stay tune

Tuesday, November 29, 2011

hujan .


saya boleh ambil masa berjam-jam duduk tepi tingkap atau pintu mengadap hujan .


termenung .
kadang-kadang fikirkan masa lalu ,
kadang-kadang fikirkan apa yang sudah saya lalui sepanjang hari ,
kadang-kadang berangan tentang masa depan ,
dan memang kadang-kadang saya hanya memandang kosong .
segar . damai .
saya sukakan hujan .


kisah hujan 


.."aisey...hujan pulak...aku baru je sidai kain..hish!"
.."lorhhh..tadi panas elok je..asal tiba-tiba hujan pulak ni, aku nak keluar main kot.."

.."spoil betul la, tak pasal-pasal kena terperap je dalam rumah.."
.."naa..hujan lagi..silap-silap banjir la kita nih.. menyusahkan betul!"


biasa dengar kan?
kadang-kadang saya sendiri mengeluh bila ada aktiviti yang tergendala,
kadang-kadang saya sendiri terlupa hujan yang turun itu aturan Allah,
Astghafirullah..siapa saya untuk menidakkan segala apa yang telah Dia susun.


Dalam sebuah hadits qudsi, Rasulullah bersabda, Allah Ta’ala berfirman,

قَالَ اللَّهُ تَعَالَى يُؤْذِينِى ابْنُ آدَمَ ، يَسُبُّ الدَّهْرَ وَأَنَا الدَّهْرُ ، بِيَدِى الأَمْرُ ، أُقَلِّبُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
 “Manusia menyakiti Aku; dia mencaci maki masa (waktu), padahal Aku adalah pemilik dan pengatur masa, Aku-lah yang mengatur malam dan siang menjadi silih berganti.[22]



kalau kita gelisah kerana tidak dapat melaksanakan apa yang kita rancang,
lain pula cerita tentang perasaan Kekasih Allah apabila terlihatnya hujan.


‘Aisyah radhiyallahu ‘anha menceritakan,

وَكَانَ إِذَا رَأَى غَيْمًا أَوْ رِيحًا عُرِفَ فِى وَجْهِهِ . قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوُا الْغَيْمَ فَرِحُوا ، رَجَاءَ أَنْ يَكُونَ فِيهِ الْمَطَرُ ، وَأَرَاكَ إِذَا رَأَيْتَهُ عُرِفَ فِى وَجْهِكَ الْكَرَاهِيَةُ . فَقَالَ « يَا عَائِشَةُ مَا يُؤْمِنِّى أَنْ يَكُونَ فِيهِ عَذَابٌ عُذِّبَ قَوْمٌ بِالرِّيحِ ، وَقَدْ رَأَى قَوْمٌ الْعَذَابَ فَقَالُوا ( هَذَا عَارِضٌ مُمْطِرُنَا ) »

“Jika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat mendung atau angin, maka raut wajahnya pun berbeda.” ‘Aisyah berkata, “Wahai Rasululah, jika orang-orang melihat mendung, mereka akan begitu girang. Mereka mengharap-harap agar hujan segera turun. Namun berbeda halnya dengan engkau. Jika melihat mendung, terlihat wajahmu menunjukkan tanda tidak suka.” Beliau pun bersabda, “Wahai ‘Aisyah, apa yang bisa membuatku merasa aman? Siapa tahu ini adaah adzab. Dan pernah suatu kaum diberi adzab dengan datangnya angin (setelah itu). Kaum tersebut (yaitu kaum ‘Aad) ketika melihat adzab, mereka mengatakan, “Ini adalah awan yang akan menurunkan hujan kepada kita.”[6]


kisah kaum Aad.
apa kita tidak terfikir?
apa kita tidak ingin menjadikan ia sebagai pengajaran?
seperti mana kaum Aad menutup mata, memekakkan telinga mengenai kisah kaum nuh?
melihat dunia sekarang, dunia hari ini,
benar, kita harus takut.


ujian kecil dari Allah, teguran kecil dari Allah. - banjir besar ; jitra 2010



 اللَّهُمَّ صَيِّباً ناَفِعاً
[Ya Allah, turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat]


sama-sama lah kita berdoa, moga hujan yang turun itu adalah hujan rahmat dari Allah. Hujan yang memberi manfaat kepada seluruh pelusuk bumi. Hujan yang tidak membinasakan. Hujan yangmencurahkan rezeki kepada penduduk bumi.

