stay tune

Sunday, December 29, 2013

penutup dua ribu tiga belas

dua ribu tiga belas.
aku kira tahun ni terlampau banyak peristiwa untuk aku lakar satu-satu.
terlampau banyak kejutan yang aku perlu hadam pelan-pelan.
terlampau banyak sejarah yang perlu aku padam sikit-sikit.
entah aku patut mula dari mana.
dari sekecil-kecil perkara.
sehingga yang maha dasyat aku terima.
aku ulang hadap dari mulanya tahun yang penuh pengajaran ini.
benar tak banyak yang aku coretkan.
terlampau banyak air mata yang tumpah tahun ini.
yang menjadi keputusan kenapa terhentinya picisan papan kekunci.
diam aku membawa diri.
diam aku memujuk hati.
diam aku untuk terus berdiri.
bermula dengan pemergian tokwan yang aku kaseh tiada peri.
hingga pada ujian yang Allah turun kepada ayah untuk melihat bagaimana kami sekeluarga hadapi.
berat. entah bagaimana boleh aku cerita kan bertapa berat ujian yang satu ini.
yang buat seketika kami lumpuh seolah tak mampu berdiri.

pe-ris-ti-wa.
ini tahun akhir aku.
tahun akhir memegang status guru pelatih.
mereka kata aku tiada perasaan.
sebab aku sedikit pun tidak terkesan dengan perpisahan ini.
banyak yang aku tinggal. 
tak.
banyak yang aku TERtinggal.
atau-banyak yang aku tinggalkan.
aku manusia yang cukup suka cipta kenangan.
tapi maaf kawan.
aku hilang rasa.
maaf kerana tidak mampu kawal rasa hati.
satu lagi,
entah kenapa,
aku begitu yakin, ukhwah kita tak kan terhenti di sini.
kan?

ke-ju-tan.
siapa tak terkejut ayah yang dua tiga jam sebelum itu bergurau senda mengerat kasih.
tiba-tiba terbaring terkaku tanpa boleh berkata-kata.
segalanya berlaku dengan terlampau pantas.
dan ini juga adalah asbab terbesar kepada matinya rasa dalam diri aku.
aku hilang punca untuk tersenyum ketawa.
aku tak boleh cerna atas apa yang berlaku.
dalam waktu yang sesingkat itu,
pakar memaklumkan, ayah mengalami kecederaan yang serius pada bahagian otak kanan.
se.ri.us.
dan pakar hanya menceritakan perkara-perkara yang serius sahaja pada pagi yang patutnya kami bersuka ria. ya. pagi raya.
perkara-perkara serius itu hanya untuk kami lebih bersedia.
apa yang serius? pakar cerita perihal ma-ti.
ini akan jadi panjang. kerana aku benar-benar ingin luahkan-hari ini.
aku, adik-tersandar di luar pintu kecemasan. kami benar-benar letih dengan kejutan ini.
air mata seolah-olah tak nak habis. kami adik beradik beserta emak terpaksa membuat keputusan pantas.
memilih untuk langkah seterusnya. kata dua. pembedahan atau bawa ayah pulang.
aku tak mampu jawab soalan emak, meminta pendapat. hanya air mata terus-terus menderu. 
sungguh. aku tak bersedia atas sebarang kemungkinan. aku takut. gila-gila punya takut.
bukan sikit-sikit.
kuasa Allah. Dia yang turunkan ujian. dari Dia juga la ayah peroleh penawar.
juga kuasa doa-doa kalian. TERIMA KASIH! :")
terkini~aku sepenuh masa menjaga ayah.
pertama kali selepas habis belajar.
pertama kali-bayangkan.
bayangkan penerimaan aku terhadap ayah.
aku fikir aku sudah cukup kuat.
aku fikir aku sudah mampu untuk hadap.
tapi tak. aku tewas. benar-benar tewas.
minggu-minggu pertama aku lalui dengan penuh sukar.
aku tidak boleh lama-lama di sisi ayah.
kerana mata aku memang akan berair tanpa disuruh.
fisio, rehab, ujian.. aku buat kebal.
Tuhan, cukup lah ujian dariMu ini.
aku kasihan melihat ayah begitu.
kembalikan ayahku Tuhan.
:"(
hari demi hari.
aku makin betah uruskan ayah. 
alhamdulillah, sikit demi sikit walau kadang-kadang situasi amat menguji.
aku layankan aje. aku cuba faham keadaan. 
perlahan-lahan, aku cuba kembalikan aku yang dulu.
di samping tanggungjawab menjaga ayah, aku libatkan diri juga dengan aktiviti kawan-kawan.
aku perlu hidup. aku perlukan kembalikan rasa. aku perlu imbangkan emosi.
dan hari ini. ini-aku. a-ku.
esok (30/12/2013) ayah akan dimasukkan ke wad semula.
menjalani pembedahan memasukkan semula tempurung kepala.
doa-doakan. moga-moga, Allah izin ayah melalui fasa penyembuhan.
doa.


