stay tune

Sunday, December 25, 2011

untuk cikgu - 'the invigilator'

saya jumpa the invigilator ini masa saya di program persediaan,mungkin ramai dah tengok.
kalau belum, kena tengok.
kalau loading lambat, sabar.
tunggu, dan tengok juga.
hey, jangan sorang-sorang.
bagitahu kawan-kawan.
roomate, housemate, classmate, jiranmate, tamanmate.
pendek kata, semua.
kongsikan. sama-sama tengok.
saya terkesan dengan filem pendek ini,
dan saya ingin kongsikan bersama kawan-kawan.
dan saya berharap kawan-kawan kongsikan dengan kawan-kawan lain,
mudah. macam ni ye ;

"wei, cuba bukak blog uyaitusaya, tengok entry the invigilator, ada mesej untuk cikgu-cikgu, untuk kita!"

^_^ hehe. mudah kan?;)

oh, bukan cikgu/bakal cikgu pun takpe.
kenang balik masa cikgu praktikum masuk kelas.
ada yang kita suka, ada yang kita tak suka kan?
tapi bila dah habis tempoh praktikum,
tetap berebut nak tangkap gambar dan jamuan segala bagai.
nasib baik cikgu-cikgu praktikum upsi hothot.haha



ok. jom tonton filem pendek ni. ada zahiril adzim!





dapat?
walau apa jua situasi, hadapi, tangani dan selesaikan dengan bijak.
kita harus kreatif. bukan marah, bukan tengking, bukan mendesak.
ilmu pedagogi itu penting,
so belajar rajin-rajin.
dan good luck buat kawan-kawan yang bakal/sedang jalani praktikum.
buat diri saya juga. semester 5 :)
tengok cheryl kena hentam macam tu,
terus rasa syukur kita bakal ditugaskan di sekolah rendah.
hey, jangan selesa sangat,
lain pula karenah budak sekolah rendah,
nak-nak lagi dapat budak yang kena jentik pun tak boleh,
jangan tak tahu, budak-budak pun dah pandai melawan.
macam mana?;)

harus bijak, harus kreatif, harus pandai main peranan.

sekian dari saya,
yang melihat kerjaya guru suatu yang mencabar.
sangat mencabar. teramat mencabar.


ni bukan edit, tapi gambar ni memang rosak. haha








selitselit:
esok, bakal balik jitra, sambung mengaji kata opah. 
IPG Kampus Darulaman. senang-senang singgah la.
saya belanja roti canai maklang letak sambal lebih. :) air? ok. air sekali. order la. haha.
maka berakhir la cuti untuk tahun ni. 
selamat tinggal dunia yang selesa, selamat datang dunia yang penuh sifat berdikari.
selamat tinggal wireless 24jam, selamat datang broadband yang dah tak bayar 2 bulan.
maka, tiada lagi entry baru, sampai elaun masuk.

haha *gelakbesar*





mata pena,

Friday, December 23, 2011

umur pencen 60 tahun?

sejak akhir-akhir ni, saya selalu dengar mak ngan ayah sibuk mebincangkan perihal 'bila nak pencen'. rasa kelakar la pulak. tapi dalam masa yang sama 'eh,mak ayah aku dah tua sangat ke?' :) mungkin sebab mak ngan ayah nampak masih kuat, jadi saya mula lali dengan umur mereka yang sememangnya dah hidup mencecah 5 dekad. ^_^.

dulu, kerajaan tetapkan usia pencen apabila mencecah umur 56 tahun, kemudiannya dilanjutkan sehingga 58 tahun, dan sekarang dah jadi 60 tahun! tapi ini bukanlah paksaan, cuma sekadar opsyen yang mana penjawat awam boleh pilih, boleh pertimbangkan, bila mereka nak mula bersara. jadi, dari sini la mak ngan ayah sibuk berdebat, yang seorang nak bekerja, yang seorang lagi nak berehat. :)

emak saya ok je nak bekerja sampai umur 60, tapi entah apa yang menggugat pendirian beliau, hingga beliau jadi ragu-ragu; sembang-sembang kat dapur, "ishh..boleh ke mak ni bekerja sampai umur 60, nanti mata pun dah kelabu, nak ingat nama anak murid pun susah, kalau nyanyuk ke apa ke masuk kelas pun dok silap nanti, silap-silap nanti mak jalan masuk kelas pun dah mengah-mengah, tak larat". saya hanya senyum, diam tanpa respon. hehe.