dan hujan, adalah antara waktu yang mustajab untuk kita berdoa .


hujan dan budak degil



dulu-dulu, DULU-DULU la.. emak selalu pesan "jangan main hujan, nanti demam". dan ada seorang budak degil ini memang tak dengar kata, dengan riang-rianya main hujan. lompat sana, lompat sini. sakan sungguh beliau main hujan. dan akibatnya, dua tiga hari beliau terbaring-demam. padan muka kau budak degil.


ingatkan dulu-dulu saja, rupanya sampai ke hari ini, budak degil ini masih menerima pesanan yang sama, kalau bukan dari emak sekalipun, dari orang sekeliling. Budak degil ini tidak boleh kena hujan. tapi tetap tunjuk gagah jalan dalam hujan ala-ala macho sikit pun tak lari, payung tak nak pegang langsung. dua tiga hari kemudian, beliau ditemani hidung yang berair sakan-selesema, sakit kepala. padan muka kau budak degil.

budak degil ini pernah terlantar, kerana hujan. jenuh kawan-kawan pimpin. asma, lelah tidak ada. tapi cukup lemah kalau mengalami kesejukan. tak boleh langsung sejuk. atas sebab itu juga tak boleh suka-suka hati meredah hujan. suhu badan beliau, suhu sejuk di luar, sememangnya tidak pernah serasi. itulah hakikatnya, beliau dengan hujan hanya boleh bercinta jarak jauh sahaja. cukup la dengan memerhati hujan dari jendela :)



rata-rata ramai yang kata, sebab kurus sangat. tak ada lemak yang bekalkan haba pada tubuh.
tapi rata-rata lagi ramai yang kata, sebab kau tak makan sayur! sekian~


saya makan nasi kerabu kot, yang campur-campur dengan ulam tu.. tak percaya? jom pergi beli nasi kerabu ;) haha. *tiba-tiba




eh, kat luar hujan.
"Allahumma shoyyiban naafi’aa..amin :)"








selitselit :
hujan-hujan nih, apa cerita orang terengganu ye?
langsung tak dengar khabar.







.:: dekati, selami, kenali ::.

Monday, November 28, 2011

1433 hijriah.

1412hijriah - 1433hijriah
sudah 21 tahun melihat dunia.

13tahun - 21tahun
sudah 8 tahun dipertanggungjawabkan atas dosa sendiri.


21 atau 8 atau apa-apa angka sekalipun,
ia tetap tempoh masa yang terlampau lama sudah dibazirkan,
selagi mana kita tidak menyedari hakikat sebenar tujuan hidup di  dunia.




kata pada diri > renungan masa silam tidak akan bawa erti kalau bukan kita sendiri yang bangun dan mengubahnya .





Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)


Sabda Rasulullah SAW:
"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)








PILIHAN di tangan kita .








selitselit :
maal hijrah 1433 disambut di surau Purnama Beach Resort, Pangkor.
baca doa gaya sebak berair-air mata, selesema siap, 
banyak mata memandang, ada yang hulurkan tisu siap.
terima kasih. 
dalam hati "saya selesema makcik, demam kena hujan kat felda belum kebah"


selitselitdua :
uyaitusaya berwajah baru.
tahun baru kan.. ^^,
tak ok pon kata ok la,
renyah kot nak edit ;)







.:: dekati, selami, kenali ::.

Thursday, November 17, 2011

semalam, hari ini, esok .

cerita semalam .
kata saya pada seorang kenalan,
"aku penat jadi kuat"
dia diam, memandang tepat.
"kau salah satu super girl yang ajaib pernah aku jumpa dalam dunia ini"
"kau.."
"sorry, aku terbaca. mesti penting kan sampai kau simpan dalam kereta,
terjatuh masa aku nak ambil dvd, kau tak pernah tinggal.."
"....."
"kau agak kenapa kawan kau bagi kata-kata macam tu..?"
"......"
"kau agak kenapa kau sentiasa bawa kad tu..? 
balik la..kawan-kawan kau mesti tengah risau. "
kad itu dari ain dan ila. benar. aku simpan kemas.


