stay tune

Saturday, March 3, 2012

kau blur la uya.

korang pernah tak satu hari tu korang transform jadi super duper blur? blur sampai segala jenis mesej yang  dihantar ke otak, korang tak boleh hadam dengan betul. korang tak boleh cerna maklumat-maklumat tu menjadi kepingan buah fikiran yang logik. korang blur sampai orang sekeliling rasa nak bagi penampar je bila tengok muka korang. saya pernah. dan saya hampir-hampir makan penampar tangan sendiri. ralat dengan kecuaian diri. geram dengan kemalasan diri. marah dengan kelembapan diri. blur.

blur satu.
asrama ada empat tingkat. nak naik bilik lama di tingkat dua ambil barang untuk dipindahkan ke rumah sewa. naik tangga sampai di depan pintu bilik, tengok kasut-kasut yang tersusun tu macam tak pernah nampak. mungkin kawan roomate ada datang. ketuk. masuk. ok uya, kau salah bilik. tu bukan bilik kau. dan tu bukan tingkat dua! kau sekarang ada kat tingkat tiga. muka tak bersalah, minta maaf dan keluar balik tanpa menghiraukan tuan bilik yang tak dikenali. rasanya junior. turun. sampai depan pintu bilik, kali ini agak confident terus buka pintu. fine. kau salah bilik lagi. kau dah turun tingkat1! uya!!!!!!!!!! kenapa susah sangat untuk kau sampai ke tingkat dua! apa yang kau fikir masa naik tangga? entah.

blur dua.
selasa. pagi tu kau kena ada di padang jam 7.15. kau kena 'bersarapan' lima pusingan sebelum kau ikut kelas macam biasa 7.30pagi. kau memang betul-betul kena datang awal sebab encik yus memang suka marah jerit-jerit bagi semua orang pandang kau sambil mata diorang kata 'boo uya, loser, padan muka kena marah, boo'. dan pagi tu kau betul-betul-betul-betul awal. tapi kau cari kunci kereta kau tak jumpa. merata kau cari. sampai kau rasa kau patut berlari je pergi ipda. kau hampir-hampir menangis sebab kau dah mati akal tak tau nak cari kunci tu kat mana. dan kau mula sumpah-sumpah diri kau sebab kau memang sangat-sangat pelupa. akhirnya kau ambil keputusan untuk keluar rumah. ok. dah keluar. kau bertekad untuk minta tolong jiran kau yang baru balik dari hantar anak dia pergi pra sekolah untuk hantar kau pulak. kau buat muka sweet. "k.lela...." dalam masa yang sama kau terpandang che vee aka kereta yang dah kehilangan kunci tu dan kau terpandang kunci yang elok terletak kat stering kereta! "ye.." "eh, takda pa..k.lela dari mana ni..." masa tu kau macam nak hentuk-hentuk kepala kau kat tayar kereta. apa yang kau fikir masa keluar dari kereta semalam? entah.

blur tiga.
pagi tu memang lain macam. tak. minggu ni memang lain macam. tak. bulan ni memang lain macam. kau buat benda yang paling kau benci. iaitu kau sibuk sampai kau lupa keadaan sekeliling. mak kau call dengan nada sedih tanya kenapa dah seminggu tak dengar khabar. mak kau bagi tahu, ayah kau sakit. kau keluar rumah drive ke ipda dalam keadaan senyap tanpa bunyi. kau tak riuh-riuh macam selalu. kau tak on radio dan kutuk-kutuk lagu yang kau tak suka. kau diam. kawan-kawan kau yang sebumbung pun kena diam. dapat aura negatif dari kau. dalam aura masih lagi negatif, kau dapat tau sir kau dah takda. "nanti saya tak jumpa uya dah.." ayat tu je yang tergiang-giang menjadikan satu lagi punca kau jadi diam. masa ni sape-sape yang buat lawak pun boleh makan penampar dengan kau. kau langsung tak berfungsi. sape-sape tengok muka kau masa ni memang akan sakit hati. kau drive ke shell tok isi minyak. lama. tak penuh-penuh. kau dah nak naik hantu. rupa-rupanya kau hanya letak pam tu kat tempat isi minyak tapi kau tak tekan bagi minyak keluar. apa yang kau fikir masa tu uya? entah.

dan keadaan tu berterusan hingga ke hari ini. hingga kerja-kerja kau tertangguh. hingga kau hilang caj-caj positif. hingga kau sakitkan manusia-manusia keliling kau. hingga kau kecewakan manusia ajaib kau. hingga kau dah takde sapa-sapa dah sekarang. tahniah.

si blur memainkan wataknya. menjalani hari-hari dengan kosong. sibuk. serabut. mahu pulang!!!




selitselit :
nak berenti belajar. nak duduk sebelah ayah. boleh? :'(






mata pena,

16 comments:

anisyuhada said...

Semoga cepat kembali macam Kak Uya yang sebelum blur (:

shazatul shifaa zulaikha zulkifli said...

kak , shipa ada ? shipa xde jual kt sini dik :P

btw , muka kau dalam gambar tu siryes mcm mintak penampar aku :P

uyaitusaya said...

ANIS : SEMOGA SEMANGAT MASIH SUDI SINGGAH DALAM DIRI.

uyaitusaya said...

SHIFAA : HAHA. KAN. AKU PARAH SEKARANG WEH.

Mawar Hina said...

salam uya. cari kembali caj positif tu ya. hehe, ngatif mmg tetapkn ada. terus kuat uya! moga ayah cepat pulih.

uyaitusaya said...

AMIN....TERIMA KASIH!:')

snf said...

anak ayah rupanya uya.ehhehehe.goodluck praktikum.nt jgn blur2 dah:-)

uyaitusaya said...

ANAK AYAH NGAN MAK..:')

WuMing said...

Lain kali..nak Blur macam mana, sibuk macam mana...

Ibu bapa kena selalu berhubung...

Mereka sentiasa merindui anak mereka

uyaitusaya said...

KAN...MY BAD... :'(

Romeo Laut said...

memang tak salah lagi. Rodiyah. aku tak ingat macam mana ejaan betul nama kau. tapi memang aku yakin ko la ni. sesat larat dalam blog tapi jumpa bdak2 smka sr yg baik2.. bagus2..

uyaitusaya said...

MAAF, TAPI NI SAPE?

Romeo Laut said...

aku eddie. smka sr 03-05.. rasanya kau tahu.

uyaitusaya said...

OWH..EDDIE..INGAT2..:) TERIMA KASIH SUDI ZIARAH.

Romeo Laut said...

hahah. ajaib anda ingat.. rasa-rasa kalau senang, tengok2 aku kat blog aku. tq.

Ryu on ahsfantasy24.com said...

blur ni selalunya comel :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...