stay tune

Wednesday, November 14, 2012

tarikh.

sebelum apa-apa,



moga tahun baru ini lebih beerti nilai hidup.
lebih mendekati, lebih memahami. insyaAllah.
:') Allah jua yang memegang hati.
moga terus kuat. terus teguh. tak goyang. tak kan terpisah.
yang wajib pantang tinggal. yang sunat bertambah-tambah.
biiznillah. semangat tahun baru ni.
ok. cukup.

macam biasa. aku cepat bosan.
dek kerana bosan. hari ni sekali lagi aku telah memporak perandakan bilik tempat beradu yang tak besar mana, tak kecil mana ni. cukup la, nak buat tempat rehat. tempat mengelamun, tempat mengadu pada Illahi. serba cukup. rumah sendiri kan..berani kata tak selesa :p
ok..aku mula dengan ubah kedudukan segala perabut yang ada..puui~ macam banyak je..haha.
single bed, almari baju, rak buku, meja lappy, carpet solat.,meja kecil untuk AlQuran..hmm..apa lagi yang ada eh? *tengok keliling* kan dah kata, bilik tak besar mana. ehe.
dan hari ni juga..aku check balik semua baju-baju aku dalam almari..ok. sangat banyak. sangat. sumpah tak tipu..aku dapat dua kotak besar yang aku kesan baju yang aku dah tak pakai. dan masih elok. faktor tak pakai? saiz. hahaha. insyaAllah, esok akan diuruskan proses untuk bagi bajubaju tu pada yang memerlukan..:')
dan.dan.dan lagi, tak sangka, bahagian paling bawah almari baju yang serba besar ni, dah la bawah, paling belakang pulak..aku jumpa benda yang aku tak patut jumpa. ok. sila jangan fikir yang bukan-bukan. kali ni bukan ular ke tikus ke lipas ke cicak ke. atau apa sahaja jenis binatang, aku jumpa barang-barang lama. barang zaman sekolah.

hmm.

lama aku terdiam. duduk tak buat kerja. terberhenti semua proses mengemas. aku belek satusatu. kenangan.
kenangan yang menjadi kan siapa aku hari ni. sekarang aku terfikir, kenapa aku simpan semuasemua ni eh? kenapa aku perlu bersifat sentimental macam ni eh? semua barangbarang/kadkad/hadiahhadiah yang kawan aku bagi, ada lagi. hatta, yang tulis atas cerbisan kertas kecil pon ada!

kertasempat segi : *uya,hanset ko bawah bantal jatuh masa tidur. aku dah cover, ada dalam tin biskut*

huiish~ dasyat sangat dah nilai sentimental yang aku pegang nih.yang cenggitu simpan buat apa? malu kat anak cucu dapat mak nenek takde law nih. haha~
aku asingkan, manamana yang aku rasa aku patut bakar dari dulu. manamana yang aku patut terus simpan dengan elok. belekbelek lagi.

satu

s

a

t

u

mata dah start berabuk.



nanti la sambung~
:'(


















 mata pena,



1 comment:

didie noxious said...

dasar idop xpnah berLAW.haha :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...