stay tune

Thursday, April 19, 2012

semangat tahi ayam

korang ada plan cantik sangat.semua benda susun dengan bagus. korang nak buat tu, korang nak buat ni. korang nak siapkan tu, korang nak siapkan ni, korang nak dapatkan tu, korang nak dapatkan ni. korang nak pulun tu, korang nak pulun ni, korang nak bolot tu, korang nak bolot ni,  last-last...
takde satu pun yang korang buat. takpun dalam sepuluh tu, setengah pun dalam 50/50 baru nak capai.

pernah?


sebab tu islam galakkan kita buat apa pun biar besederhana, biar sikit, asal istiqamah. itu Allah lebih suka.










seliselit:
praktikum fasa satu dah seminggu habis.
tanggal 'nametag' cikgu, pakai 'nametag' pelajar.
sedar diri cepat!



kerja memang takkan habis. tak tipu.








mata pena,

Wednesday, April 11, 2012

praktikum 1 # bukan hari aku

hari ni, hari cuti.
tapi aku rasa hari aku sorang je yang cuti.
orang sekeliling semua sibuk. SEMUA.
rasa kelakar sebab aku sorang je yang beriye cuti.
memandangkan semua orang sibuk dengan aktiviti masing-masing,
aku pun menyibukkan diri,
tak best la cuti sorang2 kan!:')
jom kerja.
aku keluarkan buku nota praktikum,
tak cukup tu, aku keluarkan jugak buku pengajaran harian.
buku yang dah sebulan aku usung ke hulu ke hilir,
dah sebulan aku conteng macam-macam benda,
dah sebulan aku naik muak bila tiap-tiap malam tulis pengajaran harian.
aku selak satu-satu,
aku baca satu-satu,
aku fikir satu-satu,
aku renung satu-satu,
 wah! aku dah paksa otak aku untuk bekerja!
aku rasa sibuk sekarang,
jangan sapa-sapa berani ganggu aku!





















hmmm..
melalui pemerhatian aku yang satu-satu tadi,
satu soalan yang tak pernah hilang dari dulu,
"boleh ke aku jadi cikgu?"
buku rekod pengajaran tu,
aku ulang balik baca,
SATU-SATU.
hari ni, betul-betul bukan hari aku.
sedih. titik.






selitselit :
yang kita nak jauh, datang makin hari makin dekat.
yang kita nak dekat, jauh.jauh.jauh.
dan ini, bukan kata-kata kosong.





si Ali-kelantan pekat, si syukri-garang tahap terberak, si Ling-gosip dan kawen, si Hazwan-ustaz pj, si Latiffi-mata senyum. PASTI RINDU!

haha. ini dari Maytha (6) -anak murid berbangsa Siam. :)







mata pena,

Sunday, April 8, 2012

kalau dia bukan jodohku, jodohkanlah jugak ;)



haha.
blogwalking.

rasa lawak.
tapi dalam masa yang sama sangat hormat dengan kesungguhan yang terpamer.
haha.
nak gelak lagi.

sebab,
biasa dengar doa yang macam ni,

"kalau dia benar jodohku, dekatkanlah hati kami, kalau bukan, peliharalah diri kami..blablablabla.." lebih kurang macam tu la. tapi doa yang atas nih, serius 1st time baca. 

 kan?




mata pena,

Friday, April 6, 2012

praktikum 1 # kebetulan tertiga meja

benarlah kalau berdua, pasti ada yang ketiga.
buktinya, malam itu.
ketiga, keempat,kelima, keenam, ketujuh.
nah, tujuh orang.
maka malam itu, daripada dua jadi sembilan.
:)

rindu.
baru saja sebutsebut.
lama sungguh tak jumpa classmate.
tapi kalau tengok kalendar, tak ada la lama mana.
perasaan saja.
mungkin sebab rutin harian dah berubah.
kalau dulu, pagi-pagi mesti muka classmate dulu yang kita nampak.
yang datang awal tapi muka ketat.
yang datang lambat tapi muka slumber.
yang ntah dari mana muncul tapi dah berpeluh-peluh.
sungguh. banyak betul perisa.
masing-masing punya cara.
ada dari gayanya buat hati senang.
ada dari gayanya buat hidup lintang pukang.
ada dari gayanya sekadar nak minta penampar.
tapi, masih rindu. sungguh.

malam itu, labulabi ketemukan kami.
dari semeja, jadi dua meja, jadi tiga meja.
aku keluar dengan k.long untuk isi minyak kereta.
dah alang-alang keluar juga untuk isi perut.
tak tahu sama ada aku dah lama sangat tak keluar malam,
atau memang malam tu semua isi rumah keluar.
ntah. ramai sungguh.
dan keramaian tu telah bawak aku sampai ke sebuah kedai bukan kebiasaan.
dan itu yang menemukan kami, >  kedai labulabi :)



anep, amer, alep, atoi, jack, nabil, aslo


dan.
masing-masing punya cerita untuk dikongsi.
dan.
semua cerita berkisarkan sekolah masing-masing.
bukan lagi cerita, kau tak puas hati dengan aku aku tak puas hati dengan kau,
bukan lagi cerita, kau amek awek aku aku amek awek kau.
bukan lagi cerita, kau datang kelas lewat lecturer nak terajang kau. eh?
haha. bukan. bukan lagi.
topik telah bertukar. tanda kami sedang menuju ke alam perguruan.
status pelajar kian kabur, dari hari ke hari.
sekarang kami pulak yang terajang budak, bukan lecturer terajang kami. eh.eh. eh.
hahahaha. kenapa "terajangterajang" nih?
tanya mereka ;)