ayah bersama doktor rehab. perasaan aku ketika ini--hanya Allah yang tahu :"( kalian mungkin tidak akan faham.
se-ja-rah.
manusia ajaib telah menjadi sejarah.
ya. sejarah.
sejarah yang tak ingin aku simpan.
sejarah yang perlukan kekuatan untuk aku padam.
keputusan dia buat aku kelu. *tarik nafas dalam*
susah. bertapa kerdilnya diri ini
apabila aku sentiasa meminta pada Tuhan akan masa.
Tuhan, tolong beri aku masa.
untuk aku cerna semua-semua-semua ini.





uya, sudah aku pesan, hati-hati main hati.
sekarang apa sudah jadi?








selitselit:
ada cerita ingin aku kongsi, tapi terhenti.
jangan.
biar kau simpan sendiri :")











mata pena,



Monday, September 30, 2013

"hujung september"

rata-rata,
ramai yang mengambil berat bertanya,
"ayah macam mana, dah ok?"

senyum. "em, ayah ok, alhamdulillah makin sihat"
dan aku terdiam tanpa huraian.
aku menanti soalan seterusnya.
berdebar. dalam hati. kuat uya. jangan terkeluar pulak air mata ko tu. malu kat orang.
"ayah dah kat rumah kan?"
"haah, dah balik rumah"
masih, tanpa huraian.
bukan sengaja.
cuma aku benar-benar bertarung dengan hati,
hati, sampai bila? tolong kuat.





+hospital permaisuri tengku bainun, ipoh.
+wad 5, 31 0gos 2013.

sampai ke hari ni,
aku masih terbayang wajah sedih ayah.
aku masih terbayang air mata yang mengalir di pipi ayah.
aku masih terbayang bertapa ayah kecewa berada di situ saat itu.



"kesian adik anisah, ayah tak dapat hantar dia,
sebelum hujung bulan september, kita pergi lawat dia kat sana ye"

"ayah nak drive ke?"

"tak, kali ni ayah nak rehat kat belakang je"

"ok, nanti, adik drive!"


dan
semalam,

hujung september.
hujung yang benar-benar hujung.
ayah muntah-muntah.
kata doktor, selagi bahagian otak yang membengkak tu tak baik dengan sepenuhnya
selagi itu rawatan selanjutnya tak dapat dibuat.
ayah masih begitu. cuma semangat kuat yang sedia ada dalam dirinya,
buat kami lega dan turut bersemangat.


dan semalam, buat sekian kalinya,
aku tidur dengan air mata.

ayah. :'(







selitselit:
orang lain tak faham, saya ok. mereka tak tahu.
awak tak faham, saya penat.
usai game,
diumumkan tentang 30 sept, diiring nyanyian,
dihempap telur entah berapa biji,
disimbah tepung entah berapa banyak,
dan aku terdiam, tak tergerak sikit,
seolah tersedar, mungkin sakit kena telur,
terimbas balik segala memori gelap di asrama perempuan,
30 september 2007.
NICE.terima kasih kawan-kawan.
karnival bola jaring 2013.










mata pena,



Saturday, September 7, 2013

bersalah


:pusat rekreasi sukan lasak:


aku kira dia pasti bersalah gila-gila,
lawak gurau senda dia,
aku balas dengan air mata,
ampun,
aku tak tahu kenapa aku serapuh ini.
atas segala rasa yang aku masih belum boleh hadam dengan baik,
atas segala topeng yang tak selamanya ceria di wajah,
ampun.
aku kira, lebih baik begini,
diam begini,
menyendiri begini.

kerna,

aku sudah tak seghairah mereka,
untuk mencipta segala memori bagi baki yang ada,
kawan,
aku minta maaf ya?







selitselit:
"siapa tahu, nanti ayah ko boleh bangun bjalan dengan cepat?"-fizah
kata semangat itu buat aku sebu dada. amin.amin.amin.amin.amin.amin.amin.
Tuhan, moga Engkau setuju.











mata pena,

Tuesday, August 27, 2013

jujur

jujur.
aku tak tahu ke mana semangat aku hilang.
jujur.
aku tak terasa nak menghabiskan saki baki yang tertinggal.
jujur.
aku tak sekuat seperti yang mereka sangka.
jujur.
gelak tawa tempek senyum hanya untuk mematikan risau.





jujur.











mata pena,

Monday, August 5, 2013

toleh belakang

i.

setuju! :') terlalu banyak perkara yang menjadikan kita seorang manusia hari ini.



dari cerita mula jejak kaki ke bumi semekasri..
belajar sekecil-kecil perkara,
belajar telan setiap hal,
belajar hadap setiap dugaan.
sampai ke cerita siapa masing-masing hari ini..