ini pulak perbualan antara ayah dengan kawan beliau, kata kawan ayah ; "haji, enta boleh nak lanjut sampai umur 60, enta tak ada masalah sebab enta dah tak susah, bekerja dalam pejabat ja. ana tak mahu la, kalau ana bekerja sampai umur 60, pencen, tak sempat rehat ana jatuh sakit, duit gaji ana sampai umur 60 tu ana buat belanja perubatan. xmo la, kerja untuk sakit buat apa, ana amik sampai 58 ja." ayah saya? ayah saya gelak je. haha. rupanya perangai ayah saya ni turun pada saya, tak banyak bagi respon bila orang bercerita.

ada la dalam dua minggu jugak dok dengar emak ngan ayah dok bincang hal ni. dan ini yang terakhir saya dengar. semalam. :)

ayah : kita pencen 56 ye.

emak : 56? kenapa kita nak pencen awal sangat..nanti tak tau nak buat apa kat rumah ni.

ayah : duduk rehat kat rumah, abang dah tak larat nak ulang alik ipoh.

emak : abang isi 56, Dah isi 60 na.
*mak, konon masa sembang-sembang macam takut nak ambil 60.hehe. saya masih tak menyampuk, hanya seronok mendengar*

ayah : macam-macam boleh buat, jaga pokok-pokok bunga, berkebun, tengok ayam-ayam tu, dah-dah la tu. kita rehat pulak.

emak : rumah ni dah la tak da sapa, tak kan Dah dok tengok korea ja dari pagi sampai petang.
*haha, mak saya pengikut tegar channel 391 ok. ;)*

ayah : isi borang pencen 56, dok rumah buat amal ibadat.

~the end. yang terakhir tu, merupakan arahan. bukan lagi perbincangan. haha. kelakar la. comel pulak bila perkara ni jadi isu. :) usia kita dengarnya dah bukan lagi opsyen, tapi wajib. jadi kawan-kawan, sila jaga kesihatan diri dari sekarang ye. kalau dipanjangkan umur, kita bakal guna kudrat dalam jangka masa yang lama. tapi kan..umur 60 bukan patutnye kita tengah main dengan cucu-cucu ke? kome tak rasa macam tu ke?? haha.


mak ayah dating ke sabah tak bawak anak-anak. T.T




selitselit :
sakan tengah sale sekarang. tapi apa lah guna nya sale bila poket tipis je. -_-"


                                                                                     






                                                                                           mata pena,

Thursday, December 22, 2011

pelangi :)



hujan berhenti. mendung berlalu pergi, memberi ruang kepada mentari, memperlihatkan kepada kita simbahan pelangi! tak bercahaya namun berseri, cukup untuk menghiburkan hati.
hey, itu pelangi! :')



Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
syukur Ya Allah, Kau permudahkan segala urusan.
*laplapmata*




kepada kawan-kawan yang mendoakan. TERIMA KASIH!






selitselit:
tengok mimpi sampai ke bintang?
"aku sayang kau la bongok!"
hahaha.











                                                                                                                      mata pena,

Friday, December 16, 2011

masalah.

setiap manusia punya masalah,

dan setiap satunya hadir dalam bentuk yang berbeza.
kuat atau lelah,
telan atau luah,
bijak atau bodoh,
terpulang pada manusia untuk hadapi dan atasi.
manusia sememangnya tak boleh lari dari masalah,
dan aku,

adalah manusia jika kamu belum tahu.

i'll back. :')


hey, masalah itu, kononnya mendewasakan,
setuju?



