stay tune

Monday, November 14, 2011

hey calon SPM .

Anisah Ahmad aka calon SPM yang kelam gila suruh semua saudara-mara telefon dia yang kononnya nak minta restu supaya mudah jawab soalan. ceh~ :P


Dear Adik aka calon SPM yang poyo gila suruh kakak dia pegang banner "go!go! chaiyok!" luar dewan semata-mata nak bagi semangat masa dia tengah jawab soalan, ingat kakak dia nih tak ada kerja lain. -_-"



hey, perati elok-elok pesanan penaja aka kakak yang cun habis, hot lagi glamour kalah adik aka calon SPM yang skema gila orang lain beraya, dia konon duduk dalam bilik buat latihan addmath sambil menangis ratah rendang. padan muka!



PERTAMA . tak payah nak buat adegan menangis berair mata selesema sampai tersumbat hidung, sebab nak minta maaf dengan kawan-kawan atas segala umpatan-umpatan masa tengah prep. tak payah. sila tido awal. nak exam baru teringat pernah mengumpat si polan binti si polan. ceh~



KEDUA . atas dasar sedia maklum bahawa kamu tu kuat makan habis semua makanan atas meja kat dapur rumah nak dibaham seorang, kali ni sila beringat, jaga pemakanan. comfirm rasa nak hentak-hentak kepala kat meja kalau tengah syok menggoreng atas kertas jawapan tiba-tiba perut memulas macam tertelan julap. banyak makan lepas tu mengantuk nak jawab exam petang tak apa lagi, pengawas exam boleh datang ketuk-ketuk meja tanda prihatin, tapi kalau banyak makan dan rasa nak cirit-birit? menyesal tiada guna~  *lain kali jangan berebut udang dengan kakak.



KETIGA . adalah diingatkan segala novel-movel akak yang berjaya dijadikan harta persendirian tanpa kebenaran diharamkan dalam tempoh peperiksaan. sila elakkan study last minute. novel-movel segala letak tepi dulu. dalam paper penulisan sekalipun, dia tak tanya apa langkah-langkah yang perlu diambil oleh benz kalau tiba-tiba addin minta cerai. tak. demi kebaikkan sejagat bercinta la dengan fizik, addmath dan juga arab tinggi. detik-detik nak masuk dewan masa tengah beratur tak payah la buat muka ulat buku sangat, psiko orang lain melangkah dengan penuh confident senyum pandang kawan-kawan seolah-olah kat dahi ada tertulis "A dalam tangan, ko ada?". heh~



KEEMPAT . bersiap sedia mental, fizikal dan alat tulis. memang boleh histeria kalau tiba-tiba ic, slip peperiksaan, segala pen, pensil, pemadam,pembaris yang dah di rendam dengan air yassin kena sorok hilang entah ke mana. malam sebelum tidur, dah sediakan semua tu cukup. tak payah nak buat kelam kabut sangat masa orang lain tengah bersiap nak pakai tudung depan cermin kita terhegeh-hegeh tanya kot ada sape-sape nampak. tak ada siapa nak layan~



KELIMA . fitrah manusia masa ni baru teringat banyak dosa. baru teringat nak beribadat. baca quran pagi petang siang malam. berserah pada Allah. banyakkan solat hajat, banyakkan berdoa. Allah tu Maha Berkuasa. kita pulun study sampai mata lebam-lebam tak cukup tidur tapi dengan Allah sombong, idea tak sampai-sampai walaupun sebenarnya helain bab tu kita dah ulangkaji 44x siap rebus buat minum lagi, tetap tak boleh jawab, nauzubillah~



KEENAM . nasib baik SPM lepas raya, maka secara tak langsungnya dah pakat peluk-peluk cium dengan emak ayah adik beradik kawan-kawan minta maaf.jangan wujudkan suasana yang menyakitkan hati orang lain. kesan dia amat buruk.  nak mudah jawab exam, banyakkan senyum dan tak payah la nak tarik muka semata-mata ada kawan-kawan yang ambil tempat duduk kita dalam dewan makan bawah kipas. habluminallah,habluminannas~




KETUJUH . amatlah buang masa kalau keluar dewan peperiksaan terus nak potpetpotpet tanya kawan apa jawapan bagi soalan sekian-sekian. elakkan perbincangan untuk subjek yang dah lepas. terlajak perahu boleh diundur, terlajak tak baca menangis la sorang-sorang bawah bantal. fokus pada kertas peperiksaan yang akan datang, tak payah nak buat muka "aku dah selak topik tu semalam, tapi selak jela, aku ingatkan tak penting". tak payah. betul-betul macam nak penampar diri sendiri~



KELAPAN . balik pada basic. mulakan setiap perbuatan terutamanya masa nak buka soalan peperiksaan dengan kalimah paling suci bismillahirrahmanirrahim. diri kita milik Allah, berusaha dan bertawakal. tak payah nak buat muka gelojoh nak tahu sangat apa soalan yang bakal dijawab, tenang-tenang saja sampai pengawas peperiksaan pun boleh terpukau tersilap tertunjuk jawapan masa dia lalu sebelah kita. mimpi la kau~



KESEMBILAN . pikir la sendiri. ingat akak tak payah study ke? akak pun tengah final exam la! sekian~


 jangan berani nak cuba!



apa? tak puas hati? ok la ni, siap buat entry khas lagi. sila belanja akak mcflurry orea tiga. terima kasih~



selitselit :
exam tinggal lagi dua paper.
belajar ada lagi dua tahun.
berangan nak sambung master.
tapi dah malas nak pulun.
macam mana?

selitselitdua :
entry ni sekali gus menjawab persoalan semua,
saya bukan anak bongsu!
sekian~





.:: dekati, selami, kenali ::.



7 comments:

mohd asran said...

kuatnye berleter akak sorang ni.. kesian adik.. :)heheheh

uyaitusaya said...

PERLU KE NAK BACK UP SI ADIK? NI CIRI-CIRI AKAK PENYAYANG KOT.. HARAP MAKLUM :P

WongMCheng said...

dan aku satu sekolah dgn si nisah ni....nisah kan nme die....OIH!!!!
STPM punye entry wat la skali~

uyaitusaya said...

HAHA. OK LAH NI UNTUK STPM PUN.. :p

Anonymous said...

heyy!!kakakku cantekkk~
haha.lg 1 paper!merdeka!!!:))
langkawi mali:))

Anonymous said...

nama:ANISAH la.
bukan NISAH!
attenti0n WONGMCHENG!

uyaitusaya said...

CEH~ PUJI2 NI CONFIRM ADA UDANG SEBALIK MEE JAWA. NK APA LG HAA??:p

ADEQQQQQQQ....SILA JGN NK GANGSTER SGT.............

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...