"cukup-cukup la nakal dulu..kalau tak, tak jadi kita hari ni"

betul.
kalau tak, tak jadi aku hari ni. :')


makin lama, makin kurang. Allah dah susun cenggini..insyaAllah..esok-esok jumpa lagi ye..



ii.



dan ini.
detik permulaan aku di"invite" untuk masuk balik dalam keluarga madid..
thanks jannah yang buat sesi jejak kasih..
thanks alya yang mewujudkan kewujudan aku...
masuk dalam keluarga nih..
buat aku jengok dari atas sampai bawah..
bawah..
bawah..
bawah..
sungguh..wajah-wajah tu aku ingat satu-satu..
tapi banyak nama dah takde dalam kotak ingatan.
boleh kira dengan jari.
tu pun malu nak mengaku.
bimbang, takut-takut takde yang ingat.
malu sendiri.
kalau nak imbas..
madid tempat mula aku hidup berdikari.
dan aku hanya ada mereka-mereka untuk aku terus berdiri.
dan sekarang,


aku lupa.

:'( tu buat aku rasa teruk.








selit-selit:
teacher zuraini - "awak pelari rumah kuning kan?"





mata pena,

Wednesday, July 24, 2013

Hint.

Dia bagi hint.
mereka bagi hint.
Tuhan pun bagi hint.
tapi kenapa kau masih buat tak tahu?
kenapa kau masih berani?
malah makin berani?
kau uya,
jangan cabar hukum alam.
mereka datang bercerita,
macam-macam cerita,
cerita yang bertindak sebagai senjata.
kau sakit?
tak.
kau cukup kebal?
entah.
habis, apa yang buat kau yakin?
aku sendiri.

"uya, yang teruk nanti, perempuan". -ila



rindu ombak :')

hari terakhir internship. sedang menanti markah. ;) haha





selit-selit,
hari terakhir internship.
lega tu ada, tapi gelabah pun ye.
banyak kerja menanti usai intern.
sekarang jangan fikir banyak, balik dulu.
emak mesti ada banyak soalan perihal cerita semalam.
dan aku, kena ada semua jawapan.
semua. Allah.....permudahkan lah... :(




 mata pena,

Thursday, June 27, 2013

B Class



habis satu malam dok B, B, B.
inang zapin sewang india cina boleh letak tepi dulu.



 " I am a girl just a girl
Even if you see me passing by, I'm a girl you don't know
I'm not pretty at all and my eyes and nose are average
I'm that kind of person
"





selitselit:
dia kecewa
tapi ketawa
eh, superman kan ada?
:')









mata pena,

Wednesday, June 26, 2013

muda semula

yang aku perasan.
aku cuba penuhkan jadual.
biar tiada saat waktu ketika,
untuk aku fikir lelahnya rasa.
taklimat larian bendang di smk hutan kampung,
buat aku perati sekeliling,
aku percaya wakil-wakil guru yang hadir
punya sejuta pengalaman.
teringin benar untuk aku hadap satu-satu.
aku yang wajah baru ni
sembang-sembang main-main gelak-gelak.
dalam hati,
teruja tak terkata.
pengalaman baru untuk hari sabtu ni! :)
tapi semalam memang best.
aku percaya satu,
dalam perancangan, secara tiba-tiba itu lebih proaktif,
walau kadang-kadang perlu akur dengan kekangan.
nasibla, nama pun tiba-tiba kan?
dan yang tiba-tiba itu jugaklah,
menghimpunkan kami-enam orang.

