stay tune

Saturday, September 22, 2012

berdiri satu kaki

i
bakal dua hari di pusat akuatik
untuk buat-buat lupa atas segala rasa luka.
rutin-rutin biasa menyesakkan,
berpijak di bumi realiti, aku sedar aku harus terus berdiri.
berdiri, walau hanya satu kaki.
mula tampil memang atas dasar minat,
pertengahan tampil mula rasa seronok,
sering ingin tampil dek kerana pulangan yang berbaloi.
gila kau, duit tak penting?




pegawai kejohanan renang antarabangsa


ii
mengadap tv bahrin tangkai jering tak memikat hati.
teringat ada burger masih belum makan, untuk satu gigit, tinggal.
masih mengadap bahrin, kosong.
teringat ada kain yang masih belum dilipat,
masuk bilik, bersimpuh,
sambil tangan ligat melipat kain baju, telinga sumbat earphone.
volume maksimum, lari terus dari realiti.
masih dengan lipatan kain.
masih dengan earphone di telinga.

dan aku campak handphone dengan rasa marah.

dengar radio malam ni adalah keputusan yang paling bodoh.

titik.








selitselit :
kawan tak pernah tenggelam timbul,
baik dicaci mahu dipuji, mereka tetap ada.



Friday, September 21, 2012

perang hati

bila cinta tak berbalas, kita sering pujuk hati, tabah lah, tabah lah, tabah lah, ini semua ujian Allah..pasti akan hadir yang lebih baik untuk diri kita..
tapi jarang kita sedar,
cinta yang berbalas juga merupakan ujian Allah, seronok sangat dengan dunia sendiri, hingga lupa Allah hadirkan cinta untuk menguji teguhnya iman diri..

sakitnya ujian cinta tak berbalas tak sama dengan sakitnya ujian cinta yang berbalas, kerna di situ;

kita

bersungguh-sungguh

sedang

berperang

dengan

hati.














selitselit :
esok? itu kerja Allah. 
tapi kita tetap harus berusaha,
kan?

selitselitdua :
praktikum fasa dua dah habis,
rasa rindu itu ada.








mata pena,

Friday, September 14, 2012

Syaitan tutupkan jalan.

tadi,
usai maghrib,
dapat tazkirah ringkas dari ayah.
rentetan dari kejadian semalam.
dek kerana anak perempuan dia yang seorang ni kuat sangat mengadu,
semalam sampai-sampai rumah,
dah merengek kat emak..
kononnya kecil hati,
sebab emak tak tanya pun kenapa anak perempuan dia ni sampai lambat.
emak tak tanya..ayah tak tanya,..dia pun tak tanya.. :'(
ok. cukup.
balik pada tazkirah ringkas ayah.
kata ayah, tak pelik anak perempuan dia ni sesat.
sebab jalan taiping pun dia tak lulus.
yang jadi pelik, kenapa yang melencong jauh sangat,
kenapa yang sampai tak terfikir nak guna gps,
sedangkan nak pergi pekan taiping pun kalut on gps,
ok, taiping lagi.
kenapa yang tak terfikir nak call mak ayah,
kenapa yang tak patah balik bila makin jauh menyimpang.
boleh anak perempuan dia jawab tak tahu? -_-"
ayah tanya pada niat..
ada niat yang tak elok?
tak.adik nak cepat sampai je. adik nak lari dari jitra cepatcepat.
ada baca doa?
ada. adik baca doa naik kenderaan. doa tawakal. doa dipermudahkan urusan. mengucap. dan selawat.
ada buat perkara tak baik sebelum balik?
diam.
ada sakitkan hati sapasapa?
diam.
..
tak pergi jamuan raya tapi terima pelepasan sekolah kira tak baik tak ayah?
..
adik tak tahu kalau ada yang terasa dengan adik.. -_-

"syaitan ada macam-macam cara nak sesatkan cucu cicit adam. tak mustahil syaitan tutup pandangan kita, supaya kita jadi kabur, nak lagi bawak kereta sorang-sorang. ingat syaitan malam-malam ja ka? tengah hari rembang pun waktu dia jugak. sebab tu ayah bukan saja-saja tak bagi bawak kereta sorang-sorang. doa penting. doa dengan maknanya. jangan main doa ja, tapi tak tahu apa. biar Allah sentiasa ada dengan kita"

BIAR ALLAH SENTIASA ADA DENGAN KITA.

emak dah usap-usap belakang anak perempuan dia.

anak perempuan dia yang degil.

teringat pakcik polis semalam.

