stay tune

Wednesday, January 28, 2015

terbeban dengan beban

Sejak akhir-akhir ini,
aku dihujani dengan bebanan kerja.
buat aku--
nafas panjang,
keluh semedang,
renung kosong,
dan tika aku kalah--menangis seorang.

Dan,
akhir-akhir ini,
aku rindu.

Rindu

             Aku

                      Yang

                                 Dulu.

Dulu,
yang aku sudah tahu apa aku perlu buat untuk buang segala rasa yang berbuku.
yang aku sudah punya arah untuk lepas setiap amarah yang aku simpan.
Yang aku sudah faham setiap pukulan ombak untuk pujuk setiap rajuk yang terkilan.


sekarang?
tarik selimut. Tidur.
aku, kosong.


Selesa sendiri. Kadang-kadang tapi.






mata pena,

4 comments:

didie noxious said...

mahu kuak lentang,
duduk kaki teruntai pandang bangunan..
hadam semua benci dan sukar

uyaitusaya said...

kenapa kau faham semua?:"( rindu tahu?

uyaitusaya said...

kenapa kau faham semua?:"( rindu tahu?

azmir said...

kenapa kau faham semua?:"( rindu tahu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...