cerita yang hanya diperoleh daripada pengalaman.
tidak tercatat dalam mana-mana risalah.
ini Singapura secara kasarnya.
Kita tahu bahawa Singapura itu asalnya dari Temasik, penempatan Parameswara selepas lari dari Palembang.
Kita tahu bahawa Singapura itu telah dibeli oleh Sir Stamford Raffles dari seorang Raja Melayu untuk mendirikan kuasa British.
Kita tahu bahawa Singapura itu merupakan salah satu negeri yang diserahkan oleh British kepada Tanah Melayu untuk membentuk Persekutuan Malaysia.
Kita tahu bahawa Singapura itu telah disingkirkan dari Malaysia kerana masalah politik-tiada persefahaman daripada pemimpin.
dan kita juga amat tahu bahawa Singapura itu muncul sebagai kuasa perdagangan dunia dan maju sehingga ke hari ini.
yep. sehingga ke hari ini.
Singapura dan bangunan-bangunannya. kawasan sempit. bangunan padat-padat. sangat-sangat padat. tapi walau sesempit mana pun kawasan mereka akan cuba tanam tumbuhan. |
Universal Studios Singapore di Resolt World Sentosa - di Sentosa ini pun terdapat casino. -_-" Resort World Sentosa ni best! duit pun best! dah la dolar! haa..google lagi.google! hehe. malas~ |
memang rata-rata yang singgah hanya nak masuk casino.
takat Genting Berhad di Genting highland pun kita dah cukup takut.
tu casino terbesar di Asia Tenggara tu.
kat Malaysia tu.
kalau betul nak jana ekonomi, ini bukan caranya. -_-"
haissshhh~
tiba-tiba rasa lega Singapura dikeluarkan dari Malaysia. @_@
lagipun mereka mendiskriminasikan bangsa melayu.
Bagaimana Singapura membangun?
haa..ini yang tak tercatat.
Sejarah dah macam A, itu semua diceritakan oleh tourist guide :)
yang ini cerita dari salah seorang bekas penduduk Singapura yang balik nak tengok negara kelahirannya.
........................................................................
ini Singapura dari pengalaman Pakcik Kaha.
"sini tak ada kampung ke pakcik?"
soalan basic untuk memulakan perbualan. dah nampak tak cukup tanah. -_-"
"nampak tak rumah flat yang tinggi-tinggi tu? yang ada banyak warna tu?haa.. yang warna-warna tu rumah untuk orang awam. yang design dia lain sikit tu untuk rumah private. mahal lagi la. nak tahu macam mana singapura membangun? cerita ni tak ada tertulis dari mana-mana buku. tak tercatat langsung. ni cerita masa zaman pakcik ja. masa tu kerajaan suruh pindah. pastu ramai penduduk kampung taknak pindah. Singapura ni tak macam Malaysia. Dia guna pemerintahan diktaktor. dia bakar je rumah-rumah tu untuk tujuan pembangunan. bangunan-bangunan tinggi yang kamu nampak ni asalnya dulu tapak kampung sama macam kampung-kampung biasa la.."
"ramai la yang mati pakcik?" muka terkejut.
"tak..tujuan depa bukan nak bunuh. tapi nak suruh keluar dari rumah. nak naikkan bangunan. kami dapat kawasan penempatan baru. kalau dia tak bakar, kira takda la bangunan-bangunan yang kamu nampak hari ni. dulu, pakcik sekolah, bahasa utama pakcik english, bahasa kedua baru bahasa mak. kat sini diskriminasi orang melayu teruk sangat. kalau nak cari kerja, kena tahu bahasa english dengan mandarin. tak tahu dua ni tak dapat kerja. susah nak hidup kat sini, depa tak percaya langsung kat kita."
"kenapa jadi macam tu pakcik?" teruja.
