stay tune

Saturday, November 17, 2012

Allah panjangkan usia

pengalaman semalam memang . .
entah. tak tahu macam mana nak gambarkan.
patutlah sebelum bertolak tu rasa tak sedap hati.
rasa lain macam je masa memandu.
sekarang aku betul-betul tahu macam mana rasa perasaan tak sedap hati.
lain kali take note. kalau tak sedap hati, jangan teruskan. boleh macam tu?
ada benda nak jadi.
dan 
semalam
adalah hari yang paling banyak aku beristghfar
hari yang paling banyak aku cakap 'benda dah nak jadi'
redha. pasrah.
sebab tahu dah memang akan kena langgar.
tahu dah memang tak boleh buat apa.
nampak dari cermin pandang belakang.
redha.pasrah. dengan dua kali hentaman yang cukup kuat.
sitbelt memang penyelamat kedua selepas Allah.
Allah yang tentukan semua ni.
benda dah nak jadi.
dah memang tertulis macam tu,
masa tu, kat situ.
:") Ya Allah.....
menggeletar satu badan.
terkejut.
apa-apa pun, 
hari tu jugak,
hari yang paling banyak aku bersyukur.
Alhamdulillah.
aku dengan kawan aku ok.
cuma ambil masa yang lama tersadai tepi jalan.
blur. tak tahu nak buat apa.
blur. dengan badan yang dah seram sejuk.
alhamdulillah.
yang langgar tu tahu salah.
dan ingin bertanggungjawab.
alhamdulillah,
anak-anak kecik dia semua selamat.
dengan isteri yang sarat mengandung lagi.
dari cerita abang tu,
dia pun dalam keadaan pasrah,
jalan penyelesaian memang langgar je keta aku.
nak mengelak, ada motor sebelah.
kuasa Tuhan,
rasa yang aku rasa,
selain takut, aku bersyukur.
kalau motor tu yang jadi pilihan,
dengan kelajuan kereta tu, aku dah boleh agak apa berita yang bakal keluar esoknya.
"benda dah nak jadi.."
perjalanan balik tadi, terpaksa tempuh jalan yang sama.
aku genggam stereng kuat. cuak dia macam pertama kali nak test jpj.
takut atas sebarang kemungkinan.
rupanya...
terkejut tu masih ada..
Allah.......


dalam kenangan~ :'( retak dan pecah. duadua:''''(





ayah : keluar rumah kita kena ingat Tuhan. jangan nak seronok sangat. lagi2 atas jalan. kita kena beringat. kita tak langgar orang, orang langgar kita. Allah kata jadi, maka jadi lah. alhamdulillah, tak ada apa-apa. tu bukan saja-saja Allah tetapkan macam tu. Allah bagi peringatan.tahu?






selitselit: 
azam sempena hijrah. memandu tak lebih 80km/s
terdesak sekalipun takkan lebih 100km/s






mata pena,



Wednesday, November 14, 2012

tarikh.

sebelum apa-apa,



moga tahun baru ini lebih beerti nilai hidup.
lebih mendekati, lebih memahami. insyaAllah.
:') Allah jua yang memegang hati.
moga terus kuat. terus teguh. tak goyang. tak kan terpisah.
yang wajib pantang tinggal. yang sunat bertambah-tambah.
biiznillah. semangat tahun baru ni.
ok. cukup.

macam biasa. aku cepat bosan.
dek kerana bosan. hari ni sekali lagi aku telah memporak perandakan bilik tempat beradu yang tak besar mana, tak kecil mana ni. cukup la, nak buat tempat rehat. tempat mengelamun, tempat mengadu pada Illahi. serba cukup. rumah sendiri kan..berani kata tak selesa :p
ok..aku mula dengan ubah kedudukan segala perabut yang ada..puui~ macam banyak je..haha.
single bed, almari baju, rak buku, meja lappy, carpet solat.,meja kecil untuk AlQuran..hmm..apa lagi yang ada eh? *tengok keliling* kan dah kata, bilik tak besar mana. ehe.
dan hari ni juga..aku check balik semua baju-baju aku dalam almari..ok. sangat banyak. sangat. sumpah tak tipu..aku dapat dua kotak besar yang aku kesan baju yang aku dah tak pakai. dan masih elok. faktor tak pakai? saiz. hahaha. insyaAllah, esok akan diuruskan proses untuk bagi bajubaju tu pada yang memerlukan..:')
dan.dan.dan lagi, tak sangka, bahagian paling bawah almari baju yang serba besar ni, dah la bawah, paling belakang pulak..aku jumpa benda yang aku tak patut jumpa. ok. sila jangan fikir yang bukan-bukan. kali ni bukan ular ke tikus ke lipas ke cicak ke. atau apa sahaja jenis binatang, aku jumpa barang-barang lama. barang zaman sekolah.

hmm.

lama aku terdiam. duduk tak buat kerja. terberhenti semua proses mengemas. aku belek satusatu. kenangan.
kenangan yang menjadi kan siapa aku hari ni. sekarang aku terfikir, kenapa aku simpan semuasemua ni eh? kenapa aku perlu bersifat sentimental macam ni eh? semua barangbarang/kadkad/hadiahhadiah yang kawan aku bagi, ada lagi. hatta, yang tulis atas cerbisan kertas kecil pon ada!

kertasempat segi : *uya,hanset ko bawah bantal jatuh masa tidur. aku dah cover, ada dalam tin biskut*

huiish~ dasyat sangat dah nilai sentimental yang aku pegang nih.yang cenggitu simpan buat apa? malu kat anak cucu dapat mak nenek takde law nih. haha~
aku asingkan, manamana yang aku rasa aku patut bakar dari dulu. manamana yang aku patut terus simpan dengan elok. belekbelek lagi.

satu

s

a

t

u

mata dah start berabuk.



nanti la sambung~
:'(


















 mata pena,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...