stay tune

Monday, October 15, 2012

lima jam bersama muhammad nazrin sulaiman

muhammad nazrin sulaiman - ayen.
satu nama yang tak asing aku kira.
yang mungkin dikenali seantero ipda, . . aku kira.
haha. entah lah.
tak rapat mana. 
so, tak boleh nak declare - aku kenal dia.
kenal dari jauh, mungkin.
kenal rapat, belum.
ayen. punya satu peribadi yang agak unik.
unik bagi aku. sebab apa yang dia buat, diluar jangkaan. sungguh.
nak tahu luar yang macam mana jangkaan yang si ayen ni boleh buat,
cukup la bersama dengan dia lima minit, tak perlu sampai lima jam,
kalau kita tak gelak terguling-guling, 
mungkin kita rasa macam nak belasah dia sampai lebam-lebam.
tapi aku belum nampak kawan-kawan aku buat gaya macam nak belasah dia.
kalau alep, ye. selalu kena belasah.
sampai tikus pun sanggup kencing kat dia. 
haha. sorry alep.
ok, berbalik pada ayen.
ayen,
dia dengan cara dia.
dia dengan jalan dia.
dia dengan cakap dia.
dia dengan bising dia.
dia dengan tarian dia.
dia dengan gilagila dia!
itu ayen.

hari ini, aku belajar sesuatu, dari ayen.
kalau pun ada orang yang telah mengetahui cerita ini,
ini aku dengan ayen.
yang aku rasakan, cerita dia terus aku serap dalam hati.
aku hadam sampai lumat.
punya isi. punya ilmu. punya falsafah.
ayen bukan cakap kosong.
susunan ayat aku kurang pasti, tapi lebih kurang beginilah cerita dia,

ada seorang guru, yang meminta supaya anak muridnya membancuh kopi. secawan kopi. murid tu patuh tanpa banyak soal. apabila siap, guru tersebut meminta murid itu minum, pahit. tentu sekali pahit. sebab kopi yang pekat itu hanya dibancuh dengan secawan air. kemudian, guru tersebut meminta lagi murid tersebut membancuh kopi, kali ini ke dalam air telaga pula. murid tersebut patuh. dan guru meminta murid tersebut minum air tersebut. tawar.

jelas ayen, begitulah juga dengan masalah. masalah, kalau kita simpan seorang, telan seorang, rasanya cukup pahit, berbeza jika masalah itu kita kongsikan, kongsikan dengan orang yang kita percaya, beban yang kita tanggung akan jadi lebih ringan. terpulang, mahu pilih simpan seorang atau kongsi bersama kawan-kawan.

terima kasih ayen :) 



ayen dengan falsafahnya. jangan salah faham, dia tak kudung. cuma tak reti duduk diam :p


aku sedang berusaha 'bancuh' 'kopi'. haha.






terima kasih kawan-kawan :)

aku musykil dengan aqmal n atoi.. ape la yang dyrg tengok ye..:P






selitselitsatu:
banyak lagi yang ayen share.
antaranya macam mana nak dapatkan trip kereta api yang menyeronokkan
dan macam mana nak memelihara ayam dengan baik.
terasa macam nak berkongsi dengan yang lain la..boleh tak kawan-kawan?;)

selitselitdua:
kau tengok dia macam senget sikit, kau kata gila.
kau tengok dia penuh dengan sifat kewalian, kau kata alim.
hey, kau tak kan kenal selagi kau belum cuba untuk kenal.
kau..
aku nasihatkan..
jangan sampai terkena.

selitselitiga:
gambar.credit to gajet mahal anep n kawan anep. ehem. :)










mata pena,



6 comments:

azmir said...

i'm 1st cment.yeah!..haha.nk blaja nek kta api ke?.haha..kte api xpe,jgn blaja jg ayam dahla uya..hahaha

Anonymous said...

Heya this is somewhat of off topic but I was wondering if blogs use WYSIWYG editors or if you have to manually code with HTML. I’m starting a blog soon but have no coding expertise so I wanted to get advice from someone with experience. Any help would be greatly appreciated!

.::Nuruljannah::. said...

cuba tanye dia, falsafah tu blajar dr mane... keh3

Anonymous said...

Excellent post. You must continue to offer excellent resources and content like you have been offering. I will most likely stop by again in the future.

uyaitusaya said...

AMER

EXCITED.TAK PERNAH NAIK KETAPI. ;)

uyaitusaya said...

JANNAH

:) BAIK. KALO ADA PELUANG.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...