stay tune

Sunday, December 25, 2011

untuk cikgu - 'the invigilator'

saya jumpa the invigilator ini masa saya di program persediaan,mungkin ramai dah tengok.
kalau belum, kena tengok.
kalau loading lambat, sabar.
tunggu, dan tengok juga.
hey, jangan sorang-sorang.
bagitahu kawan-kawan.
roomate, housemate, classmate, jiranmate, tamanmate.
pendek kata, semua.
kongsikan. sama-sama tengok.
saya terkesan dengan filem pendek ini,
dan saya ingin kongsikan bersama kawan-kawan.
dan saya berharap kawan-kawan kongsikan dengan kawan-kawan lain,
mudah. macam ni ye ;

"wei, cuba bukak blog uyaitusaya, tengok entry the invigilator, ada mesej untuk cikgu-cikgu, untuk kita!"

^_^ hehe. mudah kan?;)

oh, bukan cikgu/bakal cikgu pun takpe.
kenang balik masa cikgu praktikum masuk kelas.
ada yang kita suka, ada yang kita tak suka kan?
tapi bila dah habis tempoh praktikum,
tetap berebut nak tangkap gambar dan jamuan segala bagai.
nasib baik cikgu-cikgu praktikum upsi hothot.haha



ok. jom tonton filem pendek ni. ada zahiril adzim!





dapat?
walau apa jua situasi, hadapi, tangani dan selesaikan dengan bijak.
kita harus kreatif. bukan marah, bukan tengking, bukan mendesak.
ilmu pedagogi itu penting,
so belajar rajin-rajin.
dan good luck buat kawan-kawan yang bakal/sedang jalani praktikum.
buat diri saya juga. semester 5 :)
tengok cheryl kena hentam macam tu,
terus rasa syukur kita bakal ditugaskan di sekolah rendah.
hey, jangan selesa sangat,
lain pula karenah budak sekolah rendah,
nak-nak lagi dapat budak yang kena jentik pun tak boleh,
jangan tak tahu, budak-budak pun dah pandai melawan.
macam mana?;)

harus bijak, harus kreatif, harus pandai main peranan.

sekian dari saya,
yang melihat kerjaya guru suatu yang mencabar.
sangat mencabar. teramat mencabar.


ni bukan edit, tapi gambar ni memang rosak. haha








selitselit:
esok, bakal balik jitra, sambung mengaji kata opah. 
IPG Kampus Darulaman. senang-senang singgah la.
saya belanja roti canai maklang letak sambal lebih. :) air? ok. air sekali. order la. haha.
maka berakhir la cuti untuk tahun ni. 
selamat tinggal dunia yang selesa, selamat datang dunia yang penuh sifat berdikari.
selamat tinggal wireless 24jam, selamat datang broadband yang dah tak bayar 2 bulan.
maka, tiada lagi entry baru, sampai elaun masuk.

haha *gelakbesar*





mata pena,

17 comments:

anisyuhada said...

cikgu itu segalanya (:

awalnya balik.tak sabar nak praktikum? :D

Qaseh Ana said...

huhuhu..xmo praktikum..huhu..xmo dewasa..kih3..bajet kanak2..:p
btw,we can do it,uya!

uyaitusaya said...

ANIS : NAK PERGI DRAF RPH UNTUK SEBULAN PRAKTIKUM.HAHA

uyaitusaya said...

ANA : BIIZNILLAH! MOGA YANG TERBAIK UNTUK KITA SEMUA.:)

Singkongcing said...

satu kepuasaan baca blog akak ni. Semoga berjaya kak uya!. ;)

uyaitusaya said...

HAHA..KAMU NI KARTON LAA..CELAH MANA YANG PUAS TU..:p

sea_lavender said...

gud luck dgn life guru sbnr bakal dlalui~ mcm best kan.. =) pnh cite2 nk jadi lec..tapi sye ckp laju nti tak tertangkap my students hehe =D

snf said...

ha ha ha.terbaeklah entry.
harus bersemangat untuk tempuh semester 5.semoga 2012 onwards lebih baik.
selamt berpraktikum uya:-)
kalau ada kesempatan kita jumpa di karnival suakn zon utara ye:-) bagi lah IPG KPP plak yg menang bola jaring.hahahhahaa

uyaitusaya said...

BUAT AWAK JGK LAA...BAHASA PENJAJAH KATA 'GOOD LUCK'..HEHE.

MAIN KAT FELDA HARI TU LAST. TAK JUMPA DAH KOT KITA DENGAN BOLA JARING, TAK SERASI LAA..;) SEJARAH LA HARI TU COMBINE JADI SATU TEAM LAWAN NGAN FELDA. KALAU TAK KEJE DOK MUSUH JE KITA. HAHAHA

AmALiNa aFIqAh said...

semangat harus ada

walaupun rasa diri ni tak cukup ilmu lagi, tapi hopefully dapat wat yang terbaik untuk praktikum pertama ni.

mana tau leh jadi pemangkin untuk next praktikum.hee

semoga berjaya uya =)

uyaitusaya said...

KAN..RASA MACAM BELUM BERSEDIA..BANYAK LAGI NAK KENA BELAJAR..SEMESTER 5 PUN BELUM MASUK LAGI TAPI JANTUNG DAH DUPDAPDUPDAP LAIN MACAM..HAISSHH..;)

APA2PUN PENGAKAP KATA 'BUAT HABIS BAIK'HEHE

DeyLa Leo said...

Kenapa Gaji Cikgu Naik?
GAJI GURU NAIK 2012 : BUDGET 2012

Respon Orang yang TAK PUAS HATI :

1. Kerja cikgu ni senang.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN...

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK....

Ann Ishak said...

memang besar cabaran menjadi cikgu ni ye...

uyaitusaya said...

K.DIELA

WAA..COMMENT K.DIELA NI BOLEY BUAT ENTRY BARU! HEHE. NERVOUS LA NAK PRAKTIKUM..

uyaitusaya said...

ANN ISHAK

:) HARAPAN ; MOGA SEMUANYA BAIK-BAIK ^^

Mohd Asran said...

waaa.. menarinya short flm tu n entry pon interesting jugak.. :)
nk jadi cegu kene ikhlas..

uyaitusaya said...

BEST KAN ADA ZAHIRIL? EH? HAHAHA:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...