TAPI.
BILA AWEK CUN LALU, CEPAT-CEPAT PASANG AYAT KALAU-KALAU BOLEH MENGAYAT. ceh~ macam biasa. dan itu saja yang masih belum berubah. :P maaf kawankawan. pendapat peribadi. haha.

DAN TAPI LAGI.
CERITA PASAL NO TELEFON, KORANG TOLONG LUPA BOLEH? aku rasa macam malu tujuh keturunan. aslo dengan aqmal memang tak boleh simpan rahsia langsung. cis!




selitselit:
seminggu lagi.
dan suprise menanti pada hari terakhir di Siputeh.
kami 8 orang akan bekerja keras "ketukketuk". :)









mata pena,

Wednesday, April 4, 2012

Praktikum 1 # terkenang kamukamu yang suka ketukketuk

luv~






selitselit :
"terukir di bintang, tak mungkin hilang, cintaku padamu"







                                                                                                                                                    mata pena,

Monday, April 2, 2012

Praktikum 1 ; kerana demamnya cikgu, telinga murid jadi mangsa -_-"

pertamanya :
penghargaan satu.

cikgu asyikin aka k.long aka rumet penyayang. sungguh. besar penghargaan buat beliau. :')

penghargaan dua :
mereka-mereka yang tak henti-henti memujuk untuk merujuk pada yang pakar :')

penghargaan tiga :
jiran rukun tetangga aka housemate manusia ajaib yang tiba-tiba muncul bersama seplastik 'bantu mula'. :')

keduanya :

hasil. ada dipuji, ada dikeji. hanya untuk pembinaan diri. :') teruk buku rekod ini diconteng pensyarah -_-" terima kasih :')


al kisah, dek kerana badan yang tidak mahu bekerjasama dengan situasi semasa,
tubuh pinta untuk berehat.
nak kata terkena hujan, tipu, kedah dah jarang sangat hujan.
nak kata tak tahan panas, lagi la tipu, bukan kau hari-hari memang kerjanya sukat berapa kedarjahan kepanasan kemataharian ke? ok. melalut.
sungguh la, sakit tu penghapus dosa-dosa kecil.
mulut tak henti-henti menyebut kalimah Allah.
terasa tiada kudrat untuk melakukan apa-apa pun.
tak terdaya. tiada daya. ek.
nak makan. langsung tak lalu. tekak perit.
nak berdiri. gelap, terasa gayat.
hatta, bergerak sikit pun, kepala berdenyut kuat.
sakit.
Allah..Allah..Allah..

itu.
cerita semalam.
perit.
dan hari ini.
pensyarah datang untuk menilai.
dalam kondisi yang masih kurang stabil.
mc dari doktor yang menjadi rebutan semua,
diabaikan.
gagahkan diri untuk menuju Siputeh.
"hari ni, kena mengajar, kuat uya"
benarlah, jangan bermain dengan api.
dalam sabar yang menebal melayan karenah murid,
tewas juga di pertengahan.
penat mungkin. kepala yang tak dapat berfikir dengan tenang,
telinga murid jadi sasaran.
hingga merah -_-" 
maka, hilang terus label guru penyayang lagi baik hati. ok. tipu.
saya benar-benar hilang kawalan, lelah memberi arahan.
wahai murid, sila jangan mencabar kewibawaan guru yang tak sihat ye.

selesai di 'observe' ,
dek kerna muka pucat itu tak perlu berlama-lamaan di Siputeh,
pensyarah terus menzahirkan kepimpinan autokratik dengan mengeluarkan arahan diktaktor untuk mengikut beliau pulang. terima kasih encik.
dalam perjalanan pulang, satu mesej masuk.

hazwan pj perlis ; balik awal..tumbuk nak? syafakillah. take care.

take care?
terfikir. selalu sangat kita pesan memesan ; take care.
tapi pernah kita faham? fikir dalam.
dan hari ini,
post yang lama diselak semula.
diulang-ulang baca.
tanpa mempedulikan kepala yang memusing.

"untuk cikgu : the invigilator"




take care uya.
eh, tak. 
semula.

'take care' uya.




selitselitsatu:
k.long kata "uya nervous nak kena observe, sebab tu demam teruk" haha.

selitselitdua:
siap satu entry, itu tanda orang sihat la kan? :) hye kawankawan^^











mata pena,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...