stay tune

Saturday, January 28, 2012

si miskin.

dia nampak pandai dalam ilmu,
tapi dia kelihatan jahil dalam ukhwah.
dia nampak sempurna berpakaian cantik,
tapi dia kelihatan cacat tanpa budi.
dia nampak gembira dengan harta,
tapi dia kelihatan sedih tanpa kasih sayang,
dia nampak kuat menidakkan rasa hati,
tapi dia kelihatan kalah bila disentuh perihal emosi,
sungguh,
dia hanya manusia yang kurang segala.








selitselit:
nampak tinggi, hakikatnya kerdil. 
angin malam ini benar-benar buat saya rasa rendah diri.








mata pena,

Wednesday, January 25, 2012

tolong. :')



mesej.
ye mesej.
tak kisah bagaimana bentuk sekalipun,
sms, chat, surat atau apa saja cara pun,
ia tetap sesuatu yang tak bernyawa,
atau nak kecil lagi, tak bernada, tak berperasaan.
maka, wujud lah pelbagai bentuk smiley yang digunakan
bagi menzahirkan riak yang sebenar,
agar tiada yang salah faham, tiada yang berkecil hati,
agar maksud yang ingin disampaikan tu, SAMPAI...:-)
haa..tengok, tengok.
saya baru je guna smiley yang berbentuk senyum ':-)',
menandakan awak-awak semua kena senyum lepas baca 'SAMPAI'. ^_^
ok. tu sengih pulak. teramat suka.kononnye. hehe.
berbalik pada mesej tadi. eh tak. smiley tadi.
hmmmm..mana-mana la yang sememangnya berkait,
saya tetap katakan, walau smiley ditambah sebagai pemudah cara,
kaedah ini masih tidak berkesan.
dalam komunikasi, kita perlukan intonasi dalam menyampaikan sesuatu mesej,
dan mesej tersebut punya perasaan untuk disampaikan.
mudah.
intonasi marah, kita tahu dia marah,
intonasi sedih, kita tahu dia sedih,
intonasi gembira, kita tahu dia gembira,
hatta, intonasi perli, kita tahu dia sedang memerli kita!
sampai :-) setuju?
dan saya,
punya masalah dalam apa jua bentuk komunikasi sekalipun.
kadang-kadang rasa macam nak duduk dalam gua je,
conteng-conteng dinding gua,
kalau itu yang membolehkan tiada siapa bakal
terasa hati atau tersalah faham dengan saya. :')



sekian,
-budak yang exam lisan dan penulisan dia tahap pemulihan muka sedih sebab baru lepas kena tegur dengan guru besar sebab gagal berkomunikasi dengan baik sebab tak pandai nak sampaikan mesej dengan betul sebab guru besar dah terasa hati, ok, sila posting saya masuk gua!




selitselitsatu:
perkataan-perkataan atau istilah-istilah yang digunakan 
kononnya nak beritahu, subjek elektif bm;-) 
dan tersampuk dengan cuti chinese new year 
yang kena buat esei 10ms dan 
arrghh betul ke sem ni kena praktikum.gelabah tak tentu pasal.

selitselitdua:
biasa kita guna " :-)
dan hari ni saya diminta untuk menjawab apa maksud " :') ".
tolong. saya punya masalah dalam komunikasi. 
dan seringkali saya rasa cukup berdosa 
kalau mempergunakan smiley bukan pada tempatnya. 
contohnya, saya sepatutnya :'( 
tapi saya menidakkan dengan :-) 
tapi tak berjaya menipu maka terzahirlah :')
poyo kan nak explain lebih-lebih. dush! mengada la kau ni uya.

selitselittiga:
apa lagi bentuk smiley ye?? 
tinggalkan dan kongsikan dengan saya. *_*
ok. ni muka penuh harapan.
beriye pon boleh kot. hehe. 
see, maksud tak berapa sampai dalam penulisan. face to face atau voice to voice la!-_-"








mata pena,

Tuesday, January 10, 2012

bangkit dengan gagah!

dek kerana entry semalam terasa amat sia-sia,
rasa bersalah membuang masa kepada yang membaca,
ini sajian rohani buat semua,
moga peroleh ilmu yang ingin dikongsikan. :)

pernah kita renung sebiji telur?
ok, kita ambil telur ayam jadi contoh ye.
bagi saya, kita perlu belajar sesuatu dari kebesaran Allah yang satu ini.
pernah terfikir tak, jika sebuah telur itu dipecahkan oleh kekuatan dari luar,
maka kehidupan di dalam telur akan berakhir.
Tapi......
Jika sebuah telur itu dipecahkan oleh kekuatan dari dalam,
maka kehidupan baru telah lahir. :)
dan hal-hal besar selalu bermula dari dalam.
Tuhan tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu sentiasa biru,
Bunga selalu mekar,
dan Matahari selamanya bersinar...
Tapi ketahuilah bahawa,
Dia akan sentiasa menganugerahkan pelangi di setiap hujan, 
Senyum di setiap air mata, 
Berkah di setiap cubaan, 
dan jawapan di setiap doa. 
ini kerana cinta buat kita bahagia,
masalah buat kita dewasa,
putus asa buat kita hancur,
usaha buat kita maju,
dan DOA buat kita KUAT.

buat diri saya yang terasa lelah dengan nafas yang tak teratur,

buat mereka-mereka yang terasa teraniaya dengan perbuatan-perbuatan manusia,
sila bangkit dengan gagah! dan terus berjuang. 
Hidup adalah tentangan, hadapilah.
Hidup adalah anugerah, terimalah. 

