sarawak, miri. subhanallah.. "(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka'." (Q.s. Ali Imran: 191).

Gua Niah. subhanallah.. "Sesungguhnya orang-orang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan diri." (Q.s. as-Sajdah: 15).

latak waterfall : subhanallah, "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Qur'an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" (Q.s. Fushilat: 53).

eh? : subhanallah. indah. :) "Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan Dia pilih." (Q.s. al-Qashash: 68).

















































































.:: dekati, selami, kenali ::.

6 comments:

Anep Radzi said...

kesian dan simpati...
aku pernh trpkir mcm mne klu aku brada di tmpat dia...
mgkin aku sndri x snggup nk lalui ape yg dia lalui..

mohd asran said...

si tua dh banyak merasai pahit getir ranjau hidup.. kita?? umpama burung yg baru kenal erti bebas.. hati2..

uyaitusaya said...

ANEP : KAN. SERIUS TAK TAWU MAMPU KE TAK.

ASRAN : DALAM....TERIMA KASIH.

EruzuLiyana said...

sarawakkk,bila la boleh jejak kaki kat sana.. (:

EruzuLiyana said...

sarawakkk,bila la boleh jejak kaki kat sana.. (:

uyaitusaya said...

BILA DIIZINKAN..DAN ADA ONGKOS..HEHE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...