cerita hari ini .
seawal 4.00 pagi dah bangun.
mata celik elok.
"last paper!"
*senyum*
ada beberapa jam saja lagi.
semangat nak habiskan sisa-sisa semester empat.
dari semalam.
entah apa yang seronok sangat tak tahu la.
semester empat? yep.
saya ada dua tahun lagi nak kutip segala ilmu.
dua tahun yang macam-macam boleh jadi.
dua tahun yang tak siapa tahu sempat capai atau tak.
tamatnya hari ini seolah-olah tamatnya segala cerita yang tidak enak.
seolah-olah bebas dari segala cerita semalam. lapang.
*senyum*
dalam usrah petang tadi, kata naqibah,
"segala yang kita ada ini milik Allah, segala. semuanya.Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja. ada satu yang betul-betul milik kita, hak kita..apa dia?"
.."dosa"..
.."pahala" ..
.."iman"..
naqibah senyum pada semua jawapan.
dalam otak ligat berfikir, saya bergurau memecahkan sunyi,
"ingatkan dah habis exam..rupanya ada lagi.."
gelak. bising sekejap.
"yang menjadi milik kita, betul-betul milik kita adalah PILIHAN. kita yang memilih sama ada bergerak ke arah kebaikan atau sebaliknya. kita yang memilih untuk melakukan sesuatu. kalau kita punyai ilmu agama yang mendalam sekalipun, jika kita memilih untuk tidak solat, itu pilihan kita. kita yang MEMILIH untuk meninggalkannya."
diam.
penutup hari saya, berakhir dengan suatu pengisian yang cukup bermakna.
ada damai yang menyapa.
ada kekosongan yang terisi.
ada persoalan yang terjawab.


cerita esok .
oh, itu semua rahsia.
minta pada Allah,
tetapkan iman.
dekatkan diri pada mereka yang mengingatkan.
jauhkan hati pada mereka yang melalaikan.
hindarkan rasa hasad dengki.
hindarkan rasa ingin mencaci.
lihatlah pada kebaikan.
lihatlah pada sudut yang positif.
moga Allah sentiasa bersama ketika membuat keputusan.
saya sendiri tidak mengetahui apa yang bakal terjadi.
saya sendiri tidak mengetahui sama ada sempat atau tidak untuk hadirkan diri.
kamu tahu?



haha :) credit ; Encik Yusainy.






selitselit :
minggu migrain dah berakhir.
lega sangat dah habis exam.

selitselitdua :
selepas ini saya harus bijak menggunakan 
satu-satunya milik saya.
jangan biar marah menguasai diri,
jangan biar emosi mengatasi iman.







.:: dekati, selami, kenali ::.



Monday, November 14, 2011

hero, i love you!

selamat hari lahir ayah! semoga Allah panjangkan usia ayah, berkati hidup ayah, murahkan rezeki ayah, dan tetapkan iman ayah. semoga ayah terus, sentiasa, selalu menjadi pemimpin yang adil, amanah, dan bertanggungjawab buat kami semua. semoga ayah sihat selalu, kuat selalu, gembira selalu. terima kasih atas segala kudrat yang telah ayah curahkan buat kita sekeluarga. terima kasih atas segala kasih sayang yang ayah limpahkan buat kita sekeluarga. terima kasih atas segala kesenangan yang ayah bina buat kita sekeluarga. terima kasih atas kesabaran ayah demi kebahagian kita sekeluarga. terima kasih ayah!





habuk.habuk.habuk T.T






selitselit :
ayah :"adik, nanti besar nak kawen dengar sapa..?"
"adik, nak kawen dengan ayah!"
emak :  -_-"





.:: dekati, selami, kenali ::.


hey calon SPM .

Anisah Ahmad aka calon SPM yang kelam gila suruh semua saudara-mara telefon dia yang kononnya nak minta restu supaya mudah jawab soalan. ceh~ :P


Dear Adik aka calon SPM yang poyo gila suruh kakak dia pegang banner "go!go! chaiyok!" luar dewan semata-mata nak bagi semangat masa dia tengah jawab soalan, ingat kakak dia nih tak ada kerja lain. -_-"



hey, perati elok-elok pesanan penaja aka kakak yang cun habis, hot lagi glamour kalah adik aka calon SPM yang skema gila orang lain beraya, dia konon duduk dalam bilik buat latihan addmath sambil menangis ratah rendang. padan muka!