sebelum gerak, dia pun ada pesan, baca doa.

aku patuh tanpa banyak soal.

usai doa, baru gerak.

nak dijadikan cerita, kenapa peristiwa semalam dibangkitkan semula,
hari ini ayah bawak ke parit buntar. tunjukkan jalan. jalan lama. mungkin semalam anak perempuan dia ni takut sangat, sampai tak ingat langsung jalan apa yang dia lalu semalam. nak tunjuk balik pada ayah pun tak tahu. yang boleh bagitahu, jalan tu kecik, kiri kanan kelapa sawit. ayah tak puas hati. ayah bimbang. hari ini, assignment dari ayah. sila ingat jalan yang ayah tunjukkan ni.  titik.








selitselit:
sungguh, bumi mahupun langit, 
bukan hanya manusia sebagai hamba Allah.

Thursday, September 13, 2012

aku dan polis.

selalu sangat kita dengar setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.
dan 'sesuatu' kali ini, benar-benar Allah nak tunjukkan hikmahNya. terima kasih Tuhan.

hari ini aku balik kampung.
setelah berkurun lamanya aku rasa aku tak balik. konon la. padahal tiaptiap minggu cari akal nak balik kampung -_-"
tapi perjalanan hari ini luar biasa sikit. sebab aku tak balik sorang. aku balik berteman. dengan classmate merangkap housemate cuma bukan praktikumate. ok. cukup. dan lagi hebat lagi, aku 'konvoi' samasama polis sampai la jumpa tempat tumpahnya darahku. haishh~ rasa hot kejap bila biasanya 'orangorangbesar' je dapat layanan macam ni.

kenapa? sebab ap? ok. aku sesat. sesat teruk. menangis tak tahu dah nak pergi mana. kiri kanan kelapa sawit. jalan kecik. signboard satu apa pun TAK ADA. sungguh Ya Allah, aku tak pernah sampai jalan tu. aku dah fikir macam-macam, kalau kereta rosak ke ape ke..macam mana? kalau yang berenti tolong pulak ada niat tak baik macam mana? aku memang paranoid. kalau aku tiba-tiba tak sihat-cramp/pengsan/migrain macam mana? ok. jangan pelik. dek kerana aku pernah jatuh pengsan depan mak ayah tanpa sebab-tak demam, makan dah, cukup tido..sebab tu emak ayah aku larang sekeraskerasnya untuk aku tak bersendirian. bawak kereta terutamanya. tapi biasa la kan. uyaitusaya nih cukup degil untuk buang sifat degil. konon, dia tak perlukan sapasapa. konon dia cukup kuat. konon.. padahal pantang tak kena sikit berair mata. eh jap, kenapa aku macam kutuk diri sendiri ni. ok cukup.

highway pun ko sesat ke uya??
ok. tak. nak dijadikan cerita, kali ni aku exit jawi. menuju ke parit buntar. berniat untuk menghantar journeymate pulang dengan selamat. dah bila exit, nak enter balik tak tahu nak hala ke mana. dah bila sorang-sorang nak pulak akal stuck, memang wassalam. aku tak boleh pikir..asal la aku tak guna je handset mahal aku untuk on gps?? nampak tak bertapa stucknye aku waktu tu.sungguh. blur. Allah hantar hero dalam uniform polis. dari jauh kereta arah bertentangan bagi lampu. dua je. sama ada dia kenal mana-mana saudara dia yang tengah drive atau ada polis kat depan. ada dua kereta depan aku berenti dan buat u turn. aku nekad terus jugak, dan ternyata memang ada polis yang tahan semua kereta minta ic dengan lesen. mungkin sebab tu jalan kecik. orang pon tak sangka ada polis yang buat rajin kerja kat situ. maka aku tengok dua tiga kereta juga yang terkandas.

aku bukak tingkap. dia tak tanya lesen dengan ic aku. tapi dia tanya kenapa mata aku berair teruk. lepas dah jelas segala. dia start kereta. pasang siren, suruh aku follow. aku pun melunjur pulang ke kampung dengan perasaan penuh terharu yang teramat sangat. sangat. sangat. terima kasih polis-polis semalaysia! perjalanan hari ini, patutnya dua jam je, jadi 5 jam. tu pun sebab aku dah masuk hulu mana tak tawu. teruk betul.
kat mana hikmahnya sesat?? dah sampai rumah, dah kemas barang. aku check handbag, fine, aku tak bawak ic dengan lesen. nampak? Allah selamatkan rm300 aku. give thanks to Allah.





selitselit:
setelah panjang bual, 
pesan emak, jodoh di tangan Tuhan.
 jangan bersembang perkara yang tak pasti.

