stay tune

Monday, March 26, 2012

praktikum 1 ; kasih seorang ayah

hari ni, penat dia lain macam.
mata sentiasa panas.
dan aku rasa hari ni sekolah tu banyak sangat habuk.
merata-rata habuk.
sampai dah masuk dalam kereta.
mata d0k pedih jugak.
berabuk sambil drive sorang-sorang balik jitra.
sorang-sorang. buat aku rasa aku dah takde sapa2. ok. titik. laplap habuk kat mata. cukup uya.
Ya Allah..................
.......................................
..........................
mungkin semalam tidur hanya dua jam.
dan aku sebagai insan yang kuat tidur,
dua jam tu sangat la kejam.
tidur 3.30pagi dan 5.30pagi dah bangun buat apa yang patut.
aku tak tahu la kat mana yang silap pengurusan kali ini.
Allah nak uji, dalam d0k settle kan semua mengikut masa, kerja tetap bertimbun.
selesai satu datng satu. selesai satu datang satu.
lumrah apabila menjadi orang baru.
kononnya perlu banyak belajar, perlu mencuba segala, perlu menerima dengan rela.
semua itu agenda biasa.
dan minggu praktikum ni aku dah sumbat banyak kafein dalam badan.
sesuatu yang sangat pantang untuk tubuh aku sebenarnya.
gaya macam ambil dadah je kan? tak.. nescafe, kopi, teh, dah cukup kuat untuk aku,
dua jam memang amat-amat penat kalau dalam sehari mengajar empat waktu direct tanpa gap. diulang. direct tanpa gap.eleh, apa lah sangat. empat waktu je pun.oh, mungkin tak perasan ayat sebelum tu. dalam sehari. ok, sekarang, ulang balik baca. kalau awak-awak bukan sekapal dengan saya. jangan berani kata eleh. sungguh, awak-awak tak pernah tahu. situasi padang dan kelas yang berkerusi meja dan kipas berpusing laju tu amat amat lah lain cabarannya. dan aku tak berasa nak bercerita untuk itu.

danhariini.
.................................................................................................................




ok. aku rasa intro aku panjang sangat.
dan terlampau emosi.
hmm.....hari ni.
aku teringat ayah.
teringat sangat-sangat.
ok. aku rindu.






kasih seorang ayah.
cuti seminggu sebelum praktikum.
tiba-tiba ayah buat panggilan dari pejabat.
kata ayah, siapkan semua assignment,
hujung minggu kita balik kampung.
ayah ambil cuti.
tiba-tiba sangat.
maka hujung minggu tu bergerak lah kami ke perlis, kampung ayah.
masa dalam perjalanan baru aku tahu tujuan ayah yang sebenar.
terflashback balik segala cerita masa malam aku balik taiping.

praktikum bila mula?
naik cuti ni terus masuk sekolah..
dah tahu sekolah yang mana?
tahu...jauh sangat dari jitra, adik rasa macam nak balik kampung kat perlis ja..
takkan jauh sangat kot..
adik la rasa macam tu..tapi kawan-kawan yang lain lagi jauh..ada yang sampai penang..adik kira yang paling jauh antara kawan sekelas ja la..

dan hari itu, jumaat, 16 Mac, dalam perjalanan balik ke perlis, ayah membelok ke simpang nak masuk sekolah. aku dah pelik.

kenapa ayah singgah sekolah adik ni???
saja nak tengok..nanti adik nak mengajar kat sekolah macam mana..ni kawasan ni perkampungan Siam ni.. pasni sebulan terus boleh cakap Siam la...*ayah melawak* nampak sekolah ok ja..tu padang p0n nampak ok..tak dak papa la..boleh kot ngajar..

aku dah berair mata..ayahhhh...
rupanya masa ayah bawak dari rumah sewa kat jitra sampai sekolah. ayah set km, nak tengok berapa jauh jarak rumah ke sekolah tu.

tak dak la jauh mana pun..tapi nak kena keluar rumah awal la..pagi-pagi jalan sibuk, semua pakat kalut nak pergi kerja.. jangan dok bawak keta laju-laju macam selalu. beringat sikit. kadang-kadang kita bawak elok dah, tapi orang lain yang mai baleh nanti. keluar awal, tak payah dok berlumba dengan orang sapa sampai dulu plak.., ayah tepon maktam sat. ayah rasa dia ada rumah kot-kot ni.

