stay tune

Thursday, December 18, 2014

it's over.

Untuk setiap detik yang telah berlalu.
aku pohon pada Tuhan, ampunkan aku.
Aku hamba hina yang penuh dosa.
mengenangkan manusia memuji di sebalik setiap aib yang Engkau sembunyikan, aku malu.
Tuhan, jangan kau terus biar aku berkuasa atas diriku walau sesaat.
aku perlu Kau, untuk terus susun langkah.
jangan biarkan ianya berulang lagi.

Untuk setiap kenangan yang telah kita lakar.
aku pohon pada kau, maafkan aku.
aku manusia biasa yang damba bahagia.
mengenangkan setiap rasa senyum yang kita cipta membelakangkan kebenaran, aku ngilu.
kau, kita tak selamanya boleh berharap pada mimpi dan halang untuk jaga.
kita saling perlu, untuk tegas membuang rasa.
Walau kita tahu, mimpi bukan kita yang cari.

Untuk pengakhiran tadi,
aku rebah--kalah.
entah boleh atau tidak, untuk kata tidak.
untuk sayang sudah cukup sakit,
inikan pula pergi?



Apa yang aku terima tadi, segala apa yang terkandung dalam pemberian tadi, It's over--forever i guess. And my heart said, please dont. Why? :"( 








mata pena,

Monday, December 15, 2014

Sunday, December 14, 2014

buang dan mula semula.


Hari ini--
berjaya cuci sawang.
berjaya buang semua yang telah aku anggap sampah.
sampah yang menjadi asbab kenapa aku biar uyaitusaya berabuk.
jujur, dek kerana terlampau banyak kenangan.
terlampau banyak yang aku lakar konon untuk dijadikan kenangan.
terima kasih Tuhan--aku berjaya buang--semua.
kalau-kalau masih ada sisa yang aku terlepas pandang.
bagitahu.
aku akan buang. Tanpa ragu.
tolong aku ya?
Tolong aku, untuk bina semula cerita-cerita indah untuk aku senyum masa tua.


Pengalaman--menjadikan aku hari ini. Hey, aku masih mampu senyum :")



mata pena,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...