stay tune

Thursday, December 1, 2011

saya, mereka dan si kecil felda .

19-23/11/2011.
semarak rukun negara-jom ke felda
felda lubuk merbau.


pertamanya,
dapat maklumat dari Kadet Remaja Sekolah (KRS), join program anak angkat katanya > terbuka kepada siapa yang nak turut serta.

keduanya,
KRS wajib pergi, untuk persembahan kawad formasi > dah bukan terbuka dah.

ketiganya,
dipanggil untuk taklimat. rupanya bukan KRS saja. ada 80 pelajar dari ipda. semua ada tugas masing-masing. dari A sampai  Z . KRS diminta untuk kawalan kehormat dan persembahan formasi.

keempatnya,
mentor panggil, "mama nak semua anak-anak (PJ Paragon-semester 4) mama pergi program Jom ke Felda untuk senam seni".

kelimanya,
mama : "ipda dah hantar ramai la..anak-anak mama yang KRS la buat senam seni ya?"

keenamnya,
pulun habis untuk memerah otak demi menghadapi peperiksaan.

ketujuhnya,
tak sempat bernafas, selesai saja paper yang terakhir, yang kawad, kawadlah, yang tarian, tarianlah, yang nasyid, nasyidlah, yang senam seni, senam senilah, yang mc, mc lah, yang kompang, kompanglah, yang segala bagai, segala bagai lah. segalanya-galanya sakan buat latihan dalam masa yang terdekat. yep, segala. semua. termasuklah pensyarah-pensyarah dan kakitangan ipda yang terlibat mula turun ke felda untuk persiapan tempat. mereka lah yang menyusun kerusi segala bagai persiapan dalam dewan. yep. pensyarah. > tak boleh bayang kan? angkat peralatan naik lori, turunkan peralatan, susun peralatan. saya ingat saya dan kawan-kawan je yang tengah bertungkus lumus kat ipda. pensyarah-pensyarah yang giat kat felda tu confirm sakit belakang.

kelapannya,
felda >> berhimpit-himpitan, berkelaparan-kelaparan, berkerusian-kerusian, bergotong-royongan-royongan, bertraningian-traningian, berrehearsalan-rehearsalan, berpenatan-penatan. rehat. tak ada 'ber' tak ada 'tan' :') masa ni baru nampak banner-banner yang bargantungan kat tiang.. "oo..nama program ni program semarak rukun negara.." @_@ sepanjang hari di sana, anak murid dan guru sama-sama lelah maka destinasi ke pendang lake resort amat dinantikan. nampak katil lambai-lambai. masa sampai "oo..ramai yang dah ada rupanya.."

kesembilannya,
felda again >> 4 hari 3 malam cukup makan. bersama keluarga angkat, adik beradik angkat dari ipg lain (304 bakal guru dari 19 ipg semenanjung ok, haruslah ada ramai kenalan baru) berkenalan.^_^

kesepuluhnya,
selesai? tak. habis saja peluk-peluk cium kesat air mata, harusla sedih kan, nama pun perpisahan, bye-bye semua kawan-kawan dari ipg lain, kami dengan kental merobohkan segala khemah walau panas, walau tiba-tiba hujan, walau tiba-tiba hujan macam tak nak berhenti, walau tiba-tiba lori macam tak muat sampai macam nak kena buat trip lain, segala bagai barang yang digunakan sepanjang program disumbat selagi boleh, berbasah-basahan., perjalanan yang sangat sejuk dalam bas, sejuk yang amat sejuk sebab semua basah. selesai? tak. menurunkan segala barang dalam lori dan diletakkan di tempat asal, di library, library lah, di dewan, dewanlah, di stor-storlah. sekitar jam 6pm baru selesai. dihantar ke kawasan asrama. turun bas, dan menjerit "yeayyyy!! semester 4 dah habis!!" tengok keliling sunyi. ok. orang lain dah SEMINGGU habis semester masing-masing. tarik balik yeayy.


*tarik nafas, senyum*


Pegawai Leftenan Muda KRS > semester 4


senam seni


tarian

nasyid - Iltizam


penutup semester yang menarik.
*senyum*


si kecil felda yang jujur

nama : Muhammad fakhrullah (Amat)
umur : 6 tahun
cita-cita : Perdana Menteri. yep. PERDANA MENTERI
status : anak jiran belakang rumah keluarga angkat



masa diserahkan kepada keluarga angkat,
saya beruniform KRS, masa selesai program, dan majlis penyerahan semula anak angkat kepada ipg, saya masih perlu beruniform KRS. (kawad, dan kawad lagi).
masa majlis penutup, Amat aka bakal perdana menteri ini dijemput hadir oleh kami kakak-kakak angkat jiran depan rumah > dia panggil kami 'cucu baru opah' :)

dia tengok saya, dengan jujurnya, "Amat nanti takmo la jadi askar, Amat tak suka main mercun, tembak-tembak, Amat tak suka pakai macam ni, Amat tak suka panas."

