stay tune

Thursday, June 14, 2012

mohon doa kalian

berita tentang kesihatan ayah amat mengejutkan.
ayah, luarnya sungguh kuat,
gagah bekerja siang malam,
gagah memastikan segala keperluan kami tiada cacat celanya.
ayah itu, benar-benar hero keluarga.


.......................................................................

Ya Salam..semoga Kau permudahkan segala urusan keluarga Ustaz Haji Ahmad.
Ya Wali..semoga Kau kurniakan kembali nikmat sihat kepada Ustaz Haji Ahmad.
Ya Hakam..semoga Kau tabahkan hati keluarga beliau dalam menerima apa jua keputusan dariMu.
Ya Mujib...............aku dengan rasa rendah diri mohon perkenankanlah doa ini Ya Allah...
moga segalanya baik-baik saja.

amin Ya Rabb..
amin Ya Rahman..
amin Ya Rahim..
 
..........................................................................


kawankawan..tolong doakan sama boleh? :')








mata pena,

Saturday, June 9, 2012

dah kena tanda *sambilkenyitmata*

bila lalu balik jalan-jalan kat lenggong ni..
rasa macam terimbau balik masa seminggu berkampung kat umah jah untuk pergi SBE 2 dulu.
seminggu ulang alik dari umah jah ke sekolah.
sekolah yang aku kena 'tulah' sebab ambil car park guru kanan..
bercalar kereta hari terakhir. macam mana? jangan tanya. hahaha
bulan puasa :) 
sakan jugak la redah lenggong. ;)

hari ni bertandang balik ke rumah jah..
rasa lain benar bila ruang tamu tempat kami 'santai-santai' dah bertukar wajah..
dihias cantik, sederhana, tapi tak lepas mata memandang.
nak-nak lagi, yang duduk bersimpuh kat situ, kawan bertepuk tampar dulu..
"..dah besarrr dah jah..^_^"

aku jadi saksi jah kecuakkan,
dari detik dia selesai mekap, berhias, berdoa, hingga saat diiring ke depan untuk disarungkan cincin..
sampai bunga untuk dipegang pun dia terlupa tertinggal dalam bilik.
haha. kelakar sungguh.
alhamdulillah, majlis berjalan lancar..
disebabkan aku duduk dalam bilik temankan jah,
so, takde la pulak pengalaman dengar orang jual beli pantun..
rugi sungguh, ;)
buat nur khalijah,
tahniah, cepat2 langsungkan walimahnya,
kata orang, tempoh pertunangan ni anak dara tu berdarah manis..
jangan buat yang tidak-tidak ye..
jaga hubungan sesama manusia, jaga hubungan dengan Allah..
:)


"dah besarrrr dah k.jah kita ni weyh " ^_~













selitselit:
terkenang jah 2006 >> sape nak tempah kekkkkk!!! 










mata pena,

Thursday, June 7, 2012

AllahuAllah, dia azri naim!

^_^
macam dah lama sangat je tak bertapak kat sini.
sebab?
masalah teknikal. 
alhamdulillah, kalau tak terus sabar, 
mungkin ada yang masuk sem dengan lappy yang dah terbelah dua ;)


emm..
apa yang tertinggal ye..
kita flashback je balik dari tarikh entry yang lepas-lepas.
exam? ok je kot.
paper major sangat susah.
paper lain boley tidur sejam dalam dewan ;)
ok. psiko.
tak bersungguh sangat kali ni.
sebab apa rasa tak bersungguh.
sebab masa study week tu sakan berjalan sana sini..
dan banyak sungguh aktiviti makan-makan.
study santai-santai gitu.
bajet tak cuak langsung.
haha.


sayonara ijazah semester lima. YANG sungguh kelam kabut.
hari terakhir diakhiri dengan aktiviti
pengisian rohani.
menyentuh jiwa-jiwa yang kononnya sudah penat berperang dengan pen dan kertas.
dibelai dengan sunyi malam berfakkur pada Allah.
lain benar rasanya stay up untuk siapkan assignment,
stay up untuk siapkan lesson note,
stay up untuk siapkan jurnal,
stay up untuk mengadap exam,
berbanding stay up untuk mengadap Illahi.
sungguh.
Alhamdulillah. punya kesempatan untuk itu.
:')

cuti.
hampir dua minggu terisi.
tak banyak cerita.
shopping sana sini,
kenduri sana sini,
teman emak sana-sini,
err movie korea sana sini,
haha.
nak melancong kali ni takde saving,
dek kerana banyak sangat pelaburan pada shell dan plus.
kerap sungguh balik semester ni.
dan dan dan lagi,
pelaburan pada hp baru pon sangat tinggi.
ehem ;)


em..
masa walimah hibatul muqlis hari tu, berkesempatan untuk
bertukar cerita dengan cikgu-cikgu.
ramai yang hadir meraikan.
cerita naim salah satunya.
harapan,
moga-moga naim dikurniakan Allah kejayaan.
teringat semasa ziarah cikgu rosmawati di rumah 'ala-ala bangsawan' beliau,
gurau-gurau tentang imam muda,
dek kerana ingin menutup cerita tentang kononnya si ikon belia perak.
kini naim benar-benar merealisasikan gurauan tersebut.



moga naim dapat membersihkan kembali nama sekolah.
moga naim dapat mengembalikan kepercayaan para waris bahawa sekolah kami bukan untuk melahirkan artis tetapi berjaya melahirkan khalifah bumi Allah.
moga naim dapat mengembalikan balik senyuman pada wajah-wajah para murobbi.
amin.





 sungguh, 
kalau bukan rezeki beliau sekalipun,
dia, sudah pun kami angkat sebagai imam yakni pemimpin sejak menjadi ketua umum 2007.
;)
pemimpin zero gosip. tabik pada naim.
tanya la siapa pun, banyak pengalaman menarik bersama naim,
dari cerita sikapnya yang 'gila-gila' hingga tahap serius ketika menggalas amanah.


ohh..dan lagi.
naim jadi imam tarawikh memang best!
:D



~SEMOGA ALLAH KURNIAKAN NAIM KEJAYAAN~
amin.

















mata pena,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...