                                                                                       mata pena,

Sunday, December 11, 2011

penyelesaian, mungkin.

assalamualaikum.
sekadar makluman.
entah angin dari mana,
kuasa untuk berkarya makin berkurang,
deria untuk berhubung makin menghilang,
14 disember 2011-saya bakal tutup acc fb.
sy bakal menidakkan kewujudan uyaitusaya.
maaf atas segala salah silap.
terima kasih atas segala tunjuk ajar.
buat kawan-kawan,
sebarang urusan contact terus melalui phone number.
saya sendiri belum pasti,
senyap saya hanya sementara,
atau hingga tiada penghujung.
maaf.
terus tembak doa, moga segala urusan dipermudahkan.
hidup baik-baik.
assalamualaikum.

-uya/dhiya.





Saturday, December 10, 2011

dengar .

mereka punya cerita untuk dikongsikan.





1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer


2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an) 'D Riyadh'


3. Megat - bekas penyanyi kumpulan ACAB


4. Azmeer Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'


5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'


6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut


7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E


8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'


9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings




betul. 
mereka tak sehebat tok-tok imam bila bersolat.
mereka tak sehebat para ustaz bila berceramah.
dan mereka tak sehebat murabbi bila beri tunjuk ajar.
dan ya betul, iman itu turun naik.
masih ada perbuatan yang membuatkan manusia sekeliling "sokseksoksek" perihal mereka,
aktiviti mereka, kehidupan peribadi mereka, tindak tanduk mereka.
tapi setidaknya mereka berhijrah kan?
mereka ingin benar dekati islam.
mereka takut benar akan Allah.
beri mereka ruang, beri mereka masa.

dengar. 
mereka punya cerita untuk dikongsikan .

selitselit:
video-video yang tersebar luas,
yang mempertikaikan hukum Allah,
yang lancang menidakkan perkara yang termaktub dalam alQuran,
yang mempersendakan islam dek kerana parti masing-masing,
"hey! pengampunan Allah itu luas, bertaubatlah!"






                                                                                                                     mata pena,

Wednesday, December 7, 2011

cerita yang tidak tercatat - Kota Singa

musafir kali ini, saya punya pengetahuan baru.
cerita yang hanya diperoleh daripada pengalaman.
tidak tercatat dalam mana-mana risalah.

ini Singapura secara kasarnya.

Kita tahu bahawa Singapura itu asalnya dari Temasik, penempatan Parameswara selepas lari dari Palembang.
Kita tahu bahawa Singapura itu telah dibeli oleh Sir Stamford Raffles dari seorang Raja Melayu untuk mendirikan kuasa British.

Kita tahu bahawa Singapura itu merupakan salah satu negeri yang diserahkan oleh British kepada Tanah Melayu untuk membentuk Persekutuan Malaysia. 
Kita tahu bahawa Singapura itu telah disingkirkan dari Malaysia kerana masalah politik-tiada persefahaman daripada pemimpin.
dan kita juga amat tahu bahawa Singapura itu muncul sebagai kuasa perdagangan dunia dan maju sehingga ke hari ini.

yep. sehingga ke hari ini.

asal aku tiba-tiba macam pengkaji sejarah ni.






Singapura dan bangunan-bangunannya. kawasan sempit. bangunan padat-padat. sangat-sangat padat. tapi walau sesempit mana pun kawasan mereka akan cuba tanam tumbuhan.




Merlion - cerita pasal merlion ni tak ada la panjang sangat. kapal Putera Palembang tenggelam, then dia nampak macam ada binatang, binatang tu singa la..sebab tu nama singapura - pura (bandar). singa dia pun pelik kan? kepala singa badan ikan. dah tak ingat cerita full. search sendiri~ :P


Skypark di Hotel Marina Bay Sand-  casino termahal di dunia -_-" bahagian kapal atas sekali tu ada kolam mandi. korang tak akan berani nak berenang ke tepi kolam. haisshh~ cuba google, nak cerita tak tercerita. unik sangat. tapi part casino tu.. huuu~ google cepat.google!