PERTAMA . tak payah nak buat adegan menangis berair mata selesema sampai tersumbat hidung, sebab nak minta maaf dengan kawan-kawan atas segala umpatan-umpatan masa tengah prep. tak payah. sila tido awal. nak exam baru teringat pernah mengumpat si polan binti si polan. ceh~



KEDUA . atas dasar sedia maklum bahawa kamu tu kuat makan habis semua makanan atas meja kat dapur rumah nak dibaham seorang, kali ni sila beringat, jaga pemakanan. comfirm rasa nak hentak-hentak kepala kat meja kalau tengah syok menggoreng atas kertas jawapan tiba-tiba perut memulas macam tertelan julap. banyak makan lepas tu mengantuk nak jawab exam petang tak apa lagi, pengawas exam boleh datang ketuk-ketuk meja tanda prihatin, tapi kalau banyak makan dan rasa nak cirit-birit? menyesal tiada guna~  *lain kali jangan berebut udang dengan kakak.



KETIGA . adalah diingatkan segala novel-movel akak yang berjaya dijadikan harta persendirian tanpa kebenaran diharamkan dalam tempoh peperiksaan. sila elakkan study last minute. novel-movel segala letak tepi dulu. dalam paper penulisan sekalipun, dia tak tanya apa langkah-langkah yang perlu diambil oleh benz kalau tiba-tiba addin minta cerai. tak. demi kebaikkan sejagat bercinta la dengan fizik, addmath dan juga arab tinggi. detik-detik nak masuk dewan masa tengah beratur tak payah la buat muka ulat buku sangat, psiko orang lain melangkah dengan penuh confident senyum pandang kawan-kawan seolah-olah kat dahi ada tertulis "A dalam tangan, ko ada?". heh~



KEEMPAT . bersiap sedia mental, fizikal dan alat tulis. memang boleh histeria kalau tiba-tiba ic, slip peperiksaan, segala pen, pensil, pemadam,pembaris yang dah di rendam dengan air yassin kena sorok hilang entah ke mana. malam sebelum tidur, dah sediakan semua tu cukup. tak payah nak buat kelam kabut sangat masa orang lain tengah bersiap nak pakai tudung depan cermin kita terhegeh-hegeh tanya kot ada sape-sape nampak. tak ada siapa nak layan~



KELIMA . fitrah manusia masa ni baru teringat banyak dosa. baru teringat nak beribadat. baca quran pagi petang siang malam. berserah pada Allah. banyakkan solat hajat, banyakkan berdoa. Allah tu Maha Berkuasa. kita pulun study sampai mata lebam-lebam tak cukup tidur tapi dengan Allah sombong, idea tak sampai-sampai walaupun sebenarnya helain bab tu kita dah ulangkaji 44x siap rebus buat minum lagi, tetap tak boleh jawab, nauzubillah~



KEENAM . nasib baik SPM lepas raya, maka secara tak langsungnya dah pakat peluk-peluk cium dengan emak ayah adik beradik kawan-kawan minta maaf.jangan wujudkan suasana yang menyakitkan hati orang lain. kesan dia amat buruk.  nak mudah jawab exam, banyakkan senyum dan tak payah la nak tarik muka semata-mata ada kawan-kawan yang ambil tempat duduk kita dalam dewan makan bawah kipas. habluminallah,habluminannas~




KETUJUH . amatlah buang masa kalau keluar dewan peperiksaan terus nak potpetpotpet tanya kawan apa jawapan bagi soalan sekian-sekian. elakkan perbincangan untuk subjek yang dah lepas. terlajak perahu boleh diundur, terlajak tak baca menangis la sorang-sorang bawah bantal. fokus pada kertas peperiksaan yang akan datang, tak payah nak buat muka "aku dah selak topik tu semalam, tapi selak jela, aku ingatkan tak penting". tak payah. betul-betul macam nak penampar diri sendiri~



KELAPAN . balik pada basic. mulakan setiap perbuatan terutamanya masa nak buka soalan peperiksaan dengan kalimah paling suci bismillahirrahmanirrahim. diri kita milik Allah, berusaha dan bertawakal. tak payah nak buat muka gelojoh nak tahu sangat apa soalan yang bakal dijawab, tenang-tenang saja sampai pengawas peperiksaan pun boleh terpukau tersilap tertunjuk jawapan masa dia lalu sebelah kita. mimpi la kau~



KESEMBILAN . pikir la sendiri. ingat akak tak payah study ke? akak pun tengah final exam la! sekian~


 jangan berani nak cuba!



apa? tak puas hati? ok la ni, siap buat entry khas lagi. sila belanja akak mcflurry orea tiga. terima kasih~



selitselit :
exam tinggal lagi dua paper.
belajar ada lagi dua tahun.
berangan nak sambung master.
tapi dah malas nak pulun.
macam mana?

selitselitdua :
entry ni sekali gus menjawab persoalan semua,
saya bukan anak bongsu!
sekian~





.:: dekati, selami, kenali ::.



