stay tune

Wednesday, March 28, 2012

mandi.
segarkan badan.
tukar pakaian.
solat.
baring.
basahkan kain.
letak atas kepala.
tidur.







mata pena,

Monday, March 26, 2012

praktikum 1 ; kasih seorang ayah

hari ni, penat dia lain macam.
mata sentiasa panas.
dan aku rasa hari ni sekolah tu banyak sangat habuk.
merata-rata habuk.
sampai dah masuk dalam kereta.
mata d0k pedih jugak.
berabuk sambil drive sorang-sorang balik jitra.
sorang-sorang. buat aku rasa aku dah takde sapa2. ok. titik. laplap habuk kat mata. cukup uya.
Ya Allah..................
.......................................
..........................
mungkin semalam tidur hanya dua jam.
dan aku sebagai insan yang kuat tidur,
dua jam tu sangat la kejam.
tidur 3.30pagi dan 5.30pagi dah bangun buat apa yang patut.
aku tak tahu la kat mana yang silap pengurusan kali ini.
Allah nak uji, dalam d0k settle kan semua mengikut masa, kerja tetap bertimbun.
selesai satu datng satu. selesai satu datang satu.
lumrah apabila menjadi orang baru.
kononnya perlu banyak belajar, perlu mencuba segala, perlu menerima dengan rela.
semua itu agenda biasa.
dan minggu praktikum ni aku dah sumbat banyak kafein dalam badan.
sesuatu yang sangat pantang untuk tubuh aku sebenarnya.
gaya macam ambil dadah je kan? tak.. nescafe, kopi, teh, dah cukup kuat untuk aku,
dua jam memang amat-amat penat kalau dalam sehari mengajar empat waktu direct tanpa gap. diulang. direct tanpa gap.eleh, apa lah sangat. empat waktu je pun.oh, mungkin tak perasan ayat sebelum tu. dalam sehari. ok, sekarang, ulang balik baca. kalau awak-awak bukan sekapal dengan saya. jangan berani kata eleh. sungguh, awak-awak tak pernah tahu. situasi padang dan kelas yang berkerusi meja dan kipas berpusing laju tu amat amat lah lain cabarannya. dan aku tak berasa nak bercerita untuk itu.

danhariini.
.................................................................................................................




ok. aku rasa intro aku panjang sangat.
dan terlampau emosi.
hmm.....hari ni.
aku teringat ayah.
teringat sangat-sangat.
ok. aku rindu.






kasih seorang ayah.
cuti seminggu sebelum praktikum.
tiba-tiba ayah buat panggilan dari pejabat.
kata ayah, siapkan semua assignment,
hujung minggu kita balik kampung.
ayah ambil cuti.
tiba-tiba sangat.
maka hujung minggu tu bergerak lah kami ke perlis, kampung ayah.
masa dalam perjalanan baru aku tahu tujuan ayah yang sebenar.
terflashback balik segala cerita masa malam aku balik taiping.

praktikum bila mula?
naik cuti ni terus masuk sekolah..
dah tahu sekolah yang mana?
tahu...jauh sangat dari jitra, adik rasa macam nak balik kampung kat perlis ja..
takkan jauh sangat kot..
adik la rasa macam tu..tapi kawan-kawan yang lain lagi jauh..ada yang sampai penang..adik kira yang paling jauh antara kawan sekelas ja la..

dan hari itu, jumaat, 16 Mac, dalam perjalanan balik ke perlis, ayah membelok ke simpang nak masuk sekolah. aku dah pelik.

kenapa ayah singgah sekolah adik ni???
saja nak tengok..nanti adik nak mengajar kat sekolah macam mana..ni kawasan ni perkampungan Siam ni.. pasni sebulan terus boleh cakap Siam la...*ayah melawak* nampak sekolah ok ja..tu padang p0n nampak ok..tak dak papa la..boleh kot ngajar..

aku dah berair mata..ayahhhh...
rupanya masa ayah bawak dari rumah sewa kat jitra sampai sekolah. ayah set km, nak tengok berapa jauh jarak rumah ke sekolah tu.

tak dak la jauh mana pun..tapi nak kena keluar rumah awal la..pagi-pagi jalan sibuk, semua pakat kalut nak pergi kerja.. jangan dok bawak keta laju-laju macam selalu. beringat sikit. kadang-kadang kita bawak elok dah, tapi orang lain yang mai baleh nanti. keluar awal, tak payah dok berlumba dengan orang sapa sampai dulu plak.., ayah tepon maktam sat. ayah rasa dia ada rumah kot-kot ni.