Universal Studios Singapore di Resolt World Sentosa - di Sentosa ini pun terdapat casino. -_-" Resort World Sentosa ni best! duit pun best! dah la dolar! haa..google lagi.google! hehe. malas~

memang rata-rata yang singgah hanya nak masuk casino.
takat Genting Berhad di Genting highland pun kita dah cukup takut.
tu casino terbesar di Asia Tenggara tu.
kat Malaysia tu.
kalau betul nak jana ekonomi, ini bukan caranya. -_-"
haissshhh~


tiba-tiba rasa lega Singapura dikeluarkan dari Malaysia. @_@
lagipun mereka mendiskriminasikan bangsa melayu.
Bagaimana Singapura membangun?
haa..ini yang tak tercatat.
Sejarah dah macam A, itu semua diceritakan oleh tourist guide :)
yang ini cerita dari salah seorang bekas penduduk Singapura yang balik nak tengok negara kelahirannya.
aku takde la ramah sangat tapi dia yang jawab panjang lebar.biasa la tu..orang lama.


........................................................................


ini Singapura dari pengalaman Pakcik Kaha.

"sini tak ada kampung ke pakcik?"
soalan basic untuk memulakan perbualan. dah nampak tak cukup tanah. -_-"

"nampak tak rumah flat yang tinggi-tinggi tu? yang ada banyak warna tu?haa.. yang warna-warna tu rumah untuk orang awam. yang design dia lain sikit tu untuk rumah private. mahal lagi la. nak tahu macam mana singapura membangun? cerita ni tak ada tertulis dari mana-mana buku. tak tercatat langsung. ni cerita masa zaman pakcik ja. masa tu kerajaan suruh pindah. pastu ramai penduduk kampung taknak pindah. Singapura ni tak macam Malaysia. Dia guna pemerintahan diktaktor. dia bakar je rumah-rumah tu untuk tujuan pembangunan. bangunan-bangunan tinggi yang kamu nampak ni asalnya dulu tapak kampung sama macam kampung-kampung biasa la.."

"ramai la yang mati pakcik?" muka terkejut.

"tak..tujuan depa bukan nak bunuh. tapi nak suruh keluar dari rumah. nak naikkan bangunan. kami dapat kawasan penempatan baru. kalau dia tak bakar, kira takda la bangunan-bangunan yang kamu nampak hari ni. dulu, pakcik sekolah, bahasa utama pakcik english, bahasa kedua baru bahasa mak. kat sini diskriminasi orang melayu teruk sangat. kalau nak cari kerja, kena tahu bahasa english dengan mandarin. tak tahu dua ni tak dapat kerja. susah nak hidup kat sini, depa tak percaya langsung kat kita."

"kenapa jadi macam tu pakcik?" teruja.

"sebab kita ramai..depa takut dengan kita. kamu tengok sekarang. majoriti cina kan? dulu depa keluarkan kempen "two is enough". maksudnya satu keluarga boleh dua orang anak ja. tapi orang melayu tak kisah langsung. orang melayu ada ramai anak. sampai jumlah kita lebih dari jumlah depa. orang cina takmau anak ramai. sampai satu tahap "one is enough". sebab bagi depa taraf hidup kat sini tinggi sangat. depa kena jaga kewangan jugak untuk dapatkan gaya hidup yang elok la. kita melayu tak...dok tak boleh jaga pon nak beranak jugak." 

sambung.

"kerajaan dah mula takut, jadi depa masukkan orang-orang dari Hong Kong, Taiwan masuk dalam Singapura. orang-orang yang depa pilih ni pulak bukan sebarangan. Orang-orang besar, orang-orang pandai. cuba tengok malaysia yang masuk sapa? jauh beza kan. sebab tu depa cepat maju. kita jadi minoriti. pakcik jenuh bersaing dengan anak-anak cina ni. nak belajar susah. nak bekerja susah. kalau kamu tengok cina-cina yang beli tanah kat johor pun sebenarnya bukan cina singapura, tapi depa-depa ni la."

"kat sini tak nampak ramai sangat orang kan pakcik."

