stay tune

Friday, September 14, 2012

Syaitan tutupkan jalan.

tadi,
usai maghrib,
dapat tazkirah ringkas dari ayah.
rentetan dari kejadian semalam.
dek kerana anak perempuan dia yang seorang ni kuat sangat mengadu,
semalam sampai-sampai rumah,
dah merengek kat emak..
kononnya kecil hati,
sebab emak tak tanya pun kenapa anak perempuan dia ni sampai lambat.
emak tak tanya..ayah tak tanya,..dia pun tak tanya.. :'(
ok. cukup.
balik pada tazkirah ringkas ayah.
kata ayah, tak pelik anak perempuan dia ni sesat.
sebab jalan taiping pun dia tak lulus.
yang jadi pelik, kenapa yang melencong jauh sangat,
kenapa yang sampai tak terfikir nak guna gps,
sedangkan nak pergi pekan taiping pun kalut on gps,
ok, taiping lagi.
kenapa yang tak terfikir nak call mak ayah,
kenapa yang tak patah balik bila makin jauh menyimpang.
boleh anak perempuan dia jawab tak tahu? -_-"
ayah tanya pada niat..
ada niat yang tak elok?
tak.adik nak cepat sampai je. adik nak lari dari jitra cepatcepat.
ada baca doa?
ada. adik baca doa naik kenderaan. doa tawakal. doa dipermudahkan urusan. mengucap. dan selawat.
ada buat perkara tak baik sebelum balik?
diam.
ada sakitkan hati sapasapa?
diam.
..
tak pergi jamuan raya tapi terima pelepasan sekolah kira tak baik tak ayah?
..
adik tak tahu kalau ada yang terasa dengan adik.. -_-

"syaitan ada macam-macam cara nak sesatkan cucu cicit adam. tak mustahil syaitan tutup pandangan kita, supaya kita jadi kabur, nak lagi bawak kereta sorang-sorang. ingat syaitan malam-malam ja ka? tengah hari rembang pun waktu dia jugak. sebab tu ayah bukan saja-saja tak bagi bawak kereta sorang-sorang. doa penting. doa dengan maknanya. jangan main doa ja, tapi tak tahu apa. biar Allah sentiasa ada dengan kita"

BIAR ALLAH SENTIASA ADA DENGAN KITA.

emak dah usap-usap belakang anak perempuan dia.

anak perempuan dia yang degil.

teringat pakcik polis semalam.

sebelum gerak, dia pun ada pesan, baca doa.

aku patuh tanpa banyak soal.

usai doa, baru gerak.

nak dijadikan cerita, kenapa peristiwa semalam dibangkitkan semula,
hari ini ayah bawak ke parit buntar. tunjukkan jalan. jalan lama. mungkin semalam anak perempuan dia ni takut sangat, sampai tak ingat langsung jalan apa yang dia lalu semalam. nak tunjuk balik pada ayah pun tak tahu. yang boleh bagitahu, jalan tu kecik, kiri kanan kelapa sawit. ayah tak puas hati. ayah bimbang. hari ini, assignment dari ayah. sila ingat jalan yang ayah tunjukkan ni.  titik.








selitselit:
sungguh, bumi mahupun langit, 
bukan hanya manusia sebagai hamba Allah.

9 comments:

Maii said...

doa senjata umat islam :)

sYaMiL HaTtA said...

~Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa~

http://naluricintahakiki.blogspot.com/2011/09/kasih-ibu-membawa-ke-syurga-kasih-ayah.html

(^_^)

didie noxious said...

sudah aku cuba elak syaitan itu berbisik pada kamu.tapi kamu tidak mahu....faham tak maksud kata2 aku?

Romeo Laut said...

Waktu ambil lesen, dah ajar cara guna papan tanda untuk elak sesat. Tak guna GPS pun tak apa. Haiiihhh.. Cik Uya..

uyaitusaya said...
This comment has been removed by the author.
uyaitusaya said...

MAI :
SENJATA YANG PALING BERKUASA :)

uyaitusaya said...

SYAMIL :

SANGAT TOUCHING OK.. :'( THX ATAS PERKONGSIAN.

uyaitusaya said...

DIDIE:

BUKAN TAK MAHU, TAPI TAK CUKUP BERANI MENGHADAPI KENYATAAN :(

uyaitusaya said...

EDDIE:

MY BAD.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...