sekali lagi aku sentap.. Ya Allah..sungguh aku cinta dan amat kasih pada ayah aku yang seorang ni. Ayah sentiasa nak kan yang terbaik untuk anak-anak dia. dan dia akan pastikan yang terbaik tu benar-benar terbaik! buktinya? nah, ayah dah sampai sekolah, semata-mata nak pastikan keselesaan aku nanti. T_T

maktam dah jual dah rumah dia. tak dak sapa jaga. tu yang dia jual terus. nak tukar kereta dengan ayah? sedap sikit nak gerak jauh.

ok.aku rasa ayah dah over sangat manjakan aku. aku tolak tawaran tu dengan baik. diam-diam aku tanam azam nak buat habis baik, segala-gala untuk ayah. itu belum lagi part, hari yang sama lepas singgah sekolah, lepas dah singgah makan tengah hari, lepas ayah dah selesai solat Jumaat, ayah terus ambil Ila kat arau. nak bawak jalan-jalan katanya. Ila jenuh segan. aku paksa jugak dia ikut. dan ayah terus pandu ke Padang Besar. ok. ni satu lagi benda pelik ayah buat. ayah bukan jenis shopping. bawak kami shopping pun jarang-jarang. sebab ayah tahu dah kami adik beradik+ mak sekali, akan over beli itu ini. dan ayah bukan jenis menolak bila kami minta. haha. dan keputusan ayah untuk bawak kami ke padang besar dengan rela hati, betul-betul bagi tanda tanya.

adik ingat nak bawak Ila balik rumah Tok. ayah nak beli apa kat padang besaq ni ayah?
ayah nak beli kelambu. tadi ayah baring kat depan rumah *merujuk rumah sewa kat jitra* siang-siang pun ada nyamuk. malam tidoq macam mana? pasni pasang kelambu la. ubat nyamuk tak payah dok guna, bukan elok sangat. satni dok bersin selesema plak. *merujuk aku yang memang pantang dengan ubat nyamuk*

............................wajar la kan aku jatuh cinta dengan ayah aku. cinta anak pada kasih ayahT_T

dan untuk semua tu.
atas apa yang jadi hari ini.
sangat-sangat la tak patut untuk aku call ayah semata-mata nak cakap
"budak-budak Siam tu tak paham p0n apa yang adik suruh depa buat......"
"budak-budak tu bueh sangat...."
"budak-budak tu suruh buat lompat bintang pon dok tak taw macam mana......"
dan sangat-sangat la tak patut untuk aku berputus asa walau itu yang aku rasa.
remeh sangat.
walau aku tahu ayah akan melayan semua cerita aku.
walau aku tahu last-last aku kantoi jugak dengan ayah dok menangis sebab menda kecik.

dan ini, minggu kedua. tolak cuti jumaat sabtu.
dah sepuluh hari budak-budak sapa aku..CIKGU~



ayah......





selitselitsatu:
tadi di'observe'.



selitselitdua:
mesej cepat-cepat padam balik.
call kejap-kejap cancel.tak jadi.
shuuhhhhhshuuuuuhhhhhh. :'(
kau itu hanya dosa buat dia.






mata pena,

Tuesday, March 20, 2012

lolipop : i love u #1

bila ditanya kenapa perlis,
aku jawab;
"sebab kat sana ada nyawa yang aku sayang melebihi nyawa aku sendiri".


2007

selamat hari lahir kesayangan.
tolong jangan hilang.








selitselitsatu :
teringat. shuhhhshuhhh. 
spider.tapi bagaimana :')
ok. kelakar.
dia tak ingat kau pun uya.ha.ha.


selitselitdua :
praktikum. maka, sibuknya lain macam.
buat-buat sibuk p0n ye.
keluar gelap, balik gelap.
maka uyaitusaya hibernate buat seketika.










mata pena,

Thursday, March 15, 2012

physical education :)

“Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk.)


Islam tidak pernah menolak sebarang bentuk aktiviti sukan.
Malah Islam sangat menggalakkan umatnya bersukan.
Sebagai suatu aktiviti riadah yang menyihatkan. 
Rasulullah s.a.w turut menganjurkan umatnya menyertai aktiviti sukan,
sebagai suatu aktiviti senaman yang paling mujarab.

Islam agama syumul.
sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal umatnya.
disamping menjaga hubungannya dengan Pencipta Yang Maha Agung. 
Walau bagaimanapun, Islam turut menetapkan beberapa syarat dan peraturan
yang perlu digunapakai sebagai rujukan 
dalam menjana setiap gerak-geri umatnya 
bertujuan agar tidak terpesong daripada ajaran Islam yang hakiki.

Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam aktiviti sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya.