"makcik, malam ni ladies night, balik lambat sikit ye?"
"ye? tu durian banyak. bawak pergi makan dengan kawan-kawan"

haha.
dan malam itu,
kami muda semula.


puteri paragon. dua lagi tak dapat hadir. maslianna n fazlin. next time kami plan nak bagi cukup 8 ;) HEHE.



terus menuju tempat yang terbaik untuk berdurian. sakan. sorang-sorang muka hantu durian.



main lintaslintas jalan dan bergambar tengahtengah jalan. apa heran orang hon bagai. haha.



selesai lintas-lintas jalan. sesi panjat memanjat menara pulak. gila kau. benda alah batu keras tu aku rasa takde lagi orang panjat untuk bergambo. gigih masing-masing.






where everything comes together.
5 tahun dah kome.
sayang tu ada.
a-d-a




selitselit:
kau,
aku ok.








mata pena,

Tuesday, June 25, 2013

puas hati

ayah turun kedah.
bawa kontigen perak untuk karnival nasyid kebangsaan.
gila kau. siapa tak teruja?
ayah. hero pujaan hati.
dua hari berkepit. dari pagi sampai malam.
puas hati. :)
tinggal habis semua kerja.
dek minat yang mendalam dengan ketuk-ketuk.
tak heran langsung dengan masa.
dengan bertemakan alquran penjana wassatiah ummah.
nasihat diserap satu-satu.
hadam sampai lumat.
Allah.....
lama sungguh aku tinggal majlis ilmu.
:( la-ma.




naim, ayah, anak ayah, didie, guru pengiring.




izzati, k.long, anak ayah, ayah n kawan-kawan ayah aka my tok2 guru ;)



de amor, my hero. cinta hati tanpa ragu




didie snap. kalo dy x snap aku x tawu pon muka aku senyum sorang-sorang macam tu. mata fokus. tapi tangan ligat! haha. teruk!







selitselit:
hoi jejaka berbaju melayu bersampin lengkap..
kenapa hansome sangat? ;)










mata pena,

Thursday, June 20, 2013

lupa

atas apa yang berlaku semalam,
hari ni aku cuba memasukkan segala imbuhan dalam kata akar lupa.
tiga yang aku tertarik.
terlupa.
dilupakan.
melupakan.
mak,
anak mak ni tak pandai lagi hidup berdikari rupanya.
tapi bajet tough.
teruk betul.
esok, esok,
bila mana kau tiada siapa-siapa untuk mengingatkan,
macam mana?
takutnya!



budak ni degil. taknak dengar kata. kalo jumpa, sila ambil dan kurung beliau dalam rumah. disyaki suka merayap sorang-sorang -_-





selit-selit:
kata hana, 
ada hikmah kenapa aku ditutupkan hijab, 
dilambatkan pulang, 
siapa tahu kan?
















mata pena,

Friday, June 14, 2013

tertinggal

semester 7 dah habis.
lama sangat dah.
esok dah masuk semester 8.
terus lapor diri masuk sekolah.
hmmm..
semester 7 yang ditinggalkan.
macam-macam.
tak tercatat satu pun.
buzy ye. buat-buat buzy pun ye. malas pun ye.
apa yang aku boleh simpulkan,
yang aku ulang pesan ingat pada diri,
hidup nih penuh dengan kejutan.
yang kita tak pernah lakar pun dalam perancangan hidup,
yang kita tak pernah mimpi pun akan jadi macam tu.
banyak. banyak sangat yang berlaku. yang tak terjangka.
siapa sangka, hati jadi semakin keras.
bertopengkan muka tak mahu ambil tahu,
aku biar mereka begitu.
aku pergi, dan tidak toleh walau sikit.
marah? tak. hati-hati.
sedih? sikit. kau apa tahu.
gembira? gila. aku tak sekejam tu.
satu yang aku cukup pasti,
Allah tidak akan menjadikan suatu perkara itu sia-sia.
pasti ada hikmah. pasti ada pengajaran.
yang menjadi asbab kepada kemenjadian seorang aku pada hari ini.
hidup.
senyum.
terima kasih Tuhan :')


team b.baling PHD. praktikum fasa 3. 3bulan. pengalaman pertama. aku kira aku sudah melangkah satu tapak ke depan. terima kasih cikgu shukri atas peluang ini.


paragon. rindu kerja berat.rindu penat lelah. tak kenal maka tak cinta. dah kenal, berbalah-balah, macam mana?? haha. penangan 5 tahun setengah.



umur 23.tapi perangai dok 16 lagi masing-masing. salah satu bab dalam fasa hidup. atas setiap yang terjadi. aku puas hati. :)









selit-selit.
oh.
tokwan. Allah panggil. tinggal opah bersama kenangannya.
tak opah, kami kan ada? :")





mata pena,

Saturday, January 19, 2013

Latihan

belum mula menaip, mata dah berair..
boleh ke nak teruskan nih?