Tuesday, September 11, 2012

afiq.

lokasi : 4 Pintar
masa : 11.45pagi
tarikh : 12 September 2012


firdaus : cikgu, cikgu.. - tarik-tarik lengan baju-
cikgu : ye firdaus..kenapa..?
firdaus : kesian afiq cikgu..
cikgu : kenapa dengan afiq? - sambil pegang bahu afiq-

~afiq duduk sebelah firdaus~

afiq : emak saya meninggal masa beranakkan saya.

~diam. tak tahu nak respon~

afiq : emak saya meninggal masa beranakkan saya cikgu.

~afiq ulang. mungkin dia ingat cikgu tu tak dengar~

cikgu : mana afiq tahu ni?
afiq : ayah saya bagitaw, ayah saya cerita doktor kata, kalau emak saya tak beranakkan saya, saya mati. kalau emak saya beranakkan saya, emak saya mati.
cikgu : afiq tanya ayah?
afiq : -tunjuk surat beranak- dalam ni nama emak saya lain. sekarang nama emak saya lain. sebab tu saya tanya ayah.

~diam.diam.diam~

afiq : cikgu..cikgu..
cikgu : ye afiq..
afiq : emak saya pilih saya..
cikgu : -tangan usap kepala afiq-

mata dia bergenang. tak hirau kawan-kawan lain tengah buat bising macam kena rasuk. mata cikgu......

cikgu : firdaus, pergi naik bilik guru, cari cikgu yang mengajar kelas sekarang. masa cikgu dah habis.

~keluar tanpa toleh belakang~


afiq..belajaq rajin-rajin na.. afiq kena jadi budak pandai..
cikgu ajaq afiq sampai pandai taw.




berabuk lagi~ 

:')




##kadang-kadang kita memang nak orang sekeliling sentiasa ada untuk dengar cerita kita kan. bukan untuk mohon simpati..tapi untuk kita lepas segala rasa.




selitselit :
nampak macam ada respon. mohon Allah setuju dengan perancangan ini.

strangers

aku padam semua.
aku mula baru.


















kalau boleh kan?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


.google.
















selitselit:
aku dah mulakan sesuatu.


Thursday, September 6, 2012

lolipop.oshin.vast.

selamat hari raya.
maaf zahir dan batin.

ok. tawu dah lewat. tawu. salam syawal buat semua yang raya puasa enam ;-)
alasan sibuk sangat la tak berguna rasanya, sebab aku pegang konsep kalau fikir pasal kerja sampai bila pun tak akan habis. tak kan. so setelah berperah-perahan idea, paling logik ialah sifat tangguh dan suhu kemalasan yang sangat tinggi. aku tangguh dan aku jadi malas. sungguh. hmm~

syawal 1433.
beraya di perlis sangat la sakan. semua rumah saudara mara singgah. dan ini telah membuatkan aku terlepas pandang tarikh 20 Ogos 2012. tak teringat langsung. langsung. ok. rasa macam nak bunuh diri. ain, aku betul-betul minta maaf. hmm..nak susun kata pun macam dah takde guna sebab memang rasa diri ni sangat tak berguna bila mula lupa orang sekeliling-yang tersimpan kemas dalam hati-yang suhu sayang teramat sangat la tinggi. yang memang tak boleh nak cari ganti. dan tak rasa nak gantikan dengan sapa-sapa-sapa. titik. ain, maaf ye...
buat shifaa pula, rasa bersalah tinggi melangit. bukan tak sudi untuk menerima kehadiran tapi atas desakan-desakan tertentu, terpaksa mengundur diri. tapi aku cuba habis baik kan? :') jiwa masa jumpa korang dua sangat la rapuh tapi disebabkan title gangster yang dah pegang lama ni, aku terpaksa bajet cool. sumpah tak tipu. tolong jangan buat bunyi cengkerik. 
korang dua, aku minta maaf ye...*pelukcium*
macam tak adil kalau aku tak sebut nama ila kan,. saat nampak batang hidung ko kan tepi jalan changkat jering pagi raya ke 5 tu,..haishhh~ ila, sayang aku kat ko memang takde sape boleh ukur. sumpah.

eh, dah tak macam entry raya. haha.

pa, minta izin curik gambo ye :)

tiada alasan untuk benci. tiada noktak untuk sayang. sungguh~

4 ragam. 1 rasa. = <3

dan aku, terus tersenyum dan menyapu habuk. tanpa sebab.




ok. dah malas nak menaip.