Manakala aurat bagi seorang lelaki Islam pula ialah dari pusat hingga ke lutut. Justeru, selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka, tidaklah menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita mahupun lelaki melibatkan diri mereka di dalam aktiviti sukan.




selitselit:
guru pj, sila take note.
kerna seluruh perbuatan kita adalah ibadah.
selagi mana kita mengikut syariatnya.
sungguh, dakwah itu luas,
bukan hanya di dalam surau.
memori;kejohanan olahraga negeri-tika coach hanya buat-buat tak nampak bila atlit buka aurat, malah memuji T_T

selitselitdua:
esok-pulang ke jitra:')




mata pena,

Wednesday, March 14, 2012

membara!

benar,
awalnya hidup itu tangisan,
dan yang sekelilingnya tersenyum senang.
padat warna nyawa dan satu dua rasa.
Setiap saat dan setiap sudut aku, pelangi.
Gambaran hiruk piruk syurga duniawi.
indah.

Hairan.
hai,
ran.
Dari mana datangnya syaitan yang menghasut ke Jahannam??
Dan pagi aku teresak-esak lalu terhumban.
gelap.

Apa guna mengharap pada sesuatu yang sememangnya sudah terlalu mabuk untuk kau halalkan?!!
Mana makna sesuatu yang sudah termaktub yang ia bukanlah syurga?!!
Siapa iblis yang kau lontar sedang tangan kau masih berselubung takut berbalut ragu?!!
Dan bila semuanya akan tiba di penghujung sedang kau masih teragak-agak untuk meletak nisan?!!

Jiwa mati sudah terlalu lama mati.
Jiwa hidup belum tentu bernadi.
Jiwa aku jiwa tanpa hati.
Jiwa kau jiwa seutas tali.

10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
apa mungkin kau letakkan 0.8? 0.7?
atau apa-apa sahaja perpuluhan yang kau inginkan?
Tangis!
Selagi mana itu yang kau taruhkan.
Tawa!
Selagi mana itu terlalu gampang.

Selagi mana.
Selagi.
Mana.

Tapi kata itu akan tetap menjadi terlalu kata.
hingga akhir terus terpadam.




untuk berhenti dan mengeluh adalah mustahil, kerna kau sampai mati perlu habiskan.




selitselit :
"hidup adalah peperangan, berjuanglah!"
pelik, semangat lain macam malam ni-_-" maaf2.

Sunday, March 11, 2012

Thursday, March 8, 2012

kosong. jangan baca.

lega. sikit. tak banyak. tak banyak lega sebab dalam kepala fikir macam-macam. rasa berterabur semua benda.lega sebab assignment dah makin kurang. makin kurang maksudnya masih ada lagi. satu kena siapkan dalam tempoh cuti ni. satu lagi kena siapkan dalam tempoh praktikum. praktikum? ok. part ni yang buat lega jadi tak banyak. rabu lepas ada taklimat praktikum. ustaz asri pesan, betulkan niat nak pergi praktikum. ting! dan aku baru tersedar, aku sangat kosong. tak terniat apa2. kosong, sangat kosong. tak macam nak pergi sbe dulu, macam-macam dalam kepala. haishh~ tak tahu la. aku rasa aku patot pasang niat. yep, aku patut pasang niat, biar apa yang aku buat nanti jadi ibadah, tak gitu?

sekolah pertama aku bakal berkhidmat. jangan tanya apa aku rasa.


hari ni rasa cergas. mungkin sebab hidung dah tak selesema, badan dah tak panas, tekak dah tak sakit. aku dah sihat! yeaahh!! rasanya ini la demam yang aku tak reti duduk diam, tetap ke hulu ke hilir tanpa hirau kepala berpusing-pusing pening. nak-nak lagi bulan ni jugak aku banyak keluar masuk hospital. bukan sebab aku yang masuk hospital, tapi orang-orang keliling aku. bau hospital tak membina langsung. lagi sakit kepala ada. tapi syukur la, sebab aku rasa aku dah lama sangat tak buat scene jatuh-jatuh pengsan tengah orang ramai. lepas je solat asar tadi terus meroyan nak cabut rumput kat laman rumah. nak peluh-peluh la konon. agak terseksa bila demam masa musim assignment, sebab nak letak kepala pun rasa tak sedap hati bila fikir ada banyak lagi kerja nak kena selesaikan. tapi hanyut jugak bila migrain datang. migrain? aku baru tersedar, dah lama aku tak makan coklat...sedapnyaaaa....

asal penulisan aku dah macam tulis diari? tak style langsung. sebab dah tak ada orang nak dengar cerita aku kot. ke sebab aku dah hilang deria nak bercerita dengan orang?apa aku nak cerita sebenarnya ni?
hmm. aku rasa aku belum cukup kebal. sebab aku rasa tak ada lagi gangster yang cabut rumput kat laman rumah sambil mata berair. lain kali jangan pandai-pandai panggil kalau tahu tak boleh nak berhadapan. sekian~




selitselit:
terharu bila amer aka betong yang jarang-jarang bersembang tu,
 tiba-tiba datang masa dalam dewan "uya, selamat hari wanita sedunia :')"



mata pena,

Saturday, March 3, 2012

kau blur la uya.