Thursday, November 10, 2011

matlutfi, layan nasyid jom .

dalam tengah stress melayan minggu exam..
matlutfi buat lawak.
serius lawak.
gelak sampai berair mata.
ok. kalau ada yang tak tengok video dia lagi,
dan tak paham apa yang saya kata,
sila google sendiri kat you tube,
"rant on lagu cinta".
kalau tak rasa lawak, korang ada masalah,
serius.

tapi sekarang bukan nak post mortem pasal video dia,
bukan. tajuk entry? memang tak ada kaitan pon. haha
cuma nak kongsi dengan semua yang ada singgah di sini,
saya sentap dengan seorang rakyat dari negara lain, bangsa lain.
ok, bukan seorang, tapi dua orang.


dengar dulu nasyid ni ye. dengar .
sampai habis.



:) comel kan?
matlutfi, suka tak?
ok, matlutfi memang baca blog kau kan? -_-"


haha.
ok, mari fokus pada isu sentap tadi.



:) sentap aura sejuk.

sungguh, dakwah tu ada macam-macam cara.
siapa tahu kan, melalui bait-bait kata lagu ini,
dia yang "saya beda agama" rasa nak datang dekat pada islam. :)
supaya tiada lagi beda. ^_^


:( sentap aura panas.


arggghhhh! malas comment.
kome-kome dengar sendiri nasyid-nasyid yang ada,
kome-kome akan rasa nak geng dengan caliphkaai nih.
dan serius, caliphkaai ni boleh geng dengan matlutfi.
kondem terus tak payah sorok-sorok. kan?:)
heh~



hey rakyat malaysia,
setuju dengan caliphkaai?




selitselit :
ipda ada iltizam kot.
cayalah! :-D

















ok.
sambung study. 
:-P












.:: dekati, selami, kenali ::.

ok. kelakar.

bila hati dah malas nak ambil pusing.
bila hati dah semakin jauh.
ok tak bermaksud ok.
kelakar tak bermaksud kelakar.
saya sebut ok bila saya tak ok.
saya sebut kelakar bila perkara tu tak kelakar langsung.
ok.
kelakar.


kalau saya tak faham diri sendiri,
macam mana saya nak orang faham saya?
mustahil mereka tahu ok saya tak ok.
kelakar saya tak kelakar.


ok . kelakar .


heh~

unexpected . yes. im talking about her.






selitselit :
minggu final exam .
jiwa exam .
doakan .


Monday, November 7, 2011

persepsi.

ada masa saya suka bercakap,
tanpa ada yang suruh saya buka mulut,
habis semua cerita saya ingin kongsikan.
ada masa saya suka mendiamkan diri,
pancinglah macam mana pun untuk dapat respon saya,
saya pilih untuk tidak bersuara.
perjalanan tanpa arah tujuan,
telah bawa saya ke suatu tempat,
yang membuatkan saya ingin berkongsi cerita walau diam.

.......................................................

situasi petang.

"assalamualaikum..(banyak kali-sampai isi rumah bagi respon)
jengok dari tingkap, dua orang budak kecik berkopiah.
tuan rumah-buka pintu. "waalaikumsalam".
abang-"akak nak beli cendol tak? ada siap santan dengan gula."
tuan rumah- tengok lama.."berapa ni dik?"
abang-"dua ringgit ja kak, tinggal lagi dua. akak nak beli tak?akak bila balik?"
tuan rumah- "akak balik esok"
adik-"akak ada air tak?"
tuan rumah-tercengang,tapi kesian tengok budak kecik, nampak penat sangat. "ada, masuk la dulu kejap,akak ambil air"
tuan rumah- "datang dengan sapa?"
abang-"ayah, ayah jual kat tempat lain"
abang- "akak nak beli tak? tinggal dua ja lagi ni."
tuan rumah- "bagi la akak satu. akak beli satu ye, nah dua ringgit"
abang- "terima kasih kak." sambil tarik adik keluar.

........................................................

biasa sangat cerita ni kan?
biar saya tambah perisa.
jangan bimbang,
masih lagi cerita yang sama.
masih lagi cerita yang sebenar.

