stay tune

Monday, April 2, 2012

Praktikum 1 ; kerana demamnya cikgu, telinga murid jadi mangsa -_-"

pertamanya :
penghargaan satu.

cikgu asyikin aka k.long aka rumet penyayang. sungguh. besar penghargaan buat beliau. :')

penghargaan dua :
mereka-mereka yang tak henti-henti memujuk untuk merujuk pada yang pakar :')

penghargaan tiga :
jiran rukun tetangga aka housemate manusia ajaib yang tiba-tiba muncul bersama seplastik 'bantu mula'. :')

keduanya :

hasil. ada dipuji, ada dikeji. hanya untuk pembinaan diri. :') teruk buku rekod ini diconteng pensyarah -_-" terima kasih :')


al kisah, dek kerana badan yang tidak mahu bekerjasama dengan situasi semasa,
tubuh pinta untuk berehat.
nak kata terkena hujan, tipu, kedah dah jarang sangat hujan.
nak kata tak tahan panas, lagi la tipu, bukan kau hari-hari memang kerjanya sukat berapa kedarjahan kepanasan kemataharian ke? ok. melalut.
sungguh la, sakit tu penghapus dosa-dosa kecil.
mulut tak henti-henti menyebut kalimah Allah.
terasa tiada kudrat untuk melakukan apa-apa pun.
tak terdaya. tiada daya. ek.
nak makan. langsung tak lalu. tekak perit.
nak berdiri. gelap, terasa gayat.
hatta, bergerak sikit pun, kepala berdenyut kuat.
sakit.
Allah..Allah..Allah..

itu.
cerita semalam.
perit.
dan hari ini.
pensyarah datang untuk menilai.
dalam kondisi yang masih kurang stabil.
mc dari doktor yang menjadi rebutan semua,
diabaikan.
gagahkan diri untuk menuju Siputeh.
"hari ni, kena mengajar, kuat uya"
benarlah, jangan bermain dengan api.
dalam sabar yang menebal melayan karenah murid,
tewas juga di pertengahan.
penat mungkin. kepala yang tak dapat berfikir dengan tenang,
telinga murid jadi sasaran.
hingga merah -_-" 
maka, hilang terus label guru penyayang lagi baik hati. ok. tipu.
saya benar-benar hilang kawalan, lelah memberi arahan.
wahai murid, sila jangan mencabar kewibawaan guru yang tak sihat ye.

selesai di 'observe' ,
dek kerna muka pucat itu tak perlu berlama-lamaan di Siputeh,
pensyarah terus menzahirkan kepimpinan autokratik dengan mengeluarkan arahan diktaktor untuk mengikut beliau pulang. terima kasih encik.
dalam perjalanan pulang, satu mesej masuk.

hazwan pj perlis ; balik awal..tumbuk nak? syafakillah. take care.

take care?
terfikir. selalu sangat kita pesan memesan ; take care.
tapi pernah kita faham? fikir dalam.
dan hari ini,
post yang lama diselak semula.
diulang-ulang baca.
tanpa mempedulikan kepala yang memusing.

"untuk cikgu : the invigilator"




take care uya.
eh, tak. 
semula.

'take care' uya.




selitselitsatu:
k.long kata "uya nervous nak kena observe, sebab tu demam teruk" haha.

selitselitdua:
siap satu entry, itu tanda orang sihat la kan? :) hye kawankawan^^











mata pena,

12 comments:

ieja said...

markah uya kira bagus taw..kami kat sini asyik 'makan' markah 2,3 je..depend pada pensyarah T_T

bukan k. ija nak judge by gender tp macam tu la hakikatnya..huuuu~

uyaitusaya said...

SYUKUR SANGAT LA K.IJA.. :')
SAYA INGATKAN HANCUR DAH KELAS SAYA HARI NI. NASIB LA MASIH WARAS WALAU DALAM HATI RASA MACAM NAK TELAN SORANG-SORANG BUDAK YANG DEGIL.. HEE~

Romeo Laut said...

Hahah. Pernah aku dengar seorang cikgu yang hilang sabar berkata, "Saya ini cikgu. Dan cikgu ini cuma kerjaya. Dan saya masih lagi manusia". Sambil mengamuk di kaunter PPD. Hahahah.

uyaitusaya said...

EHEM..TU MACAM CERITA PENGALAMAN KO YANG LEPAS JE...AKU TEKA JE. HEHE

Mizz ErMa said...

hahaha..nape la budak2 tuh tak reti nak kesiankan c cikgu yg tak bape nak sihat, alahai budak2..nasib baek sume berjalan dengan lancar, hehe

uyaitusaya said...

SANGAT BERNASIB BAIK. MULA MACAM CUAK JUGAK LA DOK FIKIR MACAM MANA NAK BAGI ARAHAN DALAM KEADAAN SAKIT KEPALA N SAKIT TEKAK. TAPI ALHAMDULILLAH, TERASA KUAT LEPAS MINUM 100PLUS!! HAHAHAHA-TIPU

peace289 said...

Cikgu mesti kena bnyk bersaba ngan budak2..bese la..laen padang laen belalang, laen budak laen ragam...ade kaitan ke? hehe

Romeo Laut said...

Pengalaman benar yang baru sahaja aku tengok. Hahahah. Mak aku cikgu, jadi bab 'kehilangan kawalan' kira biasa aku dengar. Hahah.

uyaitusaya said...

HAFIS B

HAHA.ADA2..KENA SANGAT.THANKS ATAS NASIHAT :)

uyaitusaya said...

EDDIE

H0HO. JADI KO MEMANG MASAK LA KAN.. SABAR JE LA..:")

anisyuhada said...

ketegasan di sebalik kelembutan hihik ;)

uyaitusaya said...

GANGSTER MANA ADA LEMBUT2. HAISH~ :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...