*senyum* "dalam hati, fine, aku nampak macam askar ke? -_-"

selesai majlis penutup, masa makan-makan, "Amat nanti jadi perdana menteri, Amat takmo jadi macam orang yang cakap tadi (merujuk pada tan sri yang dirahsiakan namanya :p), dia cakap lama. sampai sejam. Amat tak paham pun apa dia cakap. Amat kalau cakap lama-lama, nanti Amat penat. nanti Amat balik rumah amat terus tido. mengantuk la tadi. Amat tak suka la orang tadi cakap lama-lama."

*terusgelakberdekahdekah*

sebab tu, orang kalau nak jawapan yang jujur, tanya budak kecil. ^^

yin-ipg sultan mizan, ain-ipg bahasa melayu, mira-ipg pulau pinang, uya-ipg darulaman :) makcik dan pakcik ^_^


si kecil bertshirt kuning itu lah Muhammad Fakhrullah bakal perdana menteri :)

sangatlah seronok tahu!






selitselit :
tengok berita jam 8pm, confirm teringat kat Amat. :') sakan sangat la dok berkempen. *tutup tv* kami yang terlibat dengan program-program ni, Sambutan Kemerdekaan + KOGUM + Semarak Rukun Tetangga dan apa-apa je yang kononnya nak kumpul semua bakal-bakal guru untuk sekian-sekian, padahal ada rencana lain.. "paham beno dengan permainan kome-kome nih..udah le tu".. ;)











                                                                                       mata pena,

16 comments:

.::Nuruljannah::. said...

syok.!! penuh dgn emosi la cite uya nih.. =)tp gmbar jannah xnmpak =(
yg selit kat bawah tu,ehem3.!! =)

uyaitusaya said...

HAHA. DAH MALAS SELONGKAR ALBUM. MANA JUMPA TERUS AMIK. NEXT TIME UYA CUBA SELIT JANNAH YE.. ;)

SELITSELIT?? HAHAHA. TAKTAWU.TAKTAWU :p

snf said...

hahahha.salam bloggerah uyaa ooii.gambar bola jaring mane? ada tomboy kot!.hahahha.mahaall oo..

John Kalabu said...

saya sedar tentang 'semester 4 dah habis'... cuma... saya tak berminat untuk bersorak bersama anda...

Mat Arip aka Ariffuddin said...

Wei ak rindu gla kt Amat..siyes..huhu

Anep Radzi said...

mcm pernh tngk gmbr2 ni..hahahaa

uyaitusaya said...

SNF : HAHA. GAMBAR 'MAHAL' TU XDE LA WEYH...:p KO ADE KE?? KOME BUKAN DOK ADMIRE KE KAT DIA..;)

uyaitusaya said...

JOHN : KITA MACAM BUKAN SATU BAS :p PUSING-PUSING IPDA DALAM 3X DENGAN BAS KOT..BEST O0..TAK PENAH BUAT.-_-"

uyaitusaya said...

ARIP : HAHAHAHA.KAN3..KO ANTARA YANG BERTUAH SEBAB DAPAT JAWAB SOALAN DIA! :))

uyaitusaya said...

ANEP : KAN..MACAM PENAH TENGOK KAN.. :) TERIMA KASIH PADA OWNER ALBUM ^^

sukesuki^sha said...

aha.mendalam gile entry uya niii. ~. penat nk denga da deme2 di sana yek. kan.kan.;p

uyaitusaya said...

HEHE..KITA BOLEH BERFIKIR..KITA BOLEH MENILAI..DORG JE DOK RASA YANG KITA AKAN IKUT SETIAP PATAH DORG ;)

mohd asran said...

pertamanya
wow!! awak nampak "baru".. :)

keduanya
wow!! entry yg best.. :)

ketiganya
wow!! boleh kenal dgn adik bradik angkat..hehe :)

keempatnya
sorry, tak dapat join gi felda... :(

terakhirnya
sila jgn jadi askar.. :D

uyaitusaya said...

HAHAHA..REQUEST YANG KETIGA TU BOLEY DELETE KOT MOHD ASRAN.... :p

Mawar Hina said...

sronok baca kisah Amat. hehhee.

uyaitusaya said...

RINDU SI KECIL AMAT :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...