........................................................


situasi petang.

"assalamualaikum..(banyak kali-sampai isi rumah bagi respon)
jengok dari tingkap, dua orang budak kecik berkopiah.
buka pintu. "waalaikumsalam".
abang-"akak nak beli cendol tak? ada siap santan dengan gula."
tuan rumah- tengok lama.."berapa ni dik?"
abang-"dua ringgit ja kak, tinggal lagi dua. akak nak beli tak?akak bila balik?"
tuan rumah- "akak balik esok"
adik-"akak ada air tak?"
tuan rumah-tercengang,tapi kesian tengok budak kecik, nampak penat sangat. "ada, masuk la dulu kejap,akak ambil air"
tuan rumah- "datang dengan sapa?"
abang-"ayah, ayah jual kat tempat lain"
abang- "akak nak beli tak? tinggal dua ja lagi ni."
tuan rumah- "bagi la akak satu. akak beli satu ye, nah dua ringgit"
abang- "terima kasih kak." sambil tarik adik keluar.


:::sembang-sembang di meja makan:::

kau tahu tak tadi, ada dua orang budak kecil pakai kopiah,
kecil lagi, datang nak jual cendol.
kesian budak-budak tu kan,
kecil lagi dah kena tolong keluarga cari duit.
hidup susah.aku baya-baya tu dulu dok main guli dengan kawan-kawan.



............................................................


situasi petang.

"assalamualaikum..(banyak kali-sampai isi rumah bagi respon)
jengok dari tingkap, dua orang budak kecik berkopiah.
tuan rumah-buka pintu. "waalaikumsalam".
abang-"akak nak beli cendol tak? ada siap santan dengan gula."
tuan rumah- tengok lama.."berapa ni dik?"
abang-"dua ringgit ja kak, tinggal lagi dua. akak nak beli tak?akak bila balik?"
tuan rumah- "akak balik esok"
adik-"akak ada air tak?"
tuan rumah-tercengang,tapi kesian tengok budak kecik, nampak penat sangat. "ada, masuk la dulu kejap,akak ambil air"
tuan rumah- "datang dengan sapa?"
abang-"ayah, ayah jual kat tempat lain"
abang- "akak nak beli tak? tinggal dua ja lagi ni."
tuan rumah- "bagi la akak satu. akak beli satu ye, nah dua ringgit"
abang- "terima kasih kak." sambil tarik adik keluar.


:::sembang-sembang di meja makan:::

kau tahu tak tadi, ada dua orang budak kecil pakai kopiah,
kecil lagi, datang nak jual cendol.
yang aku pelik sekarang, dia ada tanya "akak bila balik?"
kau tak rasa ke budak yang kita tak kenal, jual cendol, tiba-tiba tanya bila nak balik.

dia tahu je kan kita bukan orang sini, aku musykil la.
ahh..sudah..dah la cendol yang dia bawak tu dua ja! siap minta nak minum air lagi.
kau tahu, budak tu minum air seteguk je, td punya la buat muka penat. aku rasa umah kita nih dah kena aim dh nih.. budak-budak tu ada la tu sape-sape hantar. kita kena report polis!

cendol buang dengan penuh rasa takut.cawan basuh dengan penuh rasa curiga


.........................................................


sembang-sembang dengan orang sekeliling kawasan tu,
betul, budak dua orang tu akan tanya soalan yang sama, 
dan akan minta untuk minum air.
terpulang pada persepsi masing-masing.
itu bukan tempat saya, itu bukan kawasan saya,
saya hanyalah pengunjung yang melihat peristiwa itu.
kata saya itu pelik, harus berjaga-jaga,
cuti baru-baru ni saya dapat tahu rumah kawan-kawan dari kelas matematik kena pecah masuk.
dan peristiwa itu mempengaruhi persepsi saya terhadap budak-budak tu.
kita memang kena berjaga-jaga kan?


kesimpulan : penduduk bumi makin kreatif, tiada yang selamat dalam kawasan selamat.

huzaifah ibnu mohd ikram, sila membesar dan menjadi khalifah yang di puji oleh penduduk langit.




selitselit:
saya musafir mencari ketenangan, 
sungguh, walau rasa takut menimbun,
saya tetap tidak ingin pulang.
di situ tiada yang mengenali diri,
di situ saya menilai diri.








.:: dekati, selami, kenali ::.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...