assignment dah panggilpanggil. air jambu beli kat pasar malam tadi pun belum sempat minum lagi. biasa la tu, tangguh dan malas~ minum air pun tangguh???







selitselit:
nyutnyut semut api..rindu kewujudan tangan kanan yang normal. :')

selitselitdua:
kita masih kenal ke?:'')

selitselittiga:
terseksa itu tidak, tapi keliru itu menebal, bimbang rasa itu kian rosak. :''')


Sunday, September 2, 2012

cerita yang tak menyempat nak post.

sebulan pertama praktikum fasa dua.
sikit-sikit beramah mesra, sikit-sikit cerita dibuka, sikit-sikit jelas segala.
yang dikatakan gilanya karenah pentadbir, nauzubillah, mohon dilindungi Tuhan. jangan buat tidaktidak kalau taknak kena jerkah. tergetar-getar walau tiada salah, takut sangat.
yang dikatakan kejamnya karenah senioriti, alhamdulillah, tidak kedengaran isu mengambil kesempatan malah boleh bermain mercun bersama lepas iftar tepi padang sekolah sebelum sama-sama menunaikan tarawikh berjemaah..kriutkriut bunyi cengkerik. sporting sangat.
yang dikatakan nakalnya karenah anak didik, masyaAllah, mohon Allah terus bekalkan kesabaran. sungguh, mengajar dalam bulan ramadhan ni memang feel dia lain macam. dalam marah-marah tu ada timbul rasa sayang pada mereka yang tuntut perhatian, dalam marah-marah tu ada simpati pada mereka yang tagihkan ilmu. kalau benar memang ini jalan yang Allah tetapkan untuk aku untuk 38 tahun akan datang..ya Allah..tabahkanlah hatiku..:') harap sangat.
sebulan pertama punya seribusatu cerita yang masing-masing punya pengajaran tersendiri. 
aku benar-benar terdidik oleh mereka-mereka. baik dari segi pentadbir, senior, mahupun anak murid. sungguh.

cikgu bukan takat cikgu. dan, praktikum bukan takat praktikum. tenaga kerja anda akan dikerah selagi boleh. nasib orang baru~ ;)


ramadhan 1433hijrah.
tarbiah ramadhan kali ini perisanya ditambah bila mana kena masuk kelas mengajar. terfikir, macam mana mak ngan ayah melalui hari-hari mereka di sekolah, yang mana jadual mereka lebih padat dari kamikami yang statusnya hanyalah guru pelatih. emak lebih lebih lagi. sudah la dengan bangun awal untuk siapkan sahur, bekerja, balik mula urus rumah pula. usahakan kueh raya untuk jual lagi! nah..aku betul-betul kalah. kalah teruk. sahur kalau boleh nak teguk air masak je, tu pun sambil tutup mata. sepanjang hari kat sekolah, penat berpuasa tak terasa melainkan bila jam dah hampir pukul satu..masa tu baru tersedar peritnya tekak mengajar. balik dari sekolah, kalau mengantuk tak datang serang sebolehnya nak siapkan rancangan pengajaran untuk harihari ke depan. sakit kalau tangguh-tangguh. dalam mata terkebil-kebil siapkan jugak apa yang patut walau kadang-kadang tumpas di pertengahan. sampaikan handset yang bunyi call sekuat-kuat alam pun dah tak sedar.syahid.malamnya pulak, settle manja-manja dengan Pencipta, langsung terus untuk persiapan rutin esok. kadang-kadang, bila ada urusan di ipda..ternampak banner-banner aktiviti sepanjang bulan ramadhan. nah tersusun pengisiannya. rindu itu ada. cemburu apatah lagi. masa ni baru benar-benar faham perihal 'ingat lima perkara sebelum lima perkara'. sedih. 
walau apa apa pun moga tarbiah di bulan ramadhan bukan suatu yang sia-sia. moga Allah terus tingkatkan iman, bentuk taqwa, pelihara diri. kena selalu check mutabaah amal ni. kena disiplin!

nakal kalian meningkatkan suhu kesabaran saya. terima kasih -_-"

syawal 1433hijrah.
syawal di perlis. syawal di kedah. kemudiannya baru perak. kemudian cerita boleh? baru balik dari kem. sengalsengal tu ada. dua cerita atas sebenarnya taip raya ke6. hari ni baru dapat publish -_-"

syawal? ok. habuk.habuk.


selitselit:
siapkan rph dan portfolio dulu jom!

reminder:
nak update entry syawal dan kem sedim vista yang 'ohsem'. ;p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...