Hidup adalah pertandingan, menangkanlah.
Hidup adalah tugas, selesaikanlah. 
Hidup adalah cita-cita, capailah.
Hidup adalah misteri, singkapkanlah.
Hidup adalah kesempatan, ambillah.
Hidup adalah lagu, nyanyikanlah.
Hidup adalah janji, penuhilah.
Hidup adalah keindahan, berbahagialah.
Hidup adalah kemuliaan, berkaryalah.
Hidup adalah berkah, bersyukurlah.
Hidup adalah kekuatan, semangatlah.
 

hidup masih harus diteruskan :')

masih belum lambat nak mula balik kan? :) sama-sama jom! *muka semangat*


 
selitselit :
saya sayang mak saya.


mata pena,

Monday, January 9, 2012

seperti yang diduga.

penggunaan aku, maka baca bagi kasar sikit ye,
rentak pun kena laju-laju. lagak orang tak puas hati,
tapi terus terusan memujuk hati agar sabar, sabar, sabar,
agar syukur, syukur, SHUKOR.
dan yang tak tahu cerita, mungkin takkan faham entry ni.
maaf, ini entry yang hanya melepaskan perasaan.
saya manusia kan..

;)

tadi dapat result.
sumpah kecewa.
tapi yang paling aku kecewa,
air mata keluar depan mentor jugak,
tak tertahan-tahan.
melihat wajahnya kecewa,
aku seribu kali kecewa dari dia.
nak sejukkan hati,
result tu tak teruk mana,
tapi mungkin angka itu agak menurun,
maka lukanya terasa.
luka?
seperti yang diduga.
luka tu tak pulih sepenuhnya.
dendam? tak.
marah?sikit
sedih? ya.
kecewa? sangat...
paling tak aku cukup pulun untuk meluluskan apa yang gagal.
:')  ish..asal kat perodua service ni ada habuk!

uya..sabar..
uya..syukur..
uya..kelas kedua tinggi..ok la tu.

tragedi timah tasoh. pertemuan empat mata. dialog ringkas.
cukup buat aku tinggal segala dunia aku.
keluar dari zon selesa.
berusaha dan berusaha.
dan hasilnya begitu,
"lulus, teruskan pengajian"

Alhamdulillah.
eh, jap, sekarang aku macam confuse,
aku menangis kecewa ke aku menangis bersyukur?
:')
sungguh, result itu cuma alasan untuk aku bersedih sekarang.
yang paling kecewa, mungkin kepada diri sendiri,
masih tak dapat memaafkan dia.
tapi sekarang, kenapa aku macam menyalahkan orang lain??
arghhh! sumpah tak keruan.
tadi bawak kereta macam orang gila.
tak, aku tak fikir orang gila pandai bawak kereta.
haa, macam perempuan yang dah tak tahan nak bersalin.
ok tak jugak..aku bujang lagi ok..
hmm..macam orang tak faham konsep hidup macam roda.
ok, macam tak ada kaitan,
tapi aku dah malas nak pikir macam apa.
yang pasti, teruk.

tiba-tiba teringat cerita korea, stairway to heaven.
emak tiri yang jahat cakap kat anak kandung dia untuk kalahkan anak suami dia.
"dalam pertandingan, hanya ada tempat pertama dan kedua, dan yang kedua tu hanyalah seorang yang kalah."
ok.sekarang aku dah terpengaruh dengan filem.
tak boleh jadi macam ni.

bercakap perihal takdir bersama naqibah, katanya;
"kita tak tahu ujian yang bagaimana Allah nak turunkan,
boleh jadi, mungkin Allah berkehendak untuk menjadikan manusia tu lebih baik dari diri kita,
kita tak tahu kan? maafkanlah dia.."

kata manusia ajaib pulak,
"frust2 jugak, jangan terpesong akidah, jangan putus asa dengan rahmat Allah ye, rama-rama pun nak jadi cantik kena jadi ulat yang hodoh dulu tau.."

hmm..
encik doktor,
kalau ini penyakit, ada ubat untuk saya tak?
ada, nah slurpee.

ok. tipu.

kadang-kadang kita kat bawah, kadang-kadang kita kat atas, tapi tak mustahil kadang-kadang roda tu bergolek masuk lumpur. :p biasalah tu..kadang-kadang kita yang pertama, kadang-kadang kita yang kedua. :')
 


seperti yang saya kata pada awalnya.
entry ini hanya meluahkan perasaan. point-point yang ada pun berterabur.
maaf, jika terasa buang masa bagi yang membaca.
saya manusia kan?







selitselit :
ini, bagi penuntut IPG yang belum tahu.
  1. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Pertama; 3.80 - 4.00.
  2. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Kedua Tinggi; 3.60 - 3.79.
  3. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Kedua Rendah; 3.00 - 3.59
  4. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Ketiga; 2.00 - 2.59.
  5. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Tiada Kelas Langsung; 0.00 - 1.59.


ranking untuk posting juga berdasarkan ini. harus maklum.












mata pena,

Thursday, January 5, 2012

hari ke lima dua ribu dua belas

azam?

entah siapa yang memulakan trend,
kononnya tahun baru perlukan azam baru.
maka masing-masing buat senarai,
tak terkecuali diri.
misi 2011 langsung tak tercapai,
tercedera teruk,
dek kerana, tidak cukup hati-hati,
maka saya kecewa dengan diri.

pergilah duka,
hilanglah lara,
senyum, hidup, dan bergembiralah.
moga 2012 adalah pelangi buat diri.
buat kita.

*senyum*




azam?







selitselit:
malu dengan Rasulullah, dihina dikeji tapi baginda masih tak berputus asa.
saya yang baru hidup dua abad sudah berasa lelah. :(






mata pena,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...