"kalau kamu kat tempat pakcik, kamu dapat rasa susahnya jadi melayu kat sini. sini bukan negara islam. bulan puasa takda beza dengan bulan lain. 'ayam' bersepah-sepah. sini bukan ada pencegah maksiat. buat la apa nak buat. takda sapa nak larang. kamu nak tahu, pada zaman pakcik dulu, depa ada bina terowong bawah tanah. pembinaan terowong-terowong ni untuk persiapan perang. kira depa buat kubu la. dan masa depa bina terowong-terowong ni, takdak sorang pun orang melayu yang diupah. nampak tak betapa depa ni benci kat kita. sampai sekarang pun kalau tak silap pakcik masih ada latihan-latihan ketenteraan. persiapan perang. sebab depa tahu depa kecik, depa bersungguh nak pertahankan negara. kamu nampak tak dua bangunan tu? dengan bangunan sekolah tu? haa..bawah tu pun ada terowong untuk pejalan kaki."


........................................................................

saya tak berkesempatan melalui terowong.
tapi saya pernah tersesat kerana masuk dari bangunan lain, keluar ikut bangunan lain.
dan bangunan tersebut bukan la dekat-dekat!
rupanya kawasan yang saya berlegar-legar tu dah sampai kawasan basement.
saya dah bergerak ikut bawah tanah pergi tempat lain.
terpaksa telefon emak untuk tahu kedudukan sebenar.

hey, singapura benar-benar manfaatkan ruang yang ada!







selitselit :
Malaysia, hati-hati ya. jangan sebab air kita bergaduh.
didie, ko ingat tak cerita kawan ko yang tak boleh balik beraya tu? 
cerita pakcik Kaha ada yang aku potong. 













                                                                                                                      mata pena,

Thursday, December 1, 2011

saya, mereka dan si kecil felda .

19-23/11/2011.
semarak rukun negara-jom ke felda
felda lubuk merbau.


pertamanya,
dapat maklumat dari Kadet Remaja Sekolah (KRS), join program anak angkat katanya > terbuka kepada siapa yang nak turut serta.

keduanya,
KRS wajib pergi, untuk persembahan kawad formasi > dah bukan terbuka dah.

ketiganya,
dipanggil untuk taklimat. rupanya bukan KRS saja. ada 80 pelajar dari ipda. semua ada tugas masing-masing. dari A sampai  Z . KRS diminta untuk kawalan kehormat dan persembahan formasi.

keempatnya,
mentor panggil, "mama nak semua anak-anak (PJ Paragon-semester 4) mama pergi program Jom ke Felda untuk senam seni".

kelimanya,
mama : "ipda dah hantar ramai la..anak-anak mama yang KRS la buat senam seni ya?"

keenamnya,
pulun habis untuk memerah otak demi menghadapi peperiksaan.

ketujuhnya,
tak sempat bernafas, selesai saja paper yang terakhir, yang kawad, kawadlah, yang tarian, tarianlah, yang nasyid, nasyidlah, yang senam seni, senam senilah, yang mc, mc lah, yang kompang, kompanglah, yang segala bagai, segala bagai lah. segalanya-galanya sakan buat latihan dalam masa yang terdekat. yep, segala. semua. termasuklah pensyarah-pensyarah dan kakitangan ipda yang terlibat mula turun ke felda untuk persiapan tempat. mereka lah yang menyusun kerusi segala bagai persiapan dalam dewan. yep. pensyarah. > tak boleh bayang kan? angkat peralatan naik lori, turunkan peralatan, susun peralatan. saya ingat saya dan kawan-kawan je yang tengah bertungkus lumus kat ipda. pensyarah-pensyarah yang giat kat felda tu confirm sakit belakang.

kelapannya,
felda >> berhimpit-himpitan, berkelaparan-kelaparan, berkerusian-kerusian, bergotong-royongan-royongan, bertraningian-traningian, berrehearsalan-rehearsalan, berpenatan-penatan. rehat. tak ada 'ber' tak ada 'tan' :') masa ni baru nampak banner-banner yang bargantungan kat tiang.. "oo..nama program ni program semarak rukun negara.." @_@ sepanjang hari di sana, anak murid dan guru sama-sama lelah maka destinasi ke pendang lake resort amat dinantikan. nampak katil lambai-lambai. masa sampai "oo..ramai yang dah ada rupanya.."

