stay tune

Thursday, November 17, 2011

semalam, hari ini, esok .

cerita semalam .
kata saya pada seorang kenalan,
"aku penat jadi kuat"
dia diam, memandang tepat.
"kau salah satu super girl yang ajaib pernah aku jumpa dalam dunia ini"
"kau.."
"sorry, aku terbaca. mesti penting kan sampai kau simpan dalam kereta,
terjatuh masa aku nak ambil dvd, kau tak pernah tinggal.."
"....."
"kau agak kenapa kawan kau bagi kata-kata macam tu..?"
"......"
"kau agak kenapa kau sentiasa bawa kad tu..? 
balik la..kawan-kawan kau mesti tengah risau. "
kad itu dari ain dan ila. benar. aku simpan kemas.


cerita hari ini .
seawal 4.00 pagi dah bangun.
mata celik elok.
"last paper!"
*senyum*
ada beberapa jam saja lagi.
semangat nak habiskan sisa-sisa semester empat.
dari semalam.
entah apa yang seronok sangat tak tahu la.
semester empat? yep.
saya ada dua tahun lagi nak kutip segala ilmu.
dua tahun yang macam-macam boleh jadi.
dua tahun yang tak siapa tahu sempat capai atau tak.
tamatnya hari ini seolah-olah tamatnya segala cerita yang tidak enak.
seolah-olah bebas dari segala cerita semalam. lapang.
*senyum*
dalam usrah petang tadi, kata naqibah,
"segala yang kita ada ini milik Allah, segala. semuanya.Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja. ada satu yang betul-betul milik kita, hak kita..apa dia?"
.."dosa"..
.."pahala" ..
.."iman"..
naqibah senyum pada semua jawapan.
dalam otak ligat berfikir, saya bergurau memecahkan sunyi,
"ingatkan dah habis exam..rupanya ada lagi.."
gelak. bising sekejap.
"yang menjadi milik kita, betul-betul milik kita adalah PILIHAN. kita yang memilih sama ada bergerak ke arah kebaikan atau sebaliknya. kita yang memilih untuk melakukan sesuatu. kalau kita punyai ilmu agama yang mendalam sekalipun, jika kita memilih untuk tidak solat, itu pilihan kita. kita yang MEMILIH untuk meninggalkannya."
diam.
penutup hari saya, berakhir dengan suatu pengisian yang cukup bermakna.
ada damai yang menyapa.
ada kekosongan yang terisi.
ada persoalan yang terjawab.


cerita esok .
oh, itu semua rahsia.
minta pada Allah,
tetapkan iman.
dekatkan diri pada mereka yang mengingatkan.
jauhkan hati pada mereka yang melalaikan.
hindarkan rasa hasad dengki.
hindarkan rasa ingin mencaci.
lihatlah pada kebaikan.
lihatlah pada sudut yang positif.
moga Allah sentiasa bersama ketika membuat keputusan.
saya sendiri tidak mengetahui apa yang bakal terjadi.
saya sendiri tidak mengetahui sama ada sempat atau tidak untuk hadirkan diri.
kamu tahu?



haha :) credit ; Encik Yusainy.






selitselit :
minggu migrain dah berakhir.
lega sangat dah habis exam.

selitselitdua :
selepas ini saya harus bijak menggunakan 
satu-satunya milik saya.
jangan biar marah menguasai diri,
jangan biar emosi mengatasi iman.







.:: dekati, selami, kenali ::.



5 comments:

ain+husna^_^ said...

tahniah da abih exam..
n tahniah n jeles sbb ko de grup usrah..smga sentiase istqamah di jln nya..
gunakan hak kite ngan sebaiknye kerna ia akan dpertanggungjawabkan di akhirat kelak..^_^

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih

uyaitusaya said...

ALHAMDULILLAH. ALLAH MASIH SAYANG :)

mohd asran said...

"betul2 milik kita adalah pilihan".. terima kasih..

uyaitusaya said...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...