"sebab kita ramai..depa takut dengan kita. kamu tengok sekarang. majoriti cina kan? dulu depa keluarkan kempen "two is enough". maksudnya satu keluarga boleh dua orang anak ja. tapi orang melayu tak kisah langsung. orang melayu ada ramai anak. sampai jumlah kita lebih dari jumlah depa. orang cina takmau anak ramai. sampai satu tahap "one is enough". sebab bagi depa taraf hidup kat sini tinggi sangat. depa kena jaga kewangan jugak untuk dapatkan gaya hidup yang elok la. kita melayu tak...dok tak boleh jaga pon nak beranak jugak."
sambung.
"kerajaan dah mula takut, jadi depa masukkan orang-orang dari Hong Kong, Taiwan masuk dalam Singapura. orang-orang yang depa pilih ni pulak bukan sebarangan. Orang-orang besar, orang-orang pandai. cuba tengok malaysia yang masuk sapa? jauh beza kan. sebab tu depa cepat maju. kita jadi minoriti. pakcik jenuh bersaing dengan anak-anak cina ni. nak belajar susah. nak bekerja susah. kalau kamu tengok cina-cina yang beli tanah kat johor pun sebenarnya bukan cina singapura, tapi depa-depa ni la."
"kat sini tak nampak ramai sangat orang kan pakcik."
"kalau kamu kat tempat pakcik, kamu dapat rasa susahnya jadi melayu kat sini. sini bukan negara islam. bulan puasa takda beza dengan bulan lain. 'ayam' bersepah-sepah. sini bukan ada pencegah maksiat. buat la apa nak buat. takda sapa nak larang. kamu nak tahu, pada zaman pakcik dulu, depa ada bina terowong bawah tanah. pembinaan terowong-terowong ni untuk persiapan perang. kira depa buat kubu la. dan masa depa bina terowong-terowong ni, takdak sorang pun orang melayu yang diupah. nampak tak betapa depa ni benci kat kita. sampai sekarang pun kalau tak silap pakcik masih ada latihan-latihan ketenteraan. persiapan perang. sebab depa tahu depa kecik, depa bersungguh nak pertahankan negara. kamu nampak tak dua bangunan tu? dengan bangunan sekolah tu? haa..bawah tu pun ada terowong untuk pejalan kaki."
........................................................................
saya tak berkesempatan melalui terowong.
tapi saya pernah tersesat kerana masuk dari bangunan lain, keluar ikut bangunan lain.
dan bangunan tersebut bukan la dekat-dekat!
rupanya kawasan yang saya berlegar-legar tu dah sampai kawasan basement.
saya dah bergerak ikut bawah tanah pergi tempat lain.
terpaksa telefon emak untuk tahu kedudukan sebenar.
hey, singapura benar-benar manfaatkan ruang yang ada!
selitselit :
Malaysia, hati-hati ya. jangan sebab air kita bergaduh.
mata pena,
11 comments:
bilakah crita kwn aku xdpt blk raya?
adakah crita itu?
bdk upnm ke ape ntah..ingat x??
wahh!seronok nya uya pi singapore.cantik di sana:-)
YEP,SANGAT CANTIK!:) ZERO SAMPAH DAN DEME SANGAT-SANGAT JAGA BANGUNAN DEME. SENTIASA NAMPAK BARU. SETIAP 7 TAHUN UPGRADE CAT.DASYAT~
bestnye...niat nak p singapore taun ni tpakse dbatalkan..last p pown masa aku kecik ag...dah banyak brubah dah asenye..tingin nak p ag...
SIMPAN DUIT BANYAK-BANYAK, THEN SATU HARI MAIN KAT SENTOSA, SUMPAH PUAS HATI WEYH. :) JANGAN SILAP MASUK PINTU CASINO SUDAH..HAHA.
Wah3.. bestnya dapat melancong,
ada ole-ole untuk kita tak?;)
Latest Post:
Kalau Tuhan Pisahkan Kita, Awak Marah Tuhan?
BALIK FELDA DULU BARU SY FIKIR ADE KE X? OK? HEHE
hmmm.. speechless.. apakah?? :|
speechless jgk..mengapakah??;)
teruk betul dah singapore.. kesia kat saudara kita kat sana..
Post a Comment