kesembilannya,
felda again >> 4 hari 3 malam cukup makan. bersama keluarga angkat, adik beradik angkat dari ipg lain (304 bakal guru dari 19 ipg semenanjung ok, haruslah ada ramai kenalan baru) berkenalan.^_^

kesepuluhnya,
selesai? tak. habis saja peluk-peluk cium kesat air mata, harusla sedih kan, nama pun perpisahan, bye-bye semua kawan-kawan dari ipg lain, kami dengan kental merobohkan segala khemah walau panas, walau tiba-tiba hujan, walau tiba-tiba hujan macam tak nak berhenti, walau tiba-tiba lori macam tak muat sampai macam nak kena buat trip lain, segala bagai barang yang digunakan sepanjang program disumbat selagi boleh, berbasah-basahan., perjalanan yang sangat sejuk dalam bas, sejuk yang amat sejuk sebab semua basah. selesai? tak. menurunkan segala barang dalam lori dan diletakkan di tempat asal, di library, library lah, di dewan, dewanlah, di stor-storlah. sekitar jam 6pm baru selesai. dihantar ke kawasan asrama. turun bas, dan menjerit "yeayyyy!! semester 4 dah habis!!" tengok keliling sunyi. ok. orang lain dah SEMINGGU habis semester masing-masing. tarik balik yeayy.


*tarik nafas, senyum*


Pegawai Leftenan Muda KRS > semester 4


senam seni


tarian

nasyid - Iltizam


penutup semester yang menarik.
*senyum*


si kecil felda yang jujur

nama : Muhammad fakhrullah (Amat)
umur : 6 tahun
cita-cita : Perdana Menteri. yep. PERDANA MENTERI
status : anak jiran belakang rumah keluarga angkat



masa diserahkan kepada keluarga angkat,
saya beruniform KRS, masa selesai program, dan majlis penyerahan semula anak angkat kepada ipg, saya masih perlu beruniform KRS. (kawad, dan kawad lagi).
masa majlis penutup, Amat aka bakal perdana menteri ini dijemput hadir oleh kami kakak-kakak angkat jiran depan rumah > dia panggil kami 'cucu baru opah' :)

dia tengok saya, dengan jujurnya, "Amat nanti takmo la jadi askar, Amat tak suka main mercun, tembak-tembak, Amat tak suka pakai macam ni, Amat tak suka panas."

*senyum* "dalam hati, fine, aku nampak macam askar ke? -_-"

selesai majlis penutup, masa makan-makan, "Amat nanti jadi perdana menteri, Amat takmo jadi macam orang yang cakap tadi (merujuk pada tan sri yang dirahsiakan namanya :p), dia cakap lama. sampai sejam. Amat tak paham pun apa dia cakap. Amat kalau cakap lama-lama, nanti Amat penat. nanti Amat balik rumah amat terus tido. mengantuk la tadi. Amat tak suka la orang tadi cakap lama-lama."

*terusgelakberdekahdekah*

sebab tu, orang kalau nak jawapan yang jujur, tanya budak kecil. ^^

yin-ipg sultan mizan, ain-ipg bahasa melayu, mira-ipg pulau pinang, uya-ipg darulaman :) makcik dan pakcik ^_^


si kecil bertshirt kuning itu lah Muhammad Fakhrullah bakal perdana menteri :)

sangatlah seronok tahu!






selitselit :
tengok berita jam 8pm, confirm teringat kat Amat. :') sakan sangat la dok berkempen. *tutup tv* kami yang terlibat dengan program-program ni, Sambutan Kemerdekaan + KOGUM + Semarak Rukun Tetangga dan apa-apa je yang kononnya nak kumpul semua bakal-bakal guru untuk sekian-sekian, padahal ada rencana lain.. "paham beno dengan permainan kome-kome nih..udah le tu".. ;)











                                                                                       mata pena,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...