sekali lagi aku sentap.. Ya Allah..sungguh aku cinta dan amat kasih pada ayah aku yang seorang ni. Ayah sentiasa nak kan yang terbaik untuk anak-anak dia. dan dia akan pastikan yang terbaik tu benar-benar terbaik! buktinya? nah, ayah dah sampai sekolah, semata-mata nak pastikan keselesaan aku nanti. T_T

maktam dah jual dah rumah dia. tak dak sapa jaga. tu yang dia jual terus. nak tukar kereta dengan ayah? sedap sikit nak gerak jauh.

ok.aku rasa ayah dah over sangat manjakan aku. aku tolak tawaran tu dengan baik. diam-diam aku tanam azam nak buat habis baik, segala-gala untuk ayah. itu belum lagi part, hari yang sama lepas singgah sekolah, lepas dah singgah makan tengah hari, lepas ayah dah selesai solat Jumaat, ayah terus ambil Ila kat arau. nak bawak jalan-jalan katanya. Ila jenuh segan. aku paksa jugak dia ikut. dan ayah terus pandu ke Padang Besar. ok. ni satu lagi benda pelik ayah buat. ayah bukan jenis shopping. bawak kami shopping pun jarang-jarang. sebab ayah tahu dah kami adik beradik+ mak sekali, akan over beli itu ini. dan ayah bukan jenis menolak bila kami minta. haha. dan keputusan ayah untuk bawak kami ke padang besar dengan rela hati, betul-betul bagi tanda tanya.

adik ingat nak bawak Ila balik rumah Tok. ayah nak beli apa kat padang besaq ni ayah?
ayah nak beli kelambu. tadi ayah baring kat depan rumah *merujuk rumah sewa kat jitra* siang-siang pun ada nyamuk. malam tidoq macam mana? pasni pasang kelambu la. ubat nyamuk tak payah dok guna, bukan elok sangat. satni dok bersin selesema plak. *merujuk aku yang memang pantang dengan ubat nyamuk*

............................wajar la kan aku jatuh cinta dengan ayah aku. cinta anak pada kasih ayahT_T

dan untuk semua tu.
atas apa yang jadi hari ini.
sangat-sangat la tak patut untuk aku call ayah semata-mata nak cakap
"budak-budak Siam tu tak paham p0n apa yang adik suruh depa buat......"
"budak-budak tu bueh sangat...."
"budak-budak tu suruh buat lompat bintang pon dok tak taw macam mana......"
dan sangat-sangat la tak patut untuk aku berputus asa walau itu yang aku rasa.
remeh sangat.
walau aku tahu ayah akan melayan semua cerita aku.
walau aku tahu last-last aku kantoi jugak dengan ayah dok menangis sebab menda kecik.

dan ini, minggu kedua. tolak cuti jumaat sabtu.
dah sepuluh hari budak-budak sapa aku..CIKGU~



ayah......





selitselitsatu:
tadi di'observe'.



selitselitdua:
mesej cepat-cepat padam balik.
call kejap-kejap cancel.tak jadi.
shuuhhhhhshuuuuuhhhhhh. :'(
kau itu hanya dosa buat dia.






mata pena,

11 comments:

anisyuhada said...

teruskan berjuang kak uya! :D

uyaitusaya said...

HADOI~~~

Muna said...

terharu la -_-"
kak uya, kuat yek! Mun dah habis belajar dah ni.. jauh lg perjalanan.. cuak plak baca cerita akak ni. Pisah ngan family pi bljr kat srwk pun seminggu orientasi dok nges senyap2 :p haha..

uyaitusaya said...

DAH NAIK KELIRU APA MAKNA KUAT T_T

Mizz ErMa said...

switnya ayah tuan belog..da berjaya nanti, kita balas kaw2 jasa ibu bapa kita k..=)

uyaitusaya said...

WAJIB!:')

sYaMiL HaTtA said...

Kuat ingatan awk..huhuhu
saya suke cerita awk (^_^)

Mawar Hina said...

terima kasih uya atas perkongsian...

uyaitusaya said...

SYAMIL & MAWAR ;

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN :')

sYaMiL HaTtA said...

http://www.eperjuangan.com/2012/05/warkah-buat-ibu.html

baca artikel dari link nie (^_^)

kem salam kt akhi abdullah..

Bas Norizan said...

salam uya..abbas ni hehe ingat lg x... dua pupu masa skola idrisiah hehe lama xdengaq cite :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...