.....


kau pernah terfikir, pukul dua pagi, akan ada orang ketuk pintu rumah dan tingkap macam orang gila, sambil meraung-raung minta tolong?
kau pernah terfikir, pukul dua pagi, tengah seronok melayan tidur, mimpi terganggu dengan tangisan kuat?
kau pernah terfikir, pukul dua pagi, dengan rasa perlunya minta tolong pada Tuhan tanpa henti?
kau pernah terfikir, pukul dua pagi, baca yassin bertalu-talu dengan mata kabur dek air mata?
kau pernah terfikir, pukul dua pagi, melihat ayah tanpa rasa putus asa mengajar tokwan menyebut kalimah "Lailahaillah"?
kau pernah terfikir, pukul dua pagi, tokwan bertarung nyawa seolah-olah sudah tiba masanya???
ye. tokwan. tokwan aku.
tokwan yang jaga aku dari kecil.
tokwan yang tiap lepas mandi akan pakaikan aku bedak sejuk penuh muka.
tokwan yang tiap hujung minggu akan belikan aku baju gaun cantik-cantik.
tokwan yang setiap habis waktu persekolah, akan tunggu dengan motor tua sambil pegang gula-gula.
ye.tokwan.tokwan aku.
tokwan yang
manjakan aku
dari kecil.

sedih belum hilang tatkala dapat tahu, ayah tidak sihat.
demam ayah bukan demam biasa.
demam ayah perlu perhatian.
sedih bertambah-tambah tatkala mendengar suara ayah kuat mengucapkan kalimah Lailahaillah di samping tokwan sambil kami di sekeliling buat-buat tabah membaca yassin sedangkan berambu-rambu air mata.
badan tokwan sejuk. sejuk amat. ada ketika, tokwan akan sesak nafas dan mulut akan berbuih. mata tokwan berair. jasad dan roh tokwan seolah-olah tak mahu beri kerjasama.
pagi yang masih gelap tu.
rumah mula penuh.
saudara mara mula balik.
jiran kampung mula berkumpul.
masjid mula melaungkan ayat-ayat suci AlQuran.
pagi yang masih gelap tu.
bibir tak henti henti membaca kitab Allah hingga hari cerah.


Ya Allah.


satu perasaan yang belum pernah aku rasa.
belum pernah dapat aku bayangkan.
belum pernah terdetik bakal berhadapan.
aku manusia yang cukup mudah mengalir air mata.
hatta sedikit khilaf sekalipun. ini kan pula hal besar.
tapi aku juga manusia yang cukup pandai menempek senyum di hadapan semua.
untuk simpan rasa hiba. sampai bila? aku belum pasti.
aku fikir, ini latihan.
Allah benar-benar ingin uji kekuatan nama aku.
benar-benar.

hari ini, balik jitra.
rasa sangat tak sedap hati,
sedangkan saudara mara mula berkumpul,
aku pula siap untuk meninggalkan.
aku mampir pada tokwan.
salam dan cium tanda kasih.
kasih yang memang tak kan boleh tukar dengan apa-apa.

Ya Allah.
kalau benar ini latihan,
sungguh, aku belum bersedia untuk menghadapi yang sebenarnya.
belum.



terpukul.





selitselit:
aku mohon dari kalian.
yang membaca dengan hati
yang membaca sambil lalu.
terus tembak doa.

Friday, January 11, 2013

ringkas.

.2013.
pelajar tahun akhir.

makin malas menaip. maaf.
mungkin datang mood nanti. 
ada la kot benda alah yang ingin dikongsi.
sekarang satu aje.
sungguh-sungguh aku rasa ajal tu dekat sangat.
aku mula menjejak. segala.
satusatu.
bekalan belum cukup. tu aku yakin.
maka, mana usahanya?

untuk dunia,
aku berharap, aku boleh berjaya.
biar Allah menilai, segala segi.
untuk akhirat,
aku sungguh-sungguh, nak balik kampung halaman.
tanpa ragu!

semoga Allah setuju.
dengan perancangan aku ini.
tembak doa.


menjejak pada yang sudi meluangkan.
ukhwah. selagi mana kita menjaga, selagi itu Allah pelihara.

masa, milik Allah.
bukan kita.
nak tangguh-tangguh lagi?






selit-selit:
kata pada diri.
mahu, kena ada usaha.
 kalau mahu, tapi duduk saja,
 memang boleh buat orang menyampah.
tapi, kalau usaha kau yang buat orang menyampah,
balik pada Allah.
Allah sebaikbaik Penilai.

kau pulun, kau berjaya.
 mudahkan?






mata pena,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...