korang pernah tak satu hari tu korang transform jadi super duper blur? blur sampai segala jenis mesej yang  dihantar ke otak, korang tak boleh hadam dengan betul. korang tak boleh cerna maklumat-maklumat tu menjadi kepingan buah fikiran yang logik. korang blur sampai orang sekeliling rasa nak bagi penampar je bila tengok muka korang. saya pernah. dan saya hampir-hampir makan penampar tangan sendiri. ralat dengan kecuaian diri. geram dengan kemalasan diri. marah dengan kelembapan diri. blur.

blur satu.
asrama ada empat tingkat. nak naik bilik lama di tingkat dua ambil barang untuk dipindahkan ke rumah sewa. naik tangga sampai di depan pintu bilik, tengok kasut-kasut yang tersusun tu macam tak pernah nampak. mungkin kawan roomate ada datang. ketuk. masuk. ok uya, kau salah bilik. tu bukan bilik kau. dan tu bukan tingkat dua! kau sekarang ada kat tingkat tiga. muka tak bersalah, minta maaf dan keluar balik tanpa menghiraukan tuan bilik yang tak dikenali. rasanya junior. turun. sampai depan pintu bilik, kali ini agak confident terus buka pintu. fine. kau salah bilik lagi. kau dah turun tingkat1! uya!!!!!!!!!! kenapa susah sangat untuk kau sampai ke tingkat dua! apa yang kau fikir masa naik tangga? entah.

blur dua.
selasa. pagi tu kau kena ada di padang jam 7.15. kau kena 'bersarapan' lima pusingan sebelum kau ikut kelas macam biasa 7.30pagi. kau memang betul-betul kena datang awal sebab encik yus memang suka marah jerit-jerit bagi semua orang pandang kau sambil mata diorang kata 'boo uya, loser, padan muka kena marah, boo'. dan pagi tu kau betul-betul-betul-betul awal. tapi kau cari kunci kereta kau tak jumpa. merata kau cari. sampai kau rasa kau patut berlari je pergi ipda. kau hampir-hampir menangis sebab kau dah mati akal tak tau nak cari kunci tu kat mana. dan kau mula sumpah-sumpah diri kau sebab kau memang sangat-sangat pelupa. akhirnya kau ambil keputusan untuk keluar rumah. ok. dah keluar. kau bertekad untuk minta tolong jiran kau yang baru balik dari hantar anak dia pergi pra sekolah untuk hantar kau pulak. kau buat muka sweet. "k.lela...." dalam masa yang sama kau terpandang che vee aka kereta yang dah kehilangan kunci tu dan kau terpandang kunci yang elok terletak kat stering kereta! "ye.." "eh, takda pa..k.lela dari mana ni..." masa tu kau macam nak hentuk-hentuk kepala kau kat tayar kereta. apa yang kau fikir masa keluar dari kereta semalam? entah.

blur tiga.
pagi tu memang lain macam. tak. minggu ni memang lain macam. tak. bulan ni memang lain macam. kau buat benda yang paling kau benci. iaitu kau sibuk sampai kau lupa keadaan sekeliling. mak kau call dengan nada sedih tanya kenapa dah seminggu tak dengar khabar. mak kau bagi tahu, ayah kau sakit. kau keluar rumah drive ke ipda dalam keadaan senyap tanpa bunyi. kau tak riuh-riuh macam selalu. kau tak on radio dan kutuk-kutuk lagu yang kau tak suka. kau diam. kawan-kawan kau yang sebumbung pun kena diam. dapat aura negatif dari kau. dalam aura masih lagi negatif, kau dapat tau sir kau dah takda. "nanti saya tak jumpa uya dah.." ayat tu je yang tergiang-giang menjadikan satu lagi punca kau jadi diam. masa ni sape-sape yang buat lawak pun boleh makan penampar dengan kau. kau langsung tak berfungsi. sape-sape tengok muka kau masa ni memang akan sakit hati. kau drive ke shell tok isi minyak. lama. tak penuh-penuh. kau dah nak naik hantu. rupa-rupanya kau hanya letak pam tu kat tempat isi minyak tapi kau tak tekan bagi minyak keluar. apa yang kau fikir masa tu uya? entah.

dan keadaan tu berterusan hingga ke hari ini. hingga kerja-kerja kau tertangguh. hingga kau hilang caj-caj positif. hingga kau sakitkan manusia-manusia keliling kau. hingga kau kecewakan manusia ajaib kau. hingga kau dah takde sapa-sapa dah sekarang. tahniah.

si blur memainkan wataknya. menjalani hari-hari dengan kosong. sibuk. serabut. mahu pulang!!!




selitselit :
nak berenti belajar. nak duduk sebelah ayah. boleh? :'(






mata pena,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...