stay tune

Thursday, March 15, 2012

physical education :)

“Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk.)


Islam tidak pernah menolak sebarang bentuk aktiviti sukan.
Malah Islam sangat menggalakkan umatnya bersukan.
Sebagai suatu aktiviti riadah yang menyihatkan. 
Rasulullah s.a.w turut menganjurkan umatnya menyertai aktiviti sukan,
sebagai suatu aktiviti senaman yang paling mujarab.

Islam agama syumul.
sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal umatnya.
disamping menjaga hubungannya dengan Pencipta Yang Maha Agung. 
Walau bagaimanapun, Islam turut menetapkan beberapa syarat dan peraturan
yang perlu digunapakai sebagai rujukan 
dalam menjana setiap gerak-geri umatnya 
bertujuan agar tidak terpesong daripada ajaran Islam yang hakiki.

Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam aktiviti sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya.

Manakala aurat bagi seorang lelaki Islam pula ialah dari pusat hingga ke lutut. Justeru, selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka, tidaklah menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita mahupun lelaki melibatkan diri mereka di dalam aktiviti sukan.




selitselit:
guru pj, sila take note.
kerna seluruh perbuatan kita adalah ibadah.
selagi mana kita mengikut syariatnya.
sungguh, dakwah itu luas,
bukan hanya di dalam surau.
memori;kejohanan olahraga negeri-tika coach hanya buat-buat tak nampak bila atlit buka aurat, malah memuji T_T

selitselitdua:
esok-pulang ke jitra:')




mata pena,

12 comments:

Romeo Laut said...

Aku setuju bab aurat ni. Lelaki jarang-jarang buka aurat. Kalau di tempat kerja, boleh tengok takkan ada lelaki pakai seluar pendek. Tapi perempuan, segala jenis skirt, kain belah, macam-macam la. Susah nak cakap. Tapi bab gambar kau yang nampak tak cukup makan tu, ada sikit problem. Bila kau nak besar? Melidi dari zaman satu sekolah lagi. Hahah.

uyaitusaya said...

TAPI KALAU KAT PADANG, LELAKI DAN PEREMPUAN MASING-MASING BUAT-BUAT LUPA AURAT TAKAT MANA ;@

DAN YANG LAST TU, PERLU KE KO COMMENT JUGAK -_-" HA-HA.

Romeo Laut said...

Satu lagi. Ayat bawah gambar tu, 'jika bertengkar, dia melampau-lampau (guna kata kesat dan kasar)..' Ciri-ciri sebelum tu aku selalu dengar, tapi yang bab bertengkar tu, tak tahu. Cetek pengetahuan sikit. Sila beri tunjuk ajar untuk ayat tersebut. Segala kerjasama dari pihak puan didahulukan dengan ucapan terima kasih beriringan dengan sekalung penghargaan.

-Dari Eddie, isteri dan anak-anak. Hahahah.

uyaitusaya said...

EDDIE, UNTUK MENGUPAS HADIS SUNGGUH LA DIRI NI BUKAN LA SAPE2..TAPI SEDIKIT PERKONGSIAN DARI PENGETAHUAN YANG TAK SEBERAPA NI. HADIS TU DIPETIK DARI TERJEMAHAN SALIH MUSLIM;KITAB IMAN. DIRIWAYATKAN OLEH ABDULLAH B AMRU R.A.
DAN MUNGKIN Y BIASA EDDIE DENGAR TU DIRIWAYATKAN OLEH ABU HURAIRAH R.A. INI BUKANLAH TA'ARUDH (PERCANGGAHAN) KERANA KEDUANYA MASIH MENGGARISKAN PERKARA YANG SAMA.

RALAT TAK LETAK SUMBER-SYUKRAN!

-DARI SAYA, YANG MASIH LAGI "CIK" :p

Mizz ErMa said...

hehehe..sempat lagi berselit2 macam tu..=P tapi tu lah, mmg betul pon apa yg tuan belog perkatakan itu..=)

EruzuLiyana said...

kak uyaaa selamat berpraktikum kum kum :')

Izyan Syuhada (",) said...

akak, camana edit gambar tuhh? hehe *tader kaitan. HAHA

uyaitusaya said...

ERMA :

:)SAMA-SAMA KITA BETULKAN APA YANG TAK BETUL.

uyaitusaya said...

LIYANA :

SELAMAT BER BIGGGGGGGGGGGGG.. ;) SILA JANGAN AMALKAN BERSEMBANG SAMPAI LEWAT MALAM PASTU ESOKNYA BUAT LIAT NAK BANGUN :p

uyaitusaya said...

WAN

DULU KELAS EN MAHDFUZ TIDO EH??? :p

Ryu on ahsfantasy24.com said...

dear!
ngajar PJ dajah brape?
kite pun ngajar pj gak, minor. huk3

uyaitusaya said...

DARJAH 4, 5, 6,
SEMUA